Friday, January 27, 2012

MANTOYA 2 ; Bab 5 ; BAGI AMBIL,TAK BAGI PUN AMBILa



'Bagi ambik,tak bagi pun ambik." demikianlah kata ADUN Pantai Merdeka Abd Manaf Ahmad sewaktu menjawab rungutan para penduduk sekitar Pulau Sayak yang tanah mereka mahu "dirampas" untuk satu lagi projek pelancongan kerajaan BN Kedah.Sebuah ungkapan kata-kata yang rasanya hanya layak untuk diucapkan oleh golongan perompak dan penyamun.

Apalah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat kalau demikian angkuhnya sikap wakil yang mereka pilih.Projek Tanjung Puteri Resort,lebih kurang saja macam projek pelancongan lain di Kedah.Sebuah projek yang didalamnya terdapat hotel bertaraf lima bintang,padang golf,kolam air panas,padang lumba kuda,lounge tempat minm arak,pantai tenpat Mat Saleh mandi berjemur dan berbogel dan pelbagai tempat hiburan lagi.

Satu lagi ciri yang pasti ada ialah tanah yang akan diambil itu melibatkan 100% tanah orang Melayu.Lebih dua ribu penduduk terdiri dari nelayan pantai dan petani aka dinyahkan dari situ.Lima buah kampung terbabit iaitu Kampung Teluk Nipah,Kampung Pulau Sayak,Kampung Teluk Amboi,Kampung Baru dan Kampung Bukit Tukang Jusoh.

Sebuah sekolah kebangsaan akan menjadi korban.Lebih malang lagi,dua buah masjid akan turut dimusnahkan,hanya untuk tujuan membangunkan sebuah tempat hiburan yang mengandungi pelbagai aneka maksiat.Apalah sangat yang hendak disedihkan oleh ADUN Pantai Merdeka ,yang juga merupaka bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) terhadap pemusnahan masjid itu nanti,kalau ganjaran yang bakal diterimanya cukp untuk dia bermewah-mewah di atas dunia ini sementara masuk pintu kubur.

Iyalah,sebagai ADUN Pantai Merdeka tempat terbinanya Tanjung Puteri Resort itu takanlah pihak pemaju tak beri dia apa-apa jawatan "Chairman" atau sekurang-kurangnya Lembaga Pengarah.Puaslah makan elaun itu,dengan hanya kerja goyang kaki saja.

Berkata lagi seorang wakil rakyat ,iaitu Ahli Parlimen Sungai Petani,Ibrahim Mustaffa bahawa dia tidak tahu menahu mengenai projek itu.

Barangkali rakyat yang jenis "pekak badak" saja yang boleh percaya temberangnya itu.Atau kalau betul apa yang dicakapnya itu,lebih baik saja dia letak jawatan.Tidak guna jadi wakil rakyat(parti kerajaan) kalau apa yang kerajaan buat terhadap rakyat pun dia tak tahu.

Memang perangai wakil akyat BN macam itu.Kalau dah rakyat terang-terangan tidak setuju apa yang mereka buat,jawapan paling senang diberi alah ,"Saya tak tahu apa-apa.." Serupalah jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri berhubung Projek Jerai Internasional Park.

Dia kata dia tak tahu apa-apa.sedang waktu Menteri Besar Kedah tandatangan memorandum persefahaman (MOU) dengan pemaju,dia yang jadi saksi.Dia tolong tepuk tangan bagi sokongan.
Kalau dah tok guru kencing berlari,murid apa lagi,kencing berguling-gulinlah.Yang menjadi persoalan besarnya sekarang dalamsemua projek besar kerajaan BN Kedah,tanah yang diambil ialah tanah orang-orang Melayu.

Kenapa tak ambil tanah estet atau tanah kelapa sawit kepunyaan orang lain.Mengapa orang Melayu yang mesti jadi korban sebuah kerajaan Melayu di Kedah.

Yang jadi pemaju pula ,kebanyakan bukan Melayu.Bukan kerana mereka modal banyak.Modal RM2 pun cukup untuk projek yang bernilai berbilion-bilion ringgit.Bukan kerana mereka berpengalaman lebih.

Bumiputera pun lebih ramai yang berpenalaman.Tapi lebihnya orang bukan Melayu dari orang Melayu ialah mereka "pandai jaga rahsia".Pandai makan pandai simpan.Man Arof dan juhalak-juhalaknya tentulah lebih arif tentang budaya orang Melayu dan bukan Melayu.Sebab tu mereka boleh terus-menerus memerintah walaupun apa mereka buat pun terhadap rakyat.

Berbalik pada kisah projek Tanjung Puteri Resort tadi.Macam juga ditempat-tempat lain,bila dan kena batang hidung sendiri barulah mereka ramai-ramai berani paling tadah sokong pembangkang.

Kalau di Kualau Lumpur borang saham HICOM jadi rebutan maka di Pulau Sayak sekarang ni borang PAS lah yang jadi rebutan.Ramailah yang terang-terang berani sokong dan masuk PAS.sedang dalam pilihanraya lalu tempat itu jadi kawasan hitam PAS.Nak buat bangsal panas pun tak dapat.

Alhamdulillah,walau apa pun sebab musababnya sekurang-kurangnya dalam tahap pertama rakyat sudah mahu jadikan PAS sebagai alternatif.Mereka sudah mahu dengar ceramah para pemimpin PAS.

Dulunya ,bukan setakat ceramah,tengok lambang PAS pun paling muka.Biar tertungging basikal masuk parit tak apa,asal mata tak terpandang lambang PAS.

Dalam program ceramah besar-besaran yang diadakan di Pulau Sayak,para pemuda UMNOlah yang paling banyak membantu.Mereka ,gotong -royong dengan pemuda PAS tebas semak-samun,bina khemah dan pentas ceramah.Suasana yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sekali meeka dengar ceramah pemimpin-pemimpin PAS terasa sampai ke hati sanubar.Maklumlah seumur hidup tidak pernah pun dengar ceramah PAS.Yang mereka dengar hanyalah berita-berita buruk mengenai PAS dari media-media massa kerajaan dan kaki bodeknya.

Rupanya selama ini mereka bencikan PAS tak bersebab.Benarlah kata pepatah Arab, "Manusia menjadi musuh terhadap apa yang dia tidak ketahui."

Dalam ceramah umum paling besar diadakan di Pulau Sayak baru-baru ini,dua pemimpin PAS berpidato.Mereka ialah Ustaz Fadzil Noor dan Mohamad sabu.Ramai orang-orang kampung berhampiran yang selama ini kuat menyokong kerajaan datang mendengar.
Besar, kecil,tua,muda,lelaki dan perempuan berkilik anak keluar beramai-ramai dengar ceramah.

Sekarang baru terbuka luas pemikiran mereka.Sejak dari program ceramah itu,khabarnya wakil rakyat BN mula panas punggung.Barulah mula masuk keluar kampung,menagih simpati dari rakyat kawasan Pantai Merdeka.Tapi sekarang rakyat dah mula kenal mana intan mana batu jalan.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009