Tuesday, February 1, 2011

"Titanic" ala 1Malaysia

usinkata;...Ura-ura mengatakan bahawa industri perfileman negara akan digemparkan dgn sebuah filem ala-ala Titanic yang akan menjalankan penggambaran sekitar tahun 2011 ini..mengikut sumber-sumber yg boleh dipercayai..skripnya yg ditulis oleh seorang "wanita pertama" sudah tersiap sedia dan para pelakonya sudah disenarai pendek..

Maka dengan itu..dengan bangganya dibawah ini adalah dipersembahkan sedutan sinopsis filem Kapten Kapal dan Penumpang Miskin..bersempena kenaikan harga minyak pada hari ini sebanyak 10sen yang menjadikan harganya kini RON97 RM 2.50


Kapten Kapal dan Penumpang Miskin


Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu mengelolakan dengan baik ekonomi negara.

Sekiranya kerajaan hendak menarik semula subsidi tanpa melihat kesanya kepada golongan berpendapatan rendah ia ibarat satu tragedi "Kapal Titanic" yang tenggelam akibat mengikut arahan kapten kapal yang tidak mahu menerima cadangan daripada pihak lain.

"Kita lihat cerita "Titanic" tu,biarpun kapalnya berteknologi tinggi,tapi kalau kita ikut sahaja kapten kapal,bila kapal pecah,yang mahu diselamatkanya adalah orang-orang kaya dahulu.Jadi yang mahu dicampakan ke dalam laut,adalah orang yang tidak berapa kaya sangat yang menjadi penumpang.
"Jadi disini kita lihat ada berlaku rompakan harta dengan mencurangkan segala perbelanjaan ini kepada kroni-kroni mereka sahaja.Inilah yang terjadi kalau kita hanya ikut cakap kapten kapal,"

Dia kata lagi...Kerajaan kurang mempunyai dasar yang baik untuk rakyat.Jelasnya,kebanyakan dasar yang dibuat lebih memberikan keutamaan kepada orang-orang tertentu sahaja.

"Kalau ada banyak projek pun,projek tersebut diberikan kepada pemuda Umno.Tengok sajalah projek tender makanan dan minuman tentera.Apa salahnya projek tersebut diberikan kepada pesara-pesara tentera untuk diuruskan? Mengapa harus diberikan kepada pemuda Umno sahaja ? Adakah pesara-pesara tentera ini tidak boleh menguruskan tender makan-minum tersebut ?

Katanya lagi...Berdasarkan satu kajian yg dibuat oleh sebuah ban kenamaan di negara ini turut menyatakan gaji di bawah paras RM1,500 telah membelanjakan hampir 88% semata-mata utk perbelanjaan isi rumah yg sekaligus memberikan tekanan hebat kepada pengguna.
Rakyat semakin terhimpit sekiranya subsidi ditarik semula dengan penambahan 100% dalam perbelanjaan asas tambahan dan sekaligus rakyat akan bertambah tertekan sekiranya tiada kenaikan gaji bagi terus menyara kehidupan mereka.

sumber; petikan Siasah 28 Jan - 03 Feb m/s 23 (ULASAN)
tajuk; Subsidi instrumen imbang ekonomi - Dr Zakariah

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009