Tuesday, May 12, 2009

Dimana Adun Pangkor..?

foto; sekitar majlis sidang media oleh Adun Pangkor dan kuncu-kuncunya selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan barisan peguam Adun Pangkor menangguhkan keputusan Adun Pangkor "MB PERAK HARAM"..(keputusan mahkamah Tinggi bahawa YB Nizar MB Perak yg SAH)..


*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh utaraonline & kedahlanie 13/05/09

usinkata; Dimanakah Adun Pangkor ini berada ketika keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada beliau...apakah benar-benar Adun Pangkor ini pengecut dan tidak berani tampil kehadapan ketika beliau diasak oleh para wartawan..bila ditanya dimana Adun Pangkor berada ketika itu Setiausaha beliau berkata Adun Pangkor dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menghadiri Majlis Ulangtahun UMNO ke 63..petika dari Malaysiakini ;- "Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

ADUN Pengkalan Baru Datuk Hamdi Abu Bakar bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa Zambry pada waktu itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-63 malam ini.Pegawai Khas Dr Zambry, Khairul Azwan Harun meminta semua media beredar dari pejabat berkenaan pada kira-kira jam 5.15 petang tadi kerana waktu pejabat telah berakhir.





Yang peliknya apabila membaca laporan Malaysiakini ini pula mengenai "Kesuraman Majlis Ulangtahun Umno ke 63 ;-Dr Zambery juga tidak hadir dan difahamkan beliau bergegas ke Ipoh sebaik sahaja keputusan mahkamah tersebut diumumkan.



oleh itu dimana Adun Pangkor ini berada ketika saat-saat keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan..duduk dalam feri nk balik Pulau Pangkor kot..?





Tup-tup bila keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada beliau..dengan kembang hidung beliau mengadakan sidang media dengan disertai oleh kuncu-kuncunya..serta mengumumkan bahawa beliau sebaris dengan Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi..huhuhu..buat lawak pula mamat ini..kalau gitu amat wajar beliau menyertai Raja Lawak Astro Musim ke4 tahun depan..

Memang "pengecut" Adun Pangkor ini berdepan para wartawan baik didalam keadaan yg tidak memihak kepada beliau..
Ini amat berbeza dengan YB Nizar..walaupun keputusan Mahkamah Rayuan sedikit meremukkan hatinya beliau tetap tenang berhadapan para wartawan didalam sidang media yang dihadirinya..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009