Tuesday, January 4, 2011

Ceritera Pendekar Mustar Pinang Sebatang dan Menteri Nikah Kahwin Pura Cendana

"Dimana kita nak cari Pendekar Masturr berada haaa "...Bukan Mastur daaa..Mustar daa.."

USINKATA;...Siapa Pendekar Mustar..?.Beliau adalah pendekar yg menentang ketidakadilan yg dilakukan oleh "orang atas" yg bongkak serta membela samseng-samseng dan juga kongsi-kongsi gelap..Dan pendekar Mustar Pinang Sebatang ini telah memberikan pengajaran paling berguna buat "orang atas" dan kuncu-kuncunya..

Pernah ada pujangga mengatakan bahawa orang atas tidak sama dengan orang bawah..padahal "scorpions" selalu berbunyi..Kita semua manusia hidup dibawah satu sinaran matahari..dan kita semua berjalan dibawah satu sinaran bulan..

Dipendekan cerita..dibawah ini menceritakan apa yg sedang berlaku dan bersandiwara disebuah negara dibenua Asia dan lebih tepat lagi Asia Tenggara..
Betapa jurang "atas" dan "bawah" semakin melebar walaupun kedegaran suara sumbang 1Malaysia bergema diserata ceruk dan lurah..namun realitinya..UNDANG-UNDANG, PERLEMBAGAAN DAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM dipecahkan menjadi 2 bahagian...satu utk "atas" dan satu lagi utk "bawah"..langsung xsama walaupun bunyinya serupa..

So dimana 1Malaysia???..Undang-Undang ada 2 ???



Sila pilih dah teka..yang mana "atas" dan yang mana "bawah"dibawah. Yang mana "MENTERI" yang mana "AMAH"


UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN

Ahli undang-undang bercakap menggunakan logik dan kuasa undang-undang. Malangnya undang-undang negara ini tidak siapa hormati lagi. Ada setengah undang-undang dan perkara dalam perlembagaan hanya untuk dibaca bukan untuk dipraktikkan.

Ahli perlembagaan bercakap berdasarkan laras perlembagaan. Cakaplah sampai berbueh mulut sampai air liur meleleh ke dagu. Siapa hendak hormat undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan          berperlembangaan hanya berlaku ke atas "rakyat yang lemah" saja tetapi perlembagaan boleh dibongkar dan dirogol kemudian dibunuh begitu saja oleh "orang atas".

Sebenarnya apa yang berlaku di negara kita mengenai hal ini - antara undang-undang, perlembagaan dan kuasa yang lahir secara lisan dan budaya berada dalam dilema. Kita bermasalah di dalam hal ini. Kita tidak tahu ke mana satu yang hendak kita pegangi. Kita hilang pendirian dan prinsip.

Situasi inilah menyebabkan kita senantiasa berada dalam krisis undang-undang. Keadaan ini sebenarnya sungguh merbahaya. Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak konssiten dalam berpegang kepada undang-undang dan adat. Orang juga bingung mana lebih berkuasa atau besar antara adat dan undang-undang dan perlembagaan.

Lebih bingung lagi dan orang akan anggap kita bahalul apabila membuat sesuatu keputusan dan ketetapan kemudian kita langgar begitu saja. Ciri-ciri dan sikap ini menyebabkan kita jadi bangsa yang merangkak ke belakang dalam menuju ketamdunan manusia.

Bertolak dari hakikat ini sesetengah ahli perlembagaan menyarankan agar berperlengaan kita dilemparkan saja kerana ia tidak ada guna dijunjung sebab ia tidak dipatuhi. Kita boleh melanggar perlembagaan seperti lembu kerbau melanggar pagar begitu saja untuk makan padi.

PETIKAN DARI SUMBER; http://msomelayu.blogspot.com/2011/01/susupan-tengahari.html

USINKATALAGI; ...macam mana..nak kena bagi contoh ka macam mana undang-undang di Malaysia ini ada 2..satu utk orang atas dan satu lagi utk orang bawah..
Nah..dipersilankan baca kat bawah ni...

Apabila TTkata;...


Satu contoh klasik : lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes ‘rogol bawah umur’ ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.


Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.


Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.


Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

PETIKAN DARI SUMBER; http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/nilai-manusia-melayu-baru.html

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
AGAMA ISLAM


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan',  tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

PETIKAN DARI SUMBER; http://www.malaysiakini.com/news/152193


USINKATALAGI;..siapakah agamawan atau penceramah yg dimaksudkan oleh Dr Asri diatas...???
Adakah ia Menteri Nikah Kahwin didalam penglipurlara "Musang Berjanggut"..??
Di bawah ini TT akan jelaskan siapa watak agamawan itu dan kenapa serta bagaimana Menteri Nikah Kahwin ini menjalankan modus operandinya..huhuhu..


TTkata;..

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.


Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.


Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

PERTIKAN DARI SUMBER; http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/nilai-manusia-melayu-baru.html

USINAKHIRIKATA;..Tq kerana sudi membaca sampai habis ceritera merapu ini.panjang kan??...moral of this story..lu orang pikir la sendiri huhuhu..aku dh penat huhuhu..otak dah jem..kesimpulan..anda buat sendiri ok..see u again !!!..huhuhu

2 comments:

Anonymous said...

umno inilah yang dikatakan melayu totok jahilliyyah,mereka lupa apa yang diatas akan tetap kebawah jugak.kebawah lubang kubor.

Tulahan said...

Salam,

Tak keberatan izin link blog saya

Blog tuan sudah saya link.

Terima kasih

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009