Showing posts with label MAY 09. Show all posts
Showing posts with label MAY 09. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Dimana Adun Pangkor..?

foto; sekitar majlis sidang media oleh Adun Pangkor dan kuncu-kuncunya selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan barisan peguam Adun Pangkor menangguhkan keputusan Adun Pangkor "MB PERAK HARAM"..(keputusan mahkamah Tinggi bahawa YB Nizar MB Perak yg SAH)..


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh utaraonline & kedahlanie 13/05/09

usinkata; Dimanakah Adun Pangkor ini berada ketika keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada beliau...apakah benar-benar Adun Pangkor ini pengecut dan tidak berani tampil kehadapan ketika beliau diasak oleh para wartawan..bila ditanya dimana Adun Pangkor berada ketika itu Setiausaha beliau berkata Adun Pangkor dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menghadiri Majlis Ulangtahun UMNO ke 63..petika dari Malaysiakini ;- "Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

ADUN Pengkalan Baru Datuk Hamdi Abu Bakar bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa Zambry pada waktu itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-63 malam ini.Pegawai Khas Dr Zambry, Khairul Azwan Harun meminta semua media beredar dari pejabat berkenaan pada kira-kira jam 5.15 petang tadi kerana waktu pejabat telah berakhir.





Yang peliknya apabila membaca laporan Malaysiakini ini pula mengenai "Kesuraman Majlis Ulangtahun Umno ke 63 ;-Dr Zambery juga tidak hadir dan difahamkan beliau bergegas ke Ipoh sebaik sahaja keputusan mahkamah tersebut diumumkan.



oleh itu dimana Adun Pangkor ini berada ketika saat-saat keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan..duduk dalam feri nk balik Pulau Pangkor kot..?





Tup-tup bila keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada beliau..dengan kembang hidung beliau mengadakan sidang media dengan disertai oleh kuncu-kuncunya..serta mengumumkan bahawa beliau sebaris dengan Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi..huhuhu..buat lawak pula mamat ini..kalau gitu amat wajar beliau menyertai Raja Lawak Astro Musim ke4 tahun depan..

Memang "pengecut" Adun Pangkor ini berdepan para wartawan baik didalam keadaan yg tidak memihak kepada beliau..
Ini amat berbeza dengan YB Nizar..walaupun keputusan Mahkamah Rayuan sedikit meremukkan hatinya beliau tetap tenang berhadapan para wartawan didalam sidang media yang dihadirinya..

Monday, May 11, 2009

"Aku kena balik cari siput la pas nie..."

*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily pada 12/05/09

Inilah gambar yg diedit didalam Agendadaily yg diambil utk sedikit ulasan mengenai kekalahan Adun Pangkor didalam mahkamah yg telah memutuskan YB Nizar adalah MB Perak yang SAH!!!!...
Ternyata gambar ini telah menceritakan terlebih dahulu keputusan mahkamah yg memihak kepada YB Nizar...

Akal "kotor" saya cepat sekali berkata..seandainya saya ditempat nizar seperti didalam gambar tue..sudah tentu inilah dialog saya..

"sekarang feri ke Pulau Pangkor akan berlepas...siapa-siapa yang ketinggalan alamat xdapat la cari siput kat tepi pantai bersama-sama Adun Pangkor.."

Namun begitu itu adalah dialog saya yg mempunyai akal "kotor"..bagi YB Nizar dia lebih baik dari saya dan xmungkin akan ada "kata-kata" yang sebegitu..

Terdetik dihati saya apabila melihat agendadaliy/utusanOnline tiada laporan mengenai kekalahan Adun Pangkor hanya sedikit tulisan yg "kosong"...atau puak-puak keldai tua/kurap ini sedang menunggu kata-kata dari pakar-pakar perang saraf politik utk memberi sedikit ruang utk Adun Pangkor bernafas ketika ini..

Akal "pendek" saya berkata walaupun YB Nizar disahkan masih MB Perak yang sah.. UMNO/BN akan terus memainkan isu "derhaka" kerana YB Nizar telah mencabar keputusan Sultan yg memperkenan Adun Pangkor sebagai MB Perak.

Diharap Sultan Azlan Shah atau Pemangku Sultan Raja Nazrin Shah akan memperkenan YB Nizar utk mengadap dan seterusnya membuat keputusan membubarkan DUN Negeri Perak..

Saturday, May 9, 2009

"Goreng" siKeldai Kurap...




*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily.net 10/05/09

Petikan dari KELDAI KURAP UMNO/BN iaitu Agendadaily 09/05/09.."Apa yang dilaporkan kedengaran di pembesar suara ialah baginda bertitah kepada kedua mereka, “ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?“So go and tell that …”


Agendadaliy telah mendakwa mendapat satu laporan mengenai apa yg dititahkan oleh Raja Nazrin kepada YB Nizar..perhatikan petikan diatas sekali lagi..


"Apa yang dilaporkan"..:- jelas sekali agendadaily tiada saksi yg berani tampil menunjukan dirinya yg mendengar titah Raja Nazrin melalui pembesar suara....jika ada mana-mana Adun atau makhluk asing/pendatang haram/virus-virus selsema babi yg mendengar melalui sila tampil mempertahankan AGENDADALIY....


Seperkara lagi cuba perhatikan jarak Raja Nazrin dengan microphone ketika membisikan titah baginda kepada YB Nizar..agak-agak boleh dengarkah sekelian manusia didalam dewan tersebut...kalau mahkluk asing mungkin boleh dengar....


Ada lagi..jika "bisikan" boleh didengari oleh sekelian manusia didalam dewan tersebut maka itu bukanlah dinamakan "bisikan"..mesti ubah kepada "laungan"..


Umum memang sudah mengenali siapa YB Nizar baik kawan mahupun lawan..personalitinya yg sudah menyakinkan semua bangsa di Malaysia sudah memperjelaskan identiti YB Nizar...percayakah anda bahawa YB Nizar "berbohong" kepada rakyat Malaysia..?


Utk agendadaily..cuba lagi di masa depan...laporan ada ditertawakan seluruh dunia..cakap-cakap kedai kopi ngan lebai malang dan lebai kadok boleh laaa hang nak goreng depa..



Thursday, May 7, 2009

"Isnin yang dinanti...."

*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily,kedahlanie&utaraonline 08/05/09

Raja Muda Perak , Raja Nazrin Shah dilihat lebih menghormati Dewan Undangan Negeri Perak apabila sanggup "mencemar Duli" dengan menunggu "green light" dari Speaker DUN Sivakumar da'Boss utk merasmikan Sidang DUN...ini memperlihatkan bahawa "sudah terang lagi bersuluh"suku sakat Adun-Adun UMNO/BN langsung tidak menghormati DUN...begitu juga dengan kehadiran "makhluk asing/pendatang haram/virus-virus selsema babi yg begitu rakus dan pelahap dengan mengheret serta menghumban-keluarkan Speaker DUN Sivakumar da'Boss..

Memang benar sekali kata-kata Dr Mahathir bahawa UMNO/BN terlalu tergopoh-gapah dan terkocoh-kocoh didalam isu "Perak" ini...Kebodohan dan "kePANDIRan" Adun Pangkor serta kuncu-kuncunya terserlah dan terpampang disemua media-media Online utk santapan rakyat jelata pada Sidang DUN yg begitu kecoh dan "sureHeboh" dari Perlis sehinggalah ke Sabah..Agaknya Adun Pangkor yg mewakili Adun UMNO/BN sudah "tersentot' akal rasional apabila ....

1) Mengingkari perintah Speaker agar keluar dari dewan...

2) Melantik Speaker baru walaupun Speaker Lama belum meletak jawatan

3)Mengadakan "persidangan DUN haram" sebelum upacara perasmian Sidang DUN oleh Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah

Dengan ketegasan Speaker Sivakumar da'Boss telah menyebabkan Adun Pangkor semakin "hitam" mukanya apabila segala usul yg diusulkan beliau ditolak mentah-mentah..agaknya Adun Pangkor itu sudah "hitam" otaknya lalu xdapat berfikir kenapa usul beliau ditolak...utk pemahaman Adun Pangkor..usul anda ditolak kerana anda telah digantung tidak layak berada dalam Dewan DUN...anda keluarkanlah apa jua kertas atau surat dari mahkamah yg telah "membenarkan anda berada didalam Dewan Dun kerana semua itu umpama kertas pembalut nasi kandar sahaja..tidak bernilai didalam Dewan DUN..in kerana "mana-mana jua Badan atau Pertubuhan tidak berhak dan tidak boleh mencampuri segala keputusan dan urusan DUN....

Akhirnya..Adun Pangkor dan kuncu-kuncunya terlopong dan ternganga apabila melihat Raja Nazrin membisikan sesuatu kepada Nizar serta Ngeh Khoo Ngam dan keadaan bertambah panas punggung apabila semua Adun UMNO/BN terbeliak biji mata melihat semua "mahkluk asing/pendatang haram/selsema babi" diusir keluar oleh Raja Nazrin secara halus dan berhemah yg begitu sesuai sekali dengan "kehormatan' yg dimiliki beliau..

Seandainya Adun Pangkor serta kuncu-kuncunya dapat mendengar titah dan bisikan Raja Nazrin kepada YB Nizar sudah tentu dikala itu juga sekelian mereka itu muntah darah dan terus demam selsema babi...

Tindakan Raja Nazrin berbisik sesuatu,bertitah mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat dan kemudian bersalaman dimulai dengan semua Adun Pakatan rakyat jelas sekali menunjukan Raja Nazrin masih mengiktiraf serta meletakan penghormatan keatas Kerajaan Perak yg sah dibawah Pakatan Rakyat serta dipimpin oleh MB YB Nizar...

Apakah ini petanda bahawa "Isnin" yg dinanti akan membawa kembali sinar di bumi Malaysia khususnya Negeri Perak...?



Apabila TGNA bersuara...


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily&utaraonline 07/05/09
"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.
"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.
Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.
Menurutnya juga belajar ilmu Islam tidak semestinya di pondok atau sekolah agama, tetapi suasana setempat membolehkan golongan profesional menjadi Muslim sejati.. TGNA - petikan dari http://www.harakahdaily.net/
usinkata; kata-kata dari TGNA sudah semestinya penamat segala kekusutan siapa yg benar-benar layak utk menerajui PAS..samada golongan ulama atau profesional..kepada semua ahli-alhi Pas renungilah dan "galilah" kata-kata hikmah ini dari TGNA..
Dan utk UMNO serta keldai-keldai tua(media pro UMNO/BN) lupakanlah hajat anda utk terus menerus memainkan isu 2 golongan yg ada didalam PAS..usaha anda itu sia-sia sahaja..umpama "anjing menyalak bukit"...ahli-ahli Pas dan rakyat bukan lagi berada di zaman 50an..60an..70an..80an...
Jika Musa Hitam pernah berkata yg UMNO ini umpama penyakit tua yg sudah tiada "ubatnya" melainkan menunggu diusung ke tanah kubur maka begitlah jua yg sedang dihadapi keldai-keldai tua(media proUMNO/BN) walaupun dicuba memakai celak dan gincu agar nampak muda remaja namun pada hakikatnya pendekatan dan laporannya masih dizaman "pop yeh yeh.."

Wednesday, May 6, 2009

Ada "Bran" ka..?...


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh kedahlanie.blogspot 06/05/09


“Ini semua cerita karut marut,” demikianlah penegasan Ahli Parlimen Rompin Datuk Jamaluddin Jarjis (JJ) mengenai dakwaan terbaru pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai dirinya.


JJ yang enggan melayani isu tersebut dan tidak mahu mengulas lanjut bagaimanapun menegaskan, beliau akan berunding dengan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap tuduhan terbaru Raja Petra tersebut. ..petikan dari http://www.agendadaily.com/





usinkata; Saman saja Datuk si Raja Petra tue..kalau boleh saman malu yg bernilai berjuta-juta RM..baru melopong si Raja Petra tue..nak lagi syok bagi kes nie panjang sikit didengari oleh mahkamah..baru suma rakyat bole tau kejadian sebenar..buat liputan meluas pasal kes Datuk saman Raja Petra dalam media utama negara ....TV3 bagi mereka siarkan didalam Buletin 1.30 dan juga Buletin Utama jam 8.00pm sepanjang perjalanan kes ini kat mahkamah..nak lagi syok buat saja live dari kamar mahkamah kat astro..perghh mesti best punya Datuk...


Saman Datuk jangan tak saman..nanti Raja Petra semakin tak "makan" saman..saya sokong usaha Datuk 100%....


Kalau Datuk nk lagi popular tarik sama PM kita sebagai saksi kat dalam mahkamah..kalau kat Thailand PM depa "Samak" bole naik court bagi keterangan takan PM kita Najib tak bole pi bagi sokongan kat Datuk...


Kalau Datuk tak sama Raja Petra ..nanti rakyat kata memang betul la Datuk ada bagi tawaran kat Raja Petra utk hentikan dari menulis cerita berkenaan Najib+Rosmah=Altantunya..atas arahan dari Najib PM 1Malaysia kita..





Amacam Datuk..? Ada "Bran" kaa !!!!....huhuhu..(Bran = Berani)

Tuesday, May 5, 2009

H1N1..dah wujud di Malaysia..?


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaly 05/05/09
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar , Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.Di negara ini hanya wujud wabak H1N1 yang dinamakan "classical H1N1" yang tidak merbahaya berbanding "novel H1N1" (influenza A) yang menular di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini serta 19 negara lain. "Jadi kita kena pastikan jenis wabak penghidap sama ada classical, novel atau wabak lain untuk langkah keselamatan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi classical H1N1, tanda-tanda wabak ini lebih kurang sama dengan novel H1N1, namun tidak mempunyai keupayaan berjangkit dengan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian seperti novel H1N1. "
Sebagai contoh, setiap individu mempunyai kereta Wira yang luarannya sama namun dalamannya berbeza sama ada enjin 1.5 dan 1.6 atau ada aksesori tambahan, begitu juga H1N1, walaupun sama, tapi kandungan kemerbahayaan berbeza," katanya...- sumber http://www.bharian.com.my/
usinkata; akal "pendek" saya berkata dari sumber mana kewujudan "classical H1N1" ini yg dikatakan lebih kurang sama tanda-tanda Selsema Babi (novel H1N1)..adakah ia juga datang dr Babi..
Akal"pendek" saya memberontak lagi...adakah Penyakit Misteri yg berlaku di Pokok Sena Kedah ada kaitan dengan "classical H1N1...tolonglah bagi doktor yg berkelayakan sahaja bagi kenyataan ...ini melibakan nyawa tau..jangan syok-syok kata "walaupun sama,tapi kandungan kemerbahayaan berbeza"..

Wong Chin Huat..tabahkan hatimu...


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh kedahlanie.blogspot&detikdaily 05/05/09

Aku menerima sms dari InfoKeadilan pada pukul 08:49:58pm..:-

"Blogger Wong Chin Huat ditahan dibawah Akta Hasutan pada pukul 8:00pm tadi berhubung dengan isu DUN Perak ...dia kini ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah komersial..(belakang Bank Negara)..

usinkata; sungguh sensitif isu DUN Perak sekarang ini....hingga meneggelamkan laungan 1Malaysia oleh PM ..nampaknya kini Kerajan BN/UMNO begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Kerajaan Haram BN/UMNO Perak..hingga menggunakan undang-undang rimba utk menakut-nakutkan rakyat menerima dan memberi reaksi terhadap sesuatu isu..

Siapalah itu Wong Chin Huat..?...saya kat sini hanya mampu bersimpati sahaja..siapalah aku ini..hanya technician "pekak" ja..harap pihak-pihak yg mampu melakukan sesuatu dapat membela nasib rakan kami WONG CHIN HUAT..

Monday, May 4, 2009

"memBERSIHkan langit Malaysia yg semakin gelita"



*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh kedahlanie.blogspot,detikdaily&utaraonline 05/05/09

Baju hitam protes sidang DUN

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini. NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru...sumber www.malaysiakini.com

Polis kata ; "Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut,"

usinkata; Bagaimana pula dengan Kerajaan Haram BN Negeri Perak yg sememangnya "Haram" dan meyalahi undang-undang tubuh negeri Perak...?

Pemikiran "cetek" saya berkata ....harap Sultan setuju tangguhkan sidang DUN sehingga kes "Siapa MB Perak..Nizar atau Zambri.." diputuskan oleh mahkamah terlebih dulu..jangan biarkan gelora yg terbuku dihati rakyat membuak-buak keluar bertaburan dijalanraya..
Kepada "Bersih" harap esok akan mencatatkan satu lagi sejarah negara utk mem"BERSIH"kan langit Malaysia yg semakin gelita...kami menanti keputusanmu...

Saturday, May 2, 2009

"Tomoi 3 Penjuru.."




*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily & utaraonline pada Sabtu 02/05/09

Dengan keputusan Pas Permatang Pauh ingin meletak calon utk bertanding di PRK Penanti sudah semestinya telah membuka "gelanggang" utk satu lagi perlawanan "tomoi" 3 penjuru antara penyokong PAS,PKR dan UMNO/BN dihamparan media proUMNO/BN dan media Alternatif..


Agendadaliy; "Penanti: Mari kita tengok sapa yang kena…" sebagai tajuk utama webnya..selain itu .."Kalau baca kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan kata depa nak orang PAS bertanding juga di Penanti bunyinya macam nak perang sakan.....Ada seorang kawan kata kalau ini satu drama ia dah masuk kategori heavy drama .Katanya dia dengar geng-geng PKR di Pulau Pinang dah naik angin dengan tindak tanduk ‘ banyak cakap’ PAS Pulau Pinang. . "


Kepada PAS Permatang Pauh..tindakan anda sudah membuka peluang dan ruang utk UMNO/BN bernafas kembali di Penanti..Anda telah "membuka dada" utk UMNO/BN senang-senang utk "menikam"..umum telah mengetahui PAS-PKR satu gabungan yg cukup menggerunkan UMNO/BN apatah lagi dengan dengan penyertaan DAP sememangnya meranapkan impian mereka utk melihat PAS dan DAP terus menjadi kutub utara dan kutub selatan...


Tidak terfikirkan Pas Permatang Pauh tindakan anda ini boleh disifatkan sebagai "publisiti murahan" utk menjual nama Pas Permatang Pauh serta pemimpin-pemimpinya...fikirlah...


Sepatutnya perkara sebegini harus dibincang didalam "kelambu" bukanya di kedai-kedai kopi...bila dibincangkan dikedai kopi sudah semestinya butir-butir bicara akan disampaikan leh org lain melalui versi mereka sendiri dan menjadi "telefon buruk"..


Pemikiran "cetek" saya sebelum Fairus meletak jawatan sudah sememangnya sangat bersetuju jika Penanti diletakan calon PAS dan bukanya PKR..namun begitu perbincangan harus diadakan dan kita mesti akur dengan keputusan perbincangan..dan kini sudah termaktub keputusannya PAS Pusat tidak akan meletak calon dan Pas Permatang pauh serta Pulau Pinang mestilah tutupkan mulut dikedai-kedai kopi..kalau dalam kelambu xpa..bisingkan nanti didalam Muktamar...


Konflik 3 penjuru ini akan menjadi isu besar UMNO/BN di Penanti..disamping Saifool akan membuka seluarnya kembali utk diperiksa oleh doktor kat hospital seberang jaya...


Agak sedikit terkilan dengan isu ini dimainkan sewenang-wenangnya oleh UMNO/BN akibat kealpaan,kelalaian dan kelemahan membaca ilmu politik oleh pemimpin Pas Permatang Pauh serta Pulau Pinang iaitu membenarkan pihak lawan membaca dengan mudah kelemahan yg terdedah dan yang didedahkan oleh diri sendiri...

Friday, May 1, 2009

MB HARAM VS BAKAL PM MALAYSIA..



MB Haram VS Bakal PM Malaysia...

*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh detikdaily & utaraonline pada Jumaat 01/05/09
usinkata; Cuba renungkan gambar diatas...berikan komen setulus hati sejujur rasa..

Saya semakin lama tgk gambr MB Haram nie semakin sakit sehingga menusuk ke tulang hitam..

Gambar ini diambil dari oleh Agendadaily yg proUMNO/BN..

Si MB Haram itu tersengih-sengih tak ubah macam/sebijik diri "beruk dapat bunga"..aduiii..menyampahnya...

Bandingkan dua personaliti ini...tgk pada bibir mereka..si MB Haram bibir hitam mcm terbakar...sah kaki rokok..dalam hati..xpayah cakap la...hitam ka kelabu ka..aduiiii..aku dah tak boleh tulis panjang lagi...nanti keluar "ayat-ayat" yg semakin busuk..


Kekalutan dan keributan politik di negeri Perak semakin terbelit..ada hikmah disebalik apa yg terjadi...akal "cetek" saya berkata...semakin lama krisis ini berjalan semakin cepatlah terdedah "keaiban"kepada umum siapa UMNO/BN sebenarnya..Onar yg dibuat oleh UMNO/BN semakin menelanjangkan diri mereka di hadapan umum...saya menjangkakan "alat sulit" UMNO/BN akan terdedah dengan sendirinya oleh media harapan mereka selama ini.media proUMNO/BN akan melondehkan segala-galanya..bukan media alternatif...bukan Pakatan rakyat...

"Keldai tua"(media proUMNO/BN) akan menjadi senjata makan tuan..UMNO/BN akan dijatuhkan oleh keldai tua ini dengan secara terang-terangan dengan laporan yg benar tetapi tidak memihak kepada UMNO/BN..

7 Mei ini akan melondehkan UMNO/BN oleh media mereka "jika laporan itu betul akan menjahamkan UMNO/BN dan jika laporan itu "songsang" akan jua ia "meNERAKAkan" UMNO/BN kini dan selamanya...
usinkata; maaf jika kata-kata terawal saya td agak keterlaluan..tapi ia lahir dari hati...

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009