Friday, November 5, 2010
Tolong "Bersih" bersihkan "Jamban" ini..
usinkata; ....Pilhanraya dinegara kita xubah macam jamban ini..meh kita ramai2 datang "bersihkan" jamban ini supaya selesa dan senang utk kita "membuang undi"..bersihkan pilihanraya kita dari najis dan kotoran yg dihasilkan oleh UBN 50 tahun lebih sudaaa!!!!
TT kata;...kita telah saksikan
penipuan dan beerat sebelah spr
di dua pilihanraya kecil - batu sapi
dan galas
kita telah marah - jangan marah sahaja
tapi tidak melakukan apa apa
datang ke majlis ini buktikan
kemarahan anda sebelum kita
semua turun ke jalan raya sekali
lagi kah kah kah
usinkata lagi;...ini Jemputan Rasmi Dari "Bersih" utk membersihkan jamban..huhuhu
JEMPUTAN PELANCARAN BERSIH 2.0
BERSATU DAN MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA
Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda/organisasi anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihanraya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.
BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihanraya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihanraya adalah ranjau dalam proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara.
Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan. Isu-isu utama dalam reformasi pilihanraya termasuk:
1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.
2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.
3. Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.
4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) akses bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.
5. Tempoh kempen minima 21 hari
6. Amalan-amalan adil dan professional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.
7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.
8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihanraya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.
10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri.
11. Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus.
BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.
Butir-butir pelancaran seperti berikut:
Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 mlm. – 10.30 mlm.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.
Sila panjangkan jemputan kepada ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran Bersih 2.0. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Nurul di 03-77844977.
Yang benar,
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hang berangan kosonglah...
Post a Comment