Monday, January 23, 2012

MANTOYA 2 ; Bab 3 ; KEMENANGAN PERTAMA PETANI KERPAN





Sewaktu saja di zaman kanak-kanak,saya pernah mendengar cerita mengenai sebiji nasi dibelah tujuh untuk mekanan tujuh orang yang kebuluran.Hanya enam orang yang sudi memakanya.Orang ketujuh enggan makan kerana menganggapnya terlalu sedikit.Akibatnya,dia mati kebuluran,sedang enam yang lain hidup.

Demikian,sebuah mitos dari mulut orang tua-tua yang tentunya mempunyai moral yang besar iaitu menyuruh kita menghormati makanan.Apatah lagi nasi,yang merupakan rezeki yang kita nikmati saban hari.
Tetapi jenis pemimpin yang terlalu angkuh,takbur dengan kuasa yang ada,tidak pernah menghiraukan itu semua.Padi yang seminggu dua sahaja lagi untuk dituai oleh pertani Kerpan dilanyak oleh jentera pengorek.
Apakah tidak boleh bari para pemimpin BN yang memerintah Kedah,bersabar barang seminggu dua untuk padi itu dipungut hasulnya oleh petani,kerana itulah sumber rezeki mereka untuk tiga empat bulan berikutnya.
Tak tahulah kerakusan paa pemimpin BN ini kerana tidak tahu menilai padi yang merupakan asal-usul nasi.Barangkali mereka hanya makan pizza, spaghetti,burger,hot-dog dan minum atau tunggang minuma yang orang kampung pun tak pernah tengok.Perasan dah jadi Mat salehlah konon-konon.
Dalam meneruskan perjuangan mempertahankan hak mereka,para petani terus menggunakan saluran mahkhamah.Tiga peguam dilantik untuk mencabar kesahihan pengambilan tanah oleh kerajaan Osman Aroff.
Perjuangan mereka akhirnya berhasil di Mahkhamah Tinggi Alor Setar setelah Pesuruhjaya Kehakiman,Mohd Hishamuddin Haji Yunos memutuskan pengambilan tanah itu tidak sah dan batal menurut undang-undang.G.S Nijar yang mewakili petani tertindas berhujan bahawa deklarasi di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah tidak sempurna kerana ianya nyata tidak memperuntukan tujuan spesifik pengambilan sebagaimana yang terkandung dalam Seksyen 3 Akta itu.
Katanya,pengambian tanah tersebut tidak sah dan batal kerana secara terang tidak dinyatakan tujuan khusus pengambilan .Ini telah menyimpang jauh dari Akta yang digunakan.
Dalam hujah Nijar berkata,Sijil segera yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian bertarikh 10 Oktober 1993.yang mengarahkan Pentadbiran Tanah Kubang Pasu mengambil-alih posisi tanah di Kerpan itu juga tidak sah kerana tujuan pengambilan disebut untuk tujuan umum,tetapi setelah tanah tersebut diambil oleh kerajaan,ia digunakan untuk ternakan udang harimau.
Mohd Hishamuddin ketika membuat keputusan memihak kepada para petan berkata,pemilihan tanah oleh pentadbir tanah terbabit tidak sah da batal kerana tujuan pengambilan tanah adalah untuk tujuan umum bukanya untuk menjalankanprojek ternakan udang harimau.
Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ini kejayaan pertama petani dalam mempertahankan hak meraka serta menuntut ganti rgi terhadap kergian yang ditanggung.
Setiausaha Badan Bertindak Petani Kerpan,Ahmad Fadzil Haji Mohammad menegaskan akan terus menggunakan saluran Mahkamah Tinggi bagi menuntut segala kos berhubung dengan kerugian yang mereka tanggung akibat pencerobohan pemaju ke atas sawah mereka.Inilah barangkali sebahagian dari nikmat perjuangan para petani yang dimulai dengan Solat Hajat dan bacaan Yassin.
Pondok Tuan Guru Haji Bakar yang dahulunya hanya dipandang sebelah mata oleh orang-orang UMNO,kini telah dihadiri oleh orang-orang UMNO untuk sama-sama bersolat hajat dan membaca Yassin setelah tanah mereka juga turut dizalimi oleh kerajaan UMNO.Ahli-ahli UMNO Kerpan yang dahulunya kuat menyokong UMNO kini
sudah mula longgar skru sokongannya.Malah mereka sudah mula membenci kerajaan.Benci yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.
UMNO cawangan Kuala Jerlun terus lumpuh apabila sebahagian besar orang-orang pentingnya menubukan cawangan PAS,tempat yang sebelum in dikira mustahil jika PAS dapat masuk berceramah di situ.Kini sebuah ceramah yan besar berjaya diadakan disitu.

Penduduk di situ juga merasa bertuah keana,tokoh PAS yang datang berceramah di situ adalah orang yang amat dihormati iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.Kalau ini satu lagi siri kemenangan,maka ianya adalah kemenangan kepada petani Kerpan dan perjuangan Islam di negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

kalau tujuan umum pun tapi utk kepentingan peribadi cth konsensi highway tuan punya tanah patut ada hak dalam syarikat konsensi lain le tanah kerajaan sebab hanya untuk buat loan mana ada bank nak bagi kalau projek tak viable yang untung sykt selagi blh kutip tol yg rugi tuan tanah gone forever

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009