Gambar Buku yang pernah diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Kesukaran kerajaan mengambil-alih tanah,mendorong ahli parlimen daripada penyokong kerajaan BN meminda Akta Pengambilan Tanah (1960) Pindaan (92) bagi memudahkan hasrat kerajaan.Setelah pindaan itu diluluskan ,berlambaklah (kata orang Kedah) tanah yang dimiliki termasuk yang dipusakai sejak turun temurun di negeri jelapang padi diambil-alih oleh kerajaan untuk kepentingan awam kononya.
Mereka tubuh jawatankuasa bertindak mendesak kerajaan batal projek ditanah mereka.Mereka mula berani buka mata kata kerajaan tidak adil,projek tidak menguntungkan rakyat.namun ramai juga yang kecundang sebelum perlawanan selesai.Ada yang kena ugut dan ada yang kelabu mata dengan umpan cap rimau. sebelum ini melaungkan BN memakmurkan negeri,pembangkang menghasut rakyat,pembangkang tolak pembangunan dan sebagainya.Tapi bila tanah mereka hendak diambil,mereka melompat lebih tinggi dari orang PAS atau Semangat 46 menentang pengambilan. kerajaan BN meminda Akta pengambilan tanah (1960) Pindaan (92)bagi memudahkan hasrat kerajaan.Setelah pindaan itu diluluskan ,berlambaklah (kata orang Kedah) tanah yang dimiliki termasuk yang dipusakai sejak turun temurun di negeri Jelapang Padi diambil-alih kerajaan untuk kepentingan awam kononya.
Nasib yang menimpa petani-petani Kerpan khususnya petani yang terlibat dalam fasa 1 projek Ternakan Udang Harimau Bersepadu bukanlah satu adegan baru dalam siri pemerintahan UMNO di Kedah.
Semasa kerajaan mengambil-alih tanah di kawasan Padang Sanai untuk dijadikan ladang tebu,banyak juga padi penduduk tempatan yang sudah masak dilanyak rakus oleh jentolak.Melihat padi sudah masak hanya menunggu hari untuk dituai dan mereka sudah dapat mengira jumlah hasil yang aka dikendong,tetapi semuanya hampa.
Rayuan penduduk supaya mereka diberi peluang menuai padi yang sudah masak tidak diiraukan oleh pihak berkenaan.Mereka merayu tetapi tidak dilayan.Hanya sebak dan air mata sahaja yang dapat dikeluarkan melihat jentolak merosakan padi yang mereka usahakan dengan titik peluh sendiri.
Itulah secebis kisah penduduk Padang Sanai dalam tahun 70an,sewaktu pembangunan mla masuk ke kawasan mereka seperti yang diceritakan oleh Mak Cik Embun isteri kepada Pengerusi JKKK Kampung Ulu,Enck Zakaria Ibrahim sewaktu saya menemuramah pasangansuami isteri itu dirumah mereka tahun 1991 dulu.
Adegan tahun 70an itu dilakonkan semula dibawah arahan pengarah baru,Tan Sri Osman Aroff di Kerpan.Beratus-ratus ekar padi yang sudah sedia untuk dituai dan yang sedang bunting dilanyak oleh berpuluh-pulah jentolak dengan dikawal api oleh pihak polis termasuk dari unit FRU.
Tangisan dan laungan serta air mata petani tidak berupaya menahan pemandujentolak dari menjalankan tugasnya merosaka padi.Padti terus dimusnahkan.Tanahdikorek ditengah kontroversi,namun para pemilik tanah dan petani terusn berjuang,melalui Jawatankuasa Bertidak Tuan Tanah.
Melalui khidmat peguam mereka berjaya mendapat perintah sementara menghalang pemaju meneruskan kerja.Tapi dalam perbicaraan di mahkamah Majistret Jitra,Majistret Rosli Othman memutuskan tanah sawah di kerpan yang terlibat dengan projek tersebut sudah menjadi milik kerajaan Kedah.
Petani tidak puas hati dan terus bantah.Demi mempertahankan tanah pusaka yang menjadi tempat pergantungan,mereka turun beramai-ramai ditapak projekmenghalang kontraktor meneruskan kerja.Sekali lahi polis dihantar untuk menghalang bantahan.Polis berjaya meredakan suasana dan petani juga berjaya menghalang kontraktor dari meneruskan kerja-kerja yang diarahkan oleh pemaju.
Mereka keluar beramai-ramai menyatakan penetangan,tanpa menghiraukan lapar dan dahaga d bulan puasa.Seorang pemandu jentera,keturunan india meninggalkan jentera cuba lari,tapi dikepung ditengah orang ramai.
"Ayoyoo tolonglah saya encik,saya tarak apamau kasi,rokok adalah encik.." rayuanya sambil menghulurkan sekota rokok.
"Kami tak mau rokok,kami puasa,kalau kami tak puasa hang pun kami makan," jawab seorang penduduk geram.
Akhirnya Binladin Group berundur dan kenyataan Menteri Besar Kedah dalam Dewan Undangan Negeri jelas menzahirkan kebimbanganya projek itu akan gagal.
"Sekiranya Binladin Group menarik diri,saya bimbang tidak ada lagi pelabur lain yang berani meneruskan projek di Kerpan" katanya ketika menjawab soalan wakil tunggal PAS Ustaz Haji Fadzil Mohad Noor.
usinkata;...saya difahamkan MB Kedah Osman Aroff jatuh dari kerusi MB dan digantikan oleh Sanusi berpunca dari masalah Udang hariamu di Kerpan.
Cerita udang harimau Kerpan ini akan disambung pada Bab 3 ; Kemenangan Pertama Petani Kerpan dan Bab 4; Kedegilan Kerajaan BN terhadap petani Kerpan..
1 comment:
Assalamualaikum wbt.
Saya suka 'cerita airmata' ini
Post a Comment