Saturday, November 6, 2010

Hampa; Jangan Lupa!!! dan Depa; Jangan dok buat-buat Lupa !!!


Gerakan mansuh Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan memulakankan usaha mendesak kerajaan mengotakan janji untuk melaksanakan pemansuhan secara berperingkat-peringkat mulai tahun depan.

Timbalan Presidennya, Profesor Shahril Md Zain berkata pihaknya amat kesal dengan tindakan berdiam diri pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang masih membisu dalam memberikan reaksi berhubung isu terbabit.


"Dalam bajet baru-baru ini tidak ada disebutkan usaha pemansuhan tersebut tetapi Menteri Pelajaran ada memberi reaksi berhubung subjek Sejarah yang akan diperkenalkan semula.

"Mengenai PPSMI, menteri masih membisu," jelas beliau. Menurut Prof Shahril pihaknya akan menunggu sehingga tahun depan untuk melihat perkembangan pelaksanaan pemansuhan secara berperingkat-peringkat yang dijanjikan sebelum ini.

"Pihak kita terpaksa menunggu untuk melihat apa perkembangan yang dilakukan terhadap subjek-subjek Sains dan Matematik tahun depan. Tapi pihak kita desak pemansuhan PPSMI dapat dilaksanakan serta merta.



"Keranda ini perlu diusung dijalanraya tahun depan jika Kerajaan UBN masih buat-buat dono..buat-buat pekak ..ramai-ramai usung keranda ini dan hempuk atas kepala pemimpin UBN yg masih lagi buat-buat pekak.."


"Pihak kita tidak teragak-agak untuk menggerakkan semula Gerakan Mansuh PPSMI ini termasuk menghantar memorandum demi memorandum kepada Yang di Pertuan Agong sebagai mana dulu. !!!!!!!


sumber; http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9862

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009