" I dont want banana fruit two times about this Kampung-Kampung ok"
Usinkata;...5 Feb 2011 yang lalu kesungguhan Kerajaan Pusat utk memberikan satu nafas baru buat Kampung Baru terserlah apabila PM Najib mengumumkan bahawa Masjid Kampung Baru akan dijadikan "Ikon Kampung Baru Moden"...Dengan peruntukan RM20juta kerja-kerja menaik taraf Masjid tersebut akan dimulakan dalam tempoh enam bulan dengan peruntukan tersebut disalurkan melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).-sumber;http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=561720
"Tahun ini adalah detik permulaan era baru Kampung Baru.Isyarat saya jelas.Saya datang setahun lalu bukan untuk melawat sahaja tetapi dengan niat membangunkan Kampung ini " kata Najib semasa merasmikan Program Ziarah Masjid di masjid berkenaan..
Senang sekali hati ini mendengar khabar berita ini..tetapi jauh disudut hati ..terkenang juga akan nasib golongan nelayan nun jauh diutara di Kampung Sungai Chenang Pulau Langkawi Kedah..
Ceritanya bermula begini...sekitar bulan Feb 2010 ..PM Najib dan isteri sedang menikmati percutian peribadi di Pulau Langkawi kemudian Datuk Jo ( Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) memalumkan kepadanya beliau tentang masalah yg dihadapi oleh nelayan di Kampung Sungai Chenang.
2 hari kemudian Najib dalam pertemuan tidak rasmi dengan 100 nelayan tempatan mengumukan peruntukan "segera" berjumlah RM7juta utk pembinaan jeti baru dikawasan terbabit..
sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/16/mstar_berita/20100216223142&sec=mstar_berita
Setahun sudah berlalu..ramai yg sudah terlupa akan hadiah segera yg diumumkan oleh Najib kepada kira-kira 100 nelayan Kampung Sungai Chenang..
Kemudian datanglah seorang wartawan muda bernama Liza Hasan dari Skuad Cakna Sinar Harian melaporkan keluhan Pengerusi Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) Sungai Chenang Asri Shaaban ..
"Sejak Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Razak ke pangkalan ini Febuari tahun lalu (2010),hinga kini (2011) keadaanya masih sama.
"Ketika itu beliau berjanji meluluska peruntukan sejmlah RM7 juta dan terdapat pertambahan RM2 juta lagi,namun hingga kini keadaan masih sama", katanya.
Asri berkata, pihak KPSP memohon pihak berkaitan membina pangkalan nelayan lengkap dengan restoran dan kemudahan lain seperti yang dijanjikan dengan segera ketika lawatan Perdana Menteri lalu.
Menurutnya, keadaan pangkalan kini hanya berubah sedikit selepas LKIM menyiapkan pangkalan sedia ada bernilai RM470,000 yang dimohon ketika tahun 2007.
"Projek menaik taraf ini dipohon empat tahun lalu dan siap pada Disember lalu (2010),jika projek bernilai jutaan ringgit seperti yang dijanjikan,tidak tahu bila akan siap.
sumber; http://apadianie.blogspot.com/2011/01/magic-dari-kedah-yang-kantoi.html
Untuk itu..hati ini berasa bimbang sekali akan nasib penduduk Kampung Baru.."i dont want banana fruit two times" ( pisang berbuah dua kali)..
Namun begitu..hati ini merasakan projek Kampung Baru akan berjalan dan siap mengikut jadual..maklumlah..Kampung Baru "tanah-tanihnya" bernilai tinggi..utk memilkinya perlulah dikeluarkan dahulu modal..gula-gula..hadiah-hadiah.
Orang kata kalau hendakan anak daranya..teckel dulu ibu-bapanya..
Org tua-tua ni mudah percaya kalau kita buat baik..sopan santun..hormat orang tua..
Apa lagi kalau dengar saja azan terus amik air sembahyang dan bergerak sepantas kilat ke surau/masjid mengerjakan solat berjemaah..fuhhh..confirm !!!..1 bulan saja buat benda yang sama bulan depan bole masuk meminang hujung tahun depan terus kahwin..dn dapatlah memiliki tanah pusaka kedua mertuanya itu..
Tanah-tanih di Kampung Sungai Chenang ada apa..busuk selut..lumpur dan hanyir bau ikan saja..anak dara disana pon gelap-gelap saja..almaklumlah org pulau..sudahlah rupa paras tadak..miskin pula..kais pagi makan petang..kais petang makan malam..itupun dah kira nasib baik..kalau nasib xberapa baik..posa sunat sajalah..
Inilah dinamakan "perbezaan"...Kampung yg dibandar dan Kampung yg mmg dikampung...dimana 1Kampung 1Malaysia?????
2 comments:
mana hang tau anak dara sini gelap2 dan kais pagi makan pagi? kampung kola cenang pun tak wujud cuma kola cenang saja.kat sini yg betul2 nelayan pun suma 20% ja yg lain2 tu cuma hobi tapi bot semua enjin besar2.ko ingat langkawi mcam pulau redang ka bro..
huhuhu..jgn tanya aku..tanya wartawan sinar harian tentang lokasi..huhuhu betoi ka 20%..huhuhu tanya la kat wartawan tue..dia kata 100 org..huhuhu..suma bukti yg ang nk tau aku dh bubuh..pandai2 ang la pi selongkar..huhuhu..apa pon tq bg komen..
Post a Comment