Tuesday, January 18, 2011

KEDAH; Aiikk...ada magic lagi..???


Magic-Magic datang dari Kedah...tingg!!!!


usinkata; huhuhu..magic ni confirm xpakai David Cocopil..xpakai jin..xpaka jun..tah macam mana depa dapat magic nie pon xtau..na tau tanya tuan tanah dan tuan rumah sendiri..xkan tak kenai tuan tanah dan tuan rumah yang baru..huhuhu jangan silap cari tuan khemah sudala..huhuhu..


Kalu hampa pandai..yang mana satu tuan rumah dan yang mana satu "bekas" tuan khemah..huhuhu..dulu dia tuan khemah..tapi dh dibekaskan..oleh Najib..nasib ang la..sapa suruh pi sokong Pak Lah.huhuhu..

Kerajaan Negeri Kedah telah mula melaksanakan projek-projek yang dicadangkan secara berperingkat dan mempelawa pihak swasta turut serta mengambil bahagian secara aktif membangunkan Kedah.

Kutipan hasil negeri juga meningkat 17.32% berbanding 2009.Ekoran itu,defisit berjumlah RM16Juta yang dianggarkan dalam Bajet 2010 telah dapat diatasi dan kerajaan negeri menjangka trend yang sama akan berlaku pada tahun ini 2011.

Kerajaan Negeri Kedah telah menerima RM1.8 Billion nilai pelaburan dalam sektor perkilangan bagi tempoh Januari hingga September 2010.


Bagi menggerakan pembangunan yang lebih tersusun,Kerajaan Negeri mengguna pakai Pelan Tindakan Kedah Sejahtera dengan menetapkan beberapa program strategik dalam sektor pertanian,pelancongan,industri,kemudahan fizikal,pendidikan dan pembanguan insan.

Pembangunan pendidikan turut diberi keutamaan supaya dapat menyediakan peluang melanjutkan pelajaran kepada rakyat negeri Kedah.

Antaranya pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang dijanka siap 2013.

"Kita jangkakan Kuala Ketil akan muncul sebagai bandar baharu seperti Bandar Baru Bangi bagi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sintok bagi Universiti Utara Malaysia.
Projek terbaru ialah memajukan bidang pelajaran peringkat menengah yang menggabungkan Sains Tulen dan Tahfiz al-Quran" - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009