Tanggal 17 Januari 2012..rakyat Malaysia khusunya orang Melayu dikejutkan dengan laporan ringkas dari portal laman sesawang Malaysia kini yang bertajuk "Pakar Sejarah : Hang Tuah,Hang Li Po tak wujud.
Saya antara orang yang paling awal membantah pandangan peribadi Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud dibahagian komen Malaysiakini.
Sulalatus Salatin
Antara punca-punca utama saya seorang technician pekak membantah pandangan peribadi beliau ialah saya bersandarkan hujah melalui sebuah naskah lama yang diberi nama Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.
Seperti biasa di alam maya ini apa lagi di ruang dinding Facebook,ruangan komen diberikan dan saya menerima apa jua komen sama ada suka atau tidak.Dan apa yang pasti ada yang menyokong bantahan saya dan ada yang menentang bantahan saya yakni sependapat dengan Prof Khoo Kay Kim bahawa sejarah Han Tuah,Hang Li Po mitos dan lagenda.
Saya tetap dengan kata hati saya bahawa Sulalatus Salatin bukanlah mitos dan khayalan penulisnya.
Ini kerana saya memiliki sebuah naskah Sulalatus Salatin Edisi Pelajar yang mana cetakan pertama pada tahun 1979 dan ianya diselenggarakan oleh A.Samad Ahmad seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awal kebangkitan nasionalisme di Malaysia.Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Majlis,sebuah akhbar yang berpengaruh pada tahun 1940an dan awal 1950an dan juga salah seorang tokoh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak bersama-sama Ibrahim Haji Yaakub,Ishak Haji Muhammad,ahmad Boestamam,dan lain-lain.
Menerusi Kata Pengantar oleh Datuk Haji Hassan Ahmad yang ketika naskah ini diterbitkan beliau adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ( Jun 1979) , saya memetik perenggan terakhir sebelum penutup..
"Pada keseluruhanya Sulalatus Salatin versi ini masih mempunyai persamaan asas dengan versi yang sedia ada.Bagaimanapun terdapat juga beberapa perbezaan yang menonjol yang rasanya tidak perluah diperjelaskan disini kerana semuanya telah disentuh oleh penyelenggaraan buku ini dengan panjang lebar dalam bahagian "Prolog" dan "Epilog".Dalam kedua bahagian ini beliau telah membuat kajian dengan mendalam dan juga memberikan beberapa contoh kesilapan yang dilakukan oleh para pengedit versi Sejarah Melayu sebelum ini,terutamanya tentang kesilapan mentranskripsikan ejaanjawi yang menyebabkan pengertian dan maknanya berubah.Hal ini mungkin juga disebabkan para pengedit yang terdiri daripada sarjana-sarjana barat ini kurang mendalam pengetahuan mereka dalam Bahasa Melayu disamping kemungkinan di dorong oleh sebab-sebab politik penjajah sebagaimana kita sekarang sebagai satu bangsa yang merdeka dan berdaulat ingin membuat tafsiran sejarah daripada kepentingan dan kaca mata kita."
Orang Melayu Masalah Dan Masa Depan
Disamping itu juga..keyakinan ini ditambah dengan pembacaan sebuah buku yang dikarang oleh Prof Dr Syed Husin Ali yang bertajuk "Orang Melayu Masalah dan Masa Depan cetakan pertama 1936 dan dikemaskini dengan cetakan pertama 2008.
Kata beliau ...
Bab 2 ; dari Prakolonial ke Pasca Merdeka..
"Pada masa lampau ramai penulis sejarah negara ini mengatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai sejarah.Kebanyakan daripada penulis sejarah itu merupakan bekas pegawai jajahan dan para orientalis yang menulis dari sudut kepentingan pihak mereka sendiri."
"Ramai ahli sejarah tempatan ,seperti juga ahli-ahli sejarah di negara baru yang bebas dan sedang membangun dalam Dunia Ketiga,telah berjaya membuka topeng-topeng penulis-penulis yang terdiri daripada para orientalis dan bekas pegawai jajahan itu.Mereka sudah berjaya menekankan betapa perlunya sejarah dikaji dan ditulis dari kaca mata masyarakat tempatan itu sendiri,bukan daripada kaca mata Barat.Mereka dengan jelasnya,membuktikan bahawa lama sebelum kedatangan penjajahan Barat,masyarakat yang terjajah itu ,termasuklah masyarakat Melayu,mempunyai sejarah yang lebih tua dan gemilang daripada sejarah Barat yang penuh kesombongan itu."
"Selain para orientalis dan pegawai jajahan ada juga golongan lain ,termasuklah sesetengah ahli politik dalam negara atau negara jiran,yang mengatakan bahawa orang Melayu bukan saja tidak bersejarah bahkan bukan merupakan penduduk asal yang mempunyai hak mutlak ke atas negara ini."
"Pendapat sesetengah ahli politik ini mempengaruhi ramai ahli sains politik dan kemasyarakatan luar negara yang selalunya singgah hanya sebentar untuk mengkaji masyarakat tempatan dengan tidak membuat penelitian yang mendalam.Ahli politik,diikuti pula oleh ahli sains politik dan kemasyarakatan ini,tidak berbeza tujuangnya daripada para orientalis dan bekas pegawai jajahan itu,iaitu untuk menghina masyarakat pribumi,dan dalam konteks negara ini,orang Melayu.Mereka mahu menegakan benang basah sendiri."
"Sesetengah mereka tahu akan hakikat yang sebenarnya,tetapi sengaja hendak memutarbelitkan kebenaran untuk mempertahankan kepentingan diri,dan mereka ini tidak harus dipandang ringan.Sesetengahnya memang tidak mengetahui atau sama sekali jahil, dan kepada mereka harus diterangkan hakikat sebenarnya.Mereka ini diharap akan mengubah sikap dan tidak akan terus mempertahankan pendapat salah mereka itu."
Dengan sedikit pengetahuan melalui pembacaan..saya juga mendapat maklumat yang mengatakan ketika Stamford Raffless sesudah beliau berjaya memiliki Temasik/Pulau Singapura..beliau telah mengarahkan beberapa kapal dengan sarat manuskrip-manuskrip dan hikayat-hikayat sejarah melayu menuju ke India dan seterusnya ke negara asalnya iaitu British..tetapi ada diantara kapal-kapal itu tenggelam di laut Selat Melaka.
Ada diantaranya yang terselamat dilambung ombak laut Selat Melaka dan selamat sampai ke British.Antara dokumen penting ialah beberapa surat Raja-Raja Melayu yang kini disimpan di Muzium Britain manakala manuskrip karangan Hamzah Fansuri dan Hikayat Munsyi Abdullah di Muzium Leiden dan Universiti Leiden di Belanda. Selain itu, beberapa ukiran pada papan yang dipercayai berasal dari Kelantan dan Terengganu turut disimpan di Muzium Britain. Perpustakaan British di London pula dipercayai menyimpan kira-kira 100 manuskrip Melayu lama dengan 80 daripadanya diambil dari Indonesia ketika Belanda menguasai negara itu, manakala bakinya dari Tanah Melayu.
Sebahagian besar koleksi manuskrip Melayu lama adalah karya sastera dari abad ke-19 tetapi ada juga sejumlah kecil yang dihasilkan pada akhir abad ke-18. Karya sejarah Melayu tertua yang masih di dalam simpanan Perpustakaan British ialah Hikayat Raja Pasai manakala koleksi lain yang disimpan di perpustakaan itu termasuk Hikayat Hang Tuah, Syair Sultan Ahmad Tajuddin, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Nabi Yusof, Tajul Salatin, Syair Silambari dan Surat Kiriman Kepada Perempuan.
Hikayat Merong Mahawangsa
Saya tetap berpegang dengan kata hati saya bahawa Sulalatus Salatin itu bukan mitos atau lagenda atau separuh khayalan kerana saya bersandarkan hujah kedua utama iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.
Ini kerana satu penemuan yang selama ini tidak pernah dijangka oleh semua pakar sejarah bahawa di kawasan Asia Tenggara ini atau lebih tepat lagi di Vietnam Oc-eoyang ,di mana di situ telah dijumpai tapak pelabuhan purba yang mengandungi banyak artifak dari Rom,Greek,Parsi,China dan India dijumpai .
Selama ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan tuduhan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah mitos dari utara tanahair atau lebih tepat lagi di negeri Kedah.
Namun begitu ramai yang tidak tahu..penemuan penting di Vietnam itu sebenarnya sudah tersingkap lama.....Hikayat Merong Mahawangsa telah berabad-abad lamanya mengungkapkan tentang hubungan Empayar Rom dengan China,sesuatu yang tidak terfikir oleh sarjana barat pada masa dahulu.
Melalui sedikit pembacaan saya mendapat maklumat bahawa Hikayat Merong Mahawangsa ini sungguh berkuasa dan mengandungi rahsia besar sehingga menyebabkan kerajaan Siam (era Chakri) merasa terancam dan memerintahkannya dibakar ketika menjajah Kedah pada abad ke-19.Raja Siam tidak dapat menerima hakikat bahawa Indochina pernah diperintah oleh raja-raja Kedah sebelum imigran Tai tiba secara beramai-ramai.
Dengan berlandaskan maklumat dari pembacaan dapatlah saya simpulkan bahawa "sesiapa yang masih lagi mempertikaikan Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa adalah mitos semata-mata dan tidak boleh dibuat rujukan sejarah maka ianya telah bersifat mahu merendah-rendahkan sejarah bangsa Melayu itu sendiri.Malah jika beliau itu Melayu..maka sedih dan pilu hati saya Melayu menghina sejarah bangsa Melayu sendiri.
Hang Tuah wujud !!!
Pada tanggal 20 Januari 2012 sekali lagi Malaysiakini melaporkan lanjutan isu yang ditimbulkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, kali ini pandangan dari Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.
"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.
"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi,"
Beliau berkata meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.
"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya,"
Melayu Proto dan Melayu Deutro
Dan pada hari yang sama Malaysiakini melaporkan pula suatu penemuan yang menakjubkan iaitu "Melayu Proto nenek moyang masyarakat dunia"
Bagi saya ianya sudah diketahui oleh peminat sejarah Melayu yang mengkaji dan membuat pemahaman melalui pembacaan dilaman-laman web dan blog.Cuma pengumuman rasmi belum ada ketika mereka menjumpai fakta tersebut.
Dan dengan kenyataan dan tayangan video kajian arkeologi dan genetik oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman telah membuka banyak mata pihak tentang sejarah Melayu.
Kenyataan ini disokong pula oleh pakar antropologi genetik Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asli berasal dari Asia Tenggara.
"Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu."
Nah..inilah masanya...jika Melayu Proto memiliki satu sejarah gemilang dan hebat...apatah lagi pula kepada Melayu Deutro...tidak mempunyai sejarah tersendiri kah?
Melalui sedikit pemahaman melalui pembacaan, ketika raja-raja Viking,Anglo-Saxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri di Eropah selepas kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu Deutro telah berada di puncak;berjaya membina rangkaian perdagangan maritim antara China dan India.Tidak dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu Deutro ialah kebolehan semulajadi mereka dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang ada pada mereka,bukan sepenuhnya kuasa tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan perdagangan di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan.
Dan sedikit makluman,ketika itu bangsa Inggeris belum wujud lagi..apatah lagi bangsa Amerika dan tak lupa juga bangsa Thai dan Siam.
Penutup
Sehingga tulisan ini dipostingkan ke dalam blog Apadianie...terdapat kenyataan dari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim didalam temuramah bersama Malaysiakini,namun hati saya sudah terguris, dan saya mengambil sikap endah tak endah kenyataan darinya..biarkanlah dia..dia org ada-ada...Tan Sri....Prof Emeritus lagi..siapa saya..Technician Pekak saja..
Apa yang penting...saya suka sekali mengguna-pakai ayat dari Afareez Abd Razak Al-Hafiz melalui buku beliau , "Benarkah ISKANDAR Bukan ZULQARNAIN".
"Mengapa kita perlu mengkaji sejarah? "
"Sejarah membentuk masa kini,maka sekiranya kita salah memahami sejarah lampau,besar kemungkinan kita salah faham mengenai masa kini kita sendiri.Kesanya mungkin membawa kepada tindakan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh sejarah hari ini."
Lanjutan dari apa yang disuarakan oleh Afareez Abd Razak Al-Hafiz, Malaysia sudah menerima hukuman apabila mengabaikan sejarah Melayu itu sendiri.
Ini dapat dilihat dengan kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura apabila berlaku pertindihan tentang hak ke atas Pulau itu yang melibatkan Malaysia dan Singapura.
Dan apa yang menyedikan..barisan peguam negara kita tewas dengan kegagalan berhujah dengan tidak memiliki bukti kukuh untuk memastikan Pulau Batu Putih itu berada dibawah kawalan dan jajahan Kerajaan Melayu Johor-Riau yang sudah semestinya kini bersama-sama membentuk negara Malaysia yang Merdeka dan berdaulat.
Kepada Melayu dan bukan Melayu yang bersama-sama mendiami Malaysia tercinta ini..sekiranya anda membaca luahan hati saya dari awal hingga ke saat ini...saya yakin anda dapat menilai mengapa saya menolak pendapat peribadi Pakar Sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Bapak Subky Latif berkata didalam bukunya " Anak Apak".
"Tidak wajar dalam dunia ini ada insan yang berkecuali.Manusia itu mesti memihak kepada kebenaran.Manusia hanya dibenarkan berkecuali ketika tidak mengetahui asal-usul sesuatu isu."
Dan
"Orang berotak tidak wajar kekal dalam keadaan tidak tahu.Dia mesti keluar dari alam tidak tahu.Sesudah mengetahui ,dia tidak lagi boleh berkecuali.Dia mesti di pihak yang benar"
2 comments:
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Menurut Windstedt (1935), Hang Tuah ialah Orang Jakun. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Post a Comment