"Lagi lama u sakit..bukan setakat 100 tingkat..huhuhu.tapi..macam-macam ada..huhuhu..kalah Astro ooo!!! "
usinkata;..patutla semua pihak yg terbabit dan terlibat dgn impian "Menara Warisan" saling tuding menuding dan keluar berbagai cerita ceriti...huhuhu rupanya semua itu umpama "mimpi saudagar mimpi yg menjual berbagai mimpi"
Namun sekarang ini persoalan yg sedang bermimpi..
"Siapa yg bermimpi..?"
"Siapa Saudagar Mimpi?"
"Siapa yg menjual mimpi ?"
"Adakah mimpi sangg suami melebihi isterinya?"
"Adakah mimpi sang isteri menyelam tenggelam timbul bersama KD Altantunya?"
"Adakah usinwafer bermimpi takala ini?"
huhuhu..mai pakat bacala petikan dari MerdekaReview ini..jangan biarkan diri anda diselubungi mimpi saudagar mimpi yg menjual mimpi...
PNB TIDAK BERNIAT UTK MEMBINA MENARA 100 TINGKAT
Pembinaan Menara 100 tingkat bukan perancangan asal
Seandainya diteliti rancangan asal pembangunan Warisan Merdeka yang disediakan PNB, kita akan mendapati bahawa Menara 100 tingkat ini tidak berada dalam plan asal, sehingga pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2011. Maksudnya, idea pembangunan Menara 100 tingkat ini timbul hanya pada tahun ini dan bukan dimasukkan ke dalam plan pembangunan PNB sebelumnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Hamad Kama Piah, PNB telah membeli tanah 13 hektar dari Danaharta Nasional Berhad pada tahun 2000 dengan nilai RM320 juta. Dan Lembaga Pengarah syarikatnya meluluskan satu projek bersepadu di atas tanah itu pada tahun 2004. Walaupun projek ini dikaji setiap tahun dalam beberapa tahun yang lalu, namun projek Menara 100 tingkat ini tidak pernah muncul dalam projek tersebut sehingga tahun lalu.
BERNAMA memetik kata-kata Hamad Kama Piah pada 12 September 2009, bahawa PNB berniat untuk membangunkan satu projek bersepadu di tanah seluas 7.2 hektar di sekeliling Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Beliau memaklumkan bahawa kos pembangunan tersebut berjumlah RM3 bilion pada ketika itu. Kata-kata ini menunjukkan bahawa projek tersebut tidak merangkumi Menara 100 tingkat. Menara 100 tingkat ini hanya tersergam megah secara tiba-tiba dalam plan pembangunan Warisan Merdeka ketika Najib Razak (gambar bawah) membentangkan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010.
Sebagaimana yang diketahui, jumlah kos pembangunan projek Warisan Merdeka bernilai sebanyak RM5 bilion, termasuk Menara 100 tingkat, pusat membeli-belah dan apartment kediaman. Antaranya, Menara 100 tingkat mencakupi kos sejumlah RM2.5 hingga 3.0 bilion. Seandainya mengikut perancangan asal, kos projek ini hanya bernilai RM3.0 bilion. Namun, ia melonjak sehingga RM5 bilion pada akhirnya, jelas disebabkan "transformasi"-nya menjadi Menara 100 tingkat. Kos projek asal yang tidak termasuk pembinaan Menara 100 tingkat (RM3 bilion) mungkin berkurang sedikit untuk memberi laluan kepada pembinaan Menara 100 tingkat.
Daripada maklumat yang dipetik atas, nampaknya Menara 100 tingkat ini bukan ibu pejabat baru yang dirancang PNB. Ia lebih kepada keinginan kerajaan Najib untuk membina Menara 100 tingkat, dan kemudian mengarahkan agar ia dipertanggungjawabkan kepada PNB - lantas menjadi ibu pejabat baru PNB, malah menjadi alasan untuk menjustifikasikan projek mega gajah putih ini.
1 comment:
CANSELOR UNISEL: KAMI ANAK MUDA MENYOKONG PENUH DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI CANSELOR UNISEL.
Post a Comment