Sunday, January 23, 2011

Alkisah Kerajaan Bini-Laki-Kroni

Kalau Kerajaan Tikus Bawah tanah..Pemerintah dia korup..makan rasuah..confirm dia kena hukum punya..xcaya tgk gambau diatas..




usinkata;..Alkisah dibawah ini bertujuan utk memberi peringatan dan juga ingatan kepada pemerintah dan juga wargarakyatnya..sifir hidup ini mudah bangat..semudah abc.. 123.. + - x /..


Peringatan buat pemerintah a.k.a kerajaan....Lu tolong gua..gua tolong lu..Kalau Lu cilok..gua hantam  lu teluk-teluk punya..


Ingatan buat rakyat..negara ini negara rakyat..bukan mak bapak depa yg punya..jika amanah yg kita beri diambil utk mengkayakan diri bini-laki-kroni dan menggadai tanah-negeri..tunjukan kuasa rakyat..tunjukan kekuatan rakyat..heret mereka ke mahkamah rakyat..biar rakyat yg mengadilinya ..

Berakhirnya Kerajaan Bini-Laki-Kroni

Revolusi Bunga Melati adalah julukan bagi aksi demontrasi dijalanraya yg menumbangkan Kerajaan BN (oppsss silap..) Kerajaan pimpinan BA iaitu Ben Ali a.k.a Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali 74 tahun.
Terlungkupnya Kerajaan BN (oppsss..silap lagi...).terjungkalan Kerajaan BA @ Ben Ali hasil dari serangkaian aksi protes warga Tunisia yg berlangsung sejak pertengahan Disember 2010 lalu.Para penunjuk perasaan mewakili kekecewaan penduduk 10.4 juta rakyatnya yg menderita ekonomi selama 23 tahun dibawah pentadbiran diktator Ben Ali.


Rakyat memprotes pemerintahan Ben Ali yg dianggap tidak berhasil memakmurkan warganya.Sejak 1987,Ben Ali berkuasa dengan kuku besi.Kebebasan bersuara direndam,Para birokrat,termasuk Ben Ali sendiri menjadi perasuah.Dengan angka pengangguran sekitar 13% dan juga harga makanan seperti roti,susu dan gula terus melambung Kerajaan BN..(ooopsss..lagi2 silap nihh..) Kerajaan BA @ Ben Ali masih lagi memekakkan telinga dengan jeritan rakyatnya.

Ditambah pula gaya hidup isteri Ben Ali, First Lady Leila Trabelsi yang asalnya bekerja sebagai penggunting rambut dari keluarga miskin dan mula hidup serba mewah setelah bersuamikan Ben Ali pada 1992.Leile didakwa meraih kekayaan dlm banyak sektor perniagaan termasuk perniagaan kereta,pasaraya dan telekomunikasi.

Para penunjuk perasaan berteriak kepada polis ..

"Sedarilah kamu bahawa kini yg memerintah kamu sebenarnya adalah seorang tukang gunting rambut"

Selama Revolusi Bunga Melati bergerak dijalanraya..tentera Tunisia sempat melanyak para penunjuk perasaan yg menyebabkan kemataian seramai 66 org..Namun gelombang kebangkitan rakyat Tunisia menumbangkan Kerajaan BN..( haduii silap dan silap lagi..) Kerajaan BA @ Ben Ali yg turut sama dibantu oleh kemudahan IT iaitu Facebook dan jejaring sosial yang lain serta SMS dari telefon bimbit ...rakyat Tunisia berulangkali melaungkan kata keramat..


" Ben Ali Turun"... 


"Kementerian Dalam Negeri adalah kementerian ganas"

Akhirnya kemenang rakyat Tunisa terlaksana jua apabila Kerajaan BN ( silap lagi sekali..) Kerajaan BA @ Ben Ali serta isteri beliau Leila Trabelsi digulingkan pada hari Jmaat 14 Juanuari2011 melalui gerakan massa di jalanraya dan bukan melalui prosedur Parlimen Tunisia...mereka berdua melarikan diri dari Tunisia dan menuju Jeddah Arab Saudi utk bersembunyi disana..


* alkisah ini gua cilok dari akhbar Siasah 21-27 Jan 2011..Global m/s 12 oleh Ramli Abdul Samad..huhuhu sori bro..gua ada tambah2 ajinomoto skit..huhuhu

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009