Tuesday, January 18, 2011

RESEPI KARI KEPALA IKAN LIM GUAN ENG

usinkata;...Sapa kata Lim Guan Eng hanya pandai cakap saja..dia tera ooooo..masak...hampa tgk pic tue...perghhh meleleh ayaq lioq ooo..tue baru tgk..xrasa lagi..aku ingat kalo rasa confirm meleleh ayaq idung plak...perghhh..mamak nasi kandaq pon bole bungkiuh tutup kedai oooo mcm ni...huhuhuhu..yg tingai hanya mamak yg mengaku melayu saja ada..huhuhu..gigit jari dengan gusi..

sapa-sapa nk resepi KARI KEPALA IKAN LIM GUAN ENG..bole la salin dan baca resepi yg telah disumbangkan oleh beliau utk dikongsi bersama..isitimewa utk ibu-ibu dan bapak-bapak..



RESEPI KARI KEPALA IKAN LIM GUAN ENG


PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR.  Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bankrap.  Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009.  Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.

Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:

Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan


Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada tahun 2010.

Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9

Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris.  Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.

Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam tiga tahun PR memerintah.  Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan.

Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Persekutuan.  Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol.  Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan.  Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion.  Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR.

*Ucapan oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihanraya Kebangsaan DAP Di Kuala Lumpur pada 16 Januari 2011.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009