usinakta; ..Dalca super special khas utk warga Penang sekitar Little India dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Petak letak kereta jana ekonomi
Sedia kemudahan perniagaan konsep Pekan Rabu
oleh; Syajaratulhuda dan Mohamad Rosli Sinar Harian
Tempat letak kereta bernilai RM9.8Juta yg dapat memberi kemudahan kepada orang awam dilihat dapat menjana peluang perniagaan bagi peniaga kecil serta mewujudkan limpahan ekonomi kepada penduduk khususnya sekitar Little India.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kemudahan yg dijayakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyediakan 204 petak letak kereta dan turut disediakan ruang pejabat dan ruang perniagaan berkonsepkan Pekan Rabu .
Projek ini juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil utk menceburi dalam peniagaan kecil didalam bangunan ini yg turut menyediakan kiosk-kiosk khusus utk peniaga kecil.
Projek tempat letak kereta bertingkat ini adalah projek ketiga bagi kemudahan tempat letak kereta selain di Jalan Hatin dan di Lebuh Pantai.
* petikan Sinar Harian Edisi Utara U3 Rabu 19 Jan 2011
No comments:
Post a Comment