Sunday, January 16, 2011

Mount Ophir a.k.a Gunung Ledang


Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount Ophir'?

Di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir.

Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??

Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik yang lain.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.

Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??

sumber; petikan http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/alter-terahsia-bangsa-melayu-vii.html

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009