Wednesday, January 19, 2011

KEDAH SENANG dah...kekalkan KEDAH SEJAHTERA

Menara Kuil Subramania Swami Devastanam, Pekan Lama, Sungai Petani

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ke Kedah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menghadiri majlis sambutan Thaipusam 1Malaysia yang akan diadakan di Kuil Subramania Swami Devastanam, Pekan Lama, Sungai Petani pada hari Khamis 20.1.2011(esok).

Dengan itu banyak sekali banner yg tertera slogan "BN MENANG KEDAH SENANG" yang menjadi propoganda terbaru UMNO Kedah dinaikan dan dipasang di beberapa lokasi strategik.

Kehadiran Najib ke Kedah esok bagaikan menyuntik "dadah steriod" kepada UMNO Kedah.Begitu bersemangat sekali Ahmad Bashah dan Mukhriz utk memastikan PRU13 Kedah kembali ke tangan UMNO dan seharusnya Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak memandang enteng keghairahan kedua-dua pemimpin UMNO yg baru dilantik oleh UMNO Pusat didalam usaha UMNO merebut kembali "bendang" yg bertuah ini

Ini dapat dilhat dengan program 'Gelombang Merah" serta kewujudan "Bilik Perang" yang akan "dikerah" pada bulan hadapan (Feb2011)utk memastikan Kedah Senang-Senang Dirampas Kembali..

BN MENANG KEDAH SENANG

Terlanjur dengan kehadiran Najib serta kebanjiran banner "BN Menang  Kedah Senang" .Apa yang menjadi persoalan dihati ini rakyat Kedah ini nak senang apa lagi.?
Mengambil contoh di Bandar Sungai Petani.Adakah kehidupan di Bandar Sungai Petani ditahap kemiskinan sehingga perlu memenangkan BN agar penduduk Sungai Petani senang.?
Ingin juga diajukan soalan ini...maksud "senang" itu merujuk kesenangan apa..kesenangan diduniakah atau kesenangan diakhirat atau kedua-duanya sekali.?
Akhirnya hati ini menemui jua jawapan "senang" yg tertera didlm tagline UMNO Kedah yg baru..memetik kenyataan Timbalan Presiden UMNO Muhyidin Yassin;-

"Saya bimbang Kedah jadi macam Kelantan, negeri paling mundur di Malaysia, Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat) hanya pandai berdoa tetapi tidak tahu mentadbir dan disebabkan itu apabila rakyat berjumpa dengan saya di Manek Urai, mereka memohon bantuan termasuklah untuk membaiki masjid dan membina jambatan," Kata Muhyiddin ketika melancarkan Kempen Gerak Mesra 1Malaysia "BN Menang, Kedah Senang,"
Katanya semasa di bawah pemerintahan BN dahulu, kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan pusat kerana Kedah tidak mempunyai hasil pendapatan yang cukup untuk projek pembangunan.
Timbalan Perdana Menteri berkata atas dasar rakyat diutamakan, kerajaan pusat tetap membantu rakyat Kelantan dan membina jambatan di Manek Urai walaupun tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu baru-baru ini. 
sumber; http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/11/bn-menang-kedah-senang-pala-hotak-hang.html

Jelas sekali "kesenangan" bersifat material yg mennjadi keutamaa UMNO Kedah disebalik kewujudan tagline "keramat" mereka itu.

Jika diukur dari segi kesenagan material / pembangunan..secara asasnya sebenarnya tiada apa yg diperlukan oleh rakyat Kedah khususnya di Sungai Petani..hati ini ingin memberi beberapa contoh..

1) Jika di KL ada Dataran Merdeka...di SP ada Dataran Jam Besar
2) Jika di KL ada Menara KL..di Kedah ada Menara Alor Star dan di SP ada Menara Jam Besar
3) Jika di KL ada Taman Tema Air Sunway Lagoon di SP ada  Taman Tema Air Carnival Cinta Sayang
4) Jika di KL ada KL Sentral di SP pon ada Stesen Keretapi yg sedang disiapkan oleh Gamuda
5) Jika di KL ada Pudu Raya di SP pon ada Stesen Bas Exspress yg kini hampir siap dibina oleh PKNK bernilai RM10Juta
6) Apa yg ada di KL semua dah ada di SP..KFC 6 cawangan,McD di Centeral Squre,Pizza Hutt 2 cawangan, RFC 2 cawangan, Tesco ada 2 cawangan Sp utara dan selatan ,Giant,The Store 2 cawangan, Econsave 2 cawangan..nak main bowling di SP ada 3 tempat..,Hotel 5 bintang Park Avenue gah berdiri di plaza tol SP selatan dan dimiliki oleh Eric Chia&Family..nak main golf SP ada 2 lokasi..Kelab Golf Sungai Petani bersebelahan Taman Jubli Perak dan satu lagi Kelab Golf Cinta Sayang..
Kelab Golf Sungai Petani dah wujud pada tahun 1922

Pendek kata tidak perlu kemana-mana lagi..di SP semua ada..macam-macam ada..dan tak perlu "senang" lagi..dengan "senang" yg dah ada ni..rakyat Kedah khususnya Sungai Petani hanya perlukan "kesejahteraan" dan kekalkan "KEDAH SEJAHTERA".

4 comments:

Anonymous said...

Di KL ada premis loteri, di SP pun ada jugak.
Di KL pekerja Islam tolong kendalikan penjualan arak dan bir di pasaraya, di SP pun ada juga.

Anonymous said...

anonymous tu jgn jd bengap
di KL ada bnyk pub dan disco sampai boleh mandi arak di SP tak dak..
di KL ada SPA seks yang tak penah tutup walaupun dbkl selalu buat serbuan di SP tak dak...
Di KL, DBKL angkut kereta org sesuka hati...di SP tak dak...
Di KL,bnyk sgt orang asing di SP tak la bnyk mcm KL...
Di KL jenayah lagi bnyk dari SP...
Di KL, Mat saleh jalan kesana sini tak pakai baju di SP tak dak....
Ikotkan lah..kl syurga dunia tp neraka untuk akhirat

wan said...

untuk first comment tuh..bodoh punya orang...cakap xguna otak..sebelum cakap buat kajian dulu bak hang!!

wan said...

untuk pengomen pertama tuh..bodoh punya orang..cakap tak pakai otak..sebelum cakap mai buat perbandingan dulu antara SP dgn KL hang tu bak hang!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009