Sunday, January 22, 2012

KWSP dan Masalah Pencarumnya

Wisma Keladi yang menempatkan Pejabat KWSP Cawangan Sungai Petani di aras bawah.

Pagi Ahad 22 Januari 2012 dengan semangatnya aku bergerak dari rumah ke pejabat KWSP Sungai Petani dengan jaraknya 10km..
Dari rumah tepat jam 10am aku sampai di KWSP jam 1030am setelah berhempas pulas mencari parking.
Agak menghairankan aku terdapat dua pegawai MPSP sedang meronda sambil mengepit buku saman parking dan seorang lagi sedang meletakan saman parking disisi pengelap cerim hadapan sebuah kereta jenis MPV.
Aik..bukankah hari ini hari minggu..hari Ahad..dimana setiap Jumaat,Sabtu dan Ahad tempat letak kereta awam tidak dikenakan caj..
Oooo..segala persoalan terjawab..kereta tersebut bukanlah disaman kerana tidak mempamerkan kupon letak kereta milik MPSP..tetapi disaman kerana parking sesuka hati dan tidak berada didalam petak yang disediakan dimana ianya boleh menggangu lalu lintas.
Tahniah kepada pegawai wanita MPSP kerana komited menjalankan tugas.Mungkin kerana baru sahaja bercuti 2 hari(cuti mingguan) makan semangat bekerja berada di tahap optimum.

Dengan mood yang baik serta bibir menguntum senyuman, aku ke kuanter pengambilan borang untuk mengeluarkan duit caruman KWSP melalui akaun 2 sebagai menjelaskan bayaran ansuran rumah.Sesudah semuanya selesai dengan menyempurnakan segala dokumen aku ke kuanter nombor giliran..
Ketika ini mood yang baik serta senyuman yang paling manis sudah dicemari dengan kenyataan yang pedih serta menyakitkan hati.

" Maaf Encik..hari ini sistem off line..segala urusan penyerahan dokumen tidak dapat dilakukan..sila datang kembali selepas Raya Cina iait pada Hari Rabu 25.01.2012"

Aku berjalan longlai untuk keluar dari Wisma Keladi sambil cuba memadamkan api kemarahan yang sedang mula marak didalam hati.

Masuk sahaja ke dalam kereta terus sahaja aku update status didalam FB aku..

Oleh kerana esok CNY, hari ni KWSP di Kedah kerja lagi tapi tiba2 ja sistem off line..hapa la..hari bekerja buat la kerja..nak down system buat apa..dahnama kerja dengan rakyat..bukan kerja dengan mana2 tokey..rakyat tue la tokey..Rakyat Didahulukan larr.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah hati aku merepek-repek...rupanya kesan terbakar tidak lagi hilang..baranya masih membara..
Kerana itulah..untuk memadamkan bara yang masih membara..terus aku update pula blog Apadianie untuk meluahkan apa yang membara ini..

KWSP adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja..yang mana rata-ratanya bekerja dengan pihak swasta..kenapa pekara sebegini boleh berlaku..
Tidakah pihak pengurusan KWSP tidak memikirkan penat lelah dan kecairan wang didalam poket setiap pekerja yang terpaksa menapak tangga pejabat KWSP untuk menuntu hak pekerja.

Bayangkan bagaimana kami pihak pekerja menghabiskan tenaga dan wang ringgit untuk menuntut sebahagian kecil wang simpanan kami..alih-alih.segala urusan tidak dapat diselesaikan pada waktu dan ketika itu..terpaksa pula datang pada hari lain yang semestinya mengorbakan sekali lagi wang tambang/minyak/makan.

Sukar sekali saya menerima alasan sistem off line maka segala urusan tidak dapat dijalankan..ini kerana saya datang untuk serahkan dokumen sahaja...tidak salahkan kalau pihak berkenaan menerima borang ini dan melakukan perkara yang tidak melibatkan dengan sistem pengkomputeran.

Setelah habis bercuti pihak berkenaan boleh mengonline kan kembali sistem dan menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak sebelum sistem offline.

Jika ianya dapat dilakukan saya fikir saya dan semua pekerja yang datang pada hari ini tidak lagi perlu datang menapak tangga KWSP yang menuntut pengorbana wang tambang/minyak/makan.

Apa yang saya hairan..adakah pihak pengurusan sengaja meng-off line sistem atas alasan esok Raya Cina..kalau benar aduhh..apa sudah jadi..kakitangan KWSP baru sahaja bercuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu.
Kalau benar alasan off line itu utk penyelengaraan..tidak ianya boleh dilakukan pada waktu cuti mingguan.

Pada fikiran saya..majikan sebenar KWSP adalah para pencarumnya dan kami ini (pencarum) bukanlah pelanggan seperti mana situasi di bank-bank.

Untuk itu KWSP perlulah mengutamakan para pencarumnya dengan memudahkan segala urusan yang ingin diselesaikan secepat yang mungkin dan tidak pula memberatkan dengan masalah-masalah yang remeh sehingga membebankan pencarum itu sendiri.

Dengan terpaksa membuat 2 kali kerja ini sudah meningkatkan kos sara hidup para pencarum padahal kedatangan para pencarum bertujuan untuk meringankan kos sara hidup mereka (kami).

Harapan saya kepada KWSP..janganlah diulangi perkara-perkara seperti ini lagi dimasa hadapan.Fikirkanlah kesusah-payahan para pencarum.Kuatkan azam merealisasikan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"..

Saya rasa..saya fikir..tanpa para pencarum..KWSP pun tidak akan wujud..apatahlagi bangunan yang disewa atau dibina tidak secantik dan segah yang sedia wujud sekarang ini..Akal nakal saya berkata..adakah binaan pejabat KWSP atau bangunan yang disewa serta kemudahan ruang pejabat yang selesa semuanya datang dari wang para pencarum KWSP?

Sama-sama kita fikirkan...




No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009