Travelog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik ini menceritaka liku-liku perjalanan bagaimana seorang yg pada mulanya "No Body" akhirnya menjadi "Somebody" didalam arus politik di negara Malaysia ini..jom layan...- usinwafer
2.0; Langkah Kedua
Angkara Fitnah
Minyak Petrol Si Batu Api
"Ayah pakai bomoh ke mak?" Tanya aku sewaktu keluar menemui emak di dapur sejurus selepas menyimpan beg pakaian.
"Entahlah...tapi rasa-rasanya tak ada.Emak pun tak tahu sangat sebab masa hari dia orang buat pemilihan tu,mak tak pergi ke dewan pun.."
"Laa...ayah tak mengamuk ke?"
"Mengamuklah juga.Tapi dia mana berani sangat dengan mak.Lagipun emak bukan saja-saja tan nak pergi.Masa tu mak takut...mak bimbang buatnya dia kalah macam mana mak nak mengadap muka Mak Aji Gayah tu.Kau bukan tak tau perangai orang tua tu.."
Ya,aku tahu.Aku tidak perlu bertanya dua kali untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh emakku.Aku kenal Mak Haji Gayah.Aku kenal sangat mulut bini Haji Seman itu.Tanpa perlu memejamkan mata ak sudah boleh membayangkan bagaimana reaksinya selepas mendapat tahu ayahku akan mencabar suaminya.Tetapi aku tidak boleh membayangkan bagaimana reaksinya sekarang,selepas suaminya kalah.
"Sekarang ni? Huh,apa lagi...ke sana ke mari la dia jaja keburukan ayah kau.Dia kata ayah kau menang sebab pakai bomoh,sebab merasuah orang kamung...sebab pakai pengundi hantu."Cerita emak apabila aku bertanya mengenai perkara itu kepadanya.
"Haji Seman pula kata apa?" Tanyaku lagi selepas meneguk kopi panas yang baru disediakan oleh emakku.
"Dah tak berapa boleh nak berkata-kata.Kata orang,sejak dikalahkan leh ayah kau hari tu,dia dah tak berapa nak bercakap dengan orang.
Daripada emak aku dapat tahu yang ayahku menang dengan majoriti yang cukup kecil.
"Dalam kiraan kali pertama,dia menang lapan undi.Bila dikira kali kedua,dia menang lapan undi dan dalam kiraan kali ketiga iaitu yang muktamad dia cuma menang tiga undi."
"Yang ayah tiba-tiba terfikir nak lawan Haji Seman tu kenapa mak? Dulukan dia kamceng sangat dengan orang tua tu?" Tanyaku yang mula hendak menyibuk.tetapi sewajarnya pun aku bertanya soalan itu.
Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini semua orang tahu,ayahku akrab dengan Haji Seman.Malah bagi kebanyakan orang,ayahku dianggap persis tangan kanan Haji Seman sehinggakan kalau ada apa-apa yang Haji Seman hendak bawa,ayah akulah yang jadi tukang angkat.
"Kau agak-agak kenapa?" Emak aku bertanya kembali.
Aku mengangkat bahu."Susah nak agak".
"Ayah kau marah sebab Haji Seman sebarkan cerita kononya dia bayar elaun kat ayah kau sebulan seribu ringgit.Asalnya ayah kau memang tak tahu cerita tu.Emak yang dengar orang cakap.Jadi emak tanyalah ayah kau apa dia buat dengan duit elaun yang Haji tue bagi,sesen pun mak tak pernah dapat".
"Apa ayah kata?' Tanyaku
"Dia menafikan cerita tu sekeras-kerasnya.Mulanya mak tak percaya cakap dia.Yalah,kau tahu sajalah perangai ayah kau tu.Cakapnya mana boleh dipakai sangat.Tapi bila dia bawa dua tiga orang kawanya sebagai saksi,lepas tu beria-ia pula nak bawa mak bersemuka dengan Haji Seman,barulah mak percaya yang dia tak bohong."
"Jadi memang tak betullah cerita tentang elaun tu?"
"Tak.Tu yang ayah kau mengamuk.Dia bengang sebab orang kampung pandang serong padanya.Dia sakit hati sebab orang kata patutlah dia sanggup angkat beg Haji Seman,rupa-rupanya dia memang khadam yang dibayar upah.Kena pula masa tu Haji Seman pergi Haadyai tak ajak dia."
Tetapi kata emak,sebab-sebab itu hanyalah sebahagian daripada ramuan yang menyebabkan berlakunya perebutan kerusi antara ayah dengan Hai Seman.Satu ramuan lain yang lebih penting dan lebih mustahak ialah bila ada orang kampung yang beria-ia mencabar ayah aku supaya melawan suami Mak Haji Gayah itu.
"Kau tau sajalah perangai ayah kau bila dicabar macam tu...hah,mulalah dia main nak kera-kerat kelengkeng.Dengar cerita masa tu dia ada kata,kalau dia tak berani lawan Haji Seman,dia rela kelengkengnya dikerat dan kalau dia melawan lepas tu kalah,dia rela tanganya dipotong."
"Sampai macam tu sekali?" Aku bertanya.
Emak aku mengangguk.
Malam itu,untuk kali yang pertama semenjak beberapa lama,aku berasa bangga menjadi anak kepada ayahku.Dengan perasaan banga itulah semasa AJK-AJK ayahku itu hendak balik kira-kira pukul satu pagi itu,aku keluar bersalam dengan mereka seorang demi seorang.Time tu entah kenapa aku betul-betul terasa macam anak orang besar dan ternama.
usinkata;...adoiii penat la...tunggu sambungan 3.0: Langkah Ketiga yang merupakan langkah terakhir...
No comments:
Post a Comment