Wednesday, January 25, 2012

Travelog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik


Travelog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik ini menceritaka liku-liku perjalanan bagaimana seorang yg pada mulanya "No Body" akhirnya menjadi "Somebody" didalam arus politik di negara Malaysia ini..jom layan...- usinwafer


1.0; Langkah Pertama


My Dad My Hero


From "Zero" To Be A "Hero"


Aku sampai di simpang masuk ke kampung kurang seminit pukul sebelas tiga puluh minit malam.Terkejut besar aku bila dari jauh lagi aku ternampak cahaya lampu di rumahku terang benderang.

Apa yang terjadi?

Dadaku berdebar.Jantungku segera bergetar.Kalau mengikut sejarahnya,sejak tahun -tahun kebelakangan ini lampu dirumah aku tidak pernah terang begitu sehingga lewat malam kecuali jika ada kenduri-kendara atau sakit demam.Dalam keadaan biasa lampu-lampu itu akan padam sekitar pukul sepuluh tiga puluh minit malam.Kalau terpasang pun cuma lampu di ruang tamu,tempat di mana ayah dan adik bongsuku bertapa di hadapan televisyen.Idea menutup lampu awal itu sebenarnya diasaskan oleh emakku sendiri.Alasan yang emak bagi ialah dia tidak larat hendak membancuh kopi.

"Dulu ,masa rumah kita cerah sampai lewat malam mak nak tidur pun tak senang.Ada-ada aja kawan ayah kau datang bertandang.Asal tutup kedai kopi kat simpang itu,hah rumah kitalah jadi tempat mereka bergebang ." Begitu kata emak sewaktu aku bertanya mengenai perubahan peraturan itu suatu ketika dahulu.

Tetapi kenapa malam ini keadaanya berbeza?Kenapa lampu-lampu itu tidak dipadamkan seperti sepatutnya?Adakah kerana ada kenduri-kendara atau kerana sesiapa yang sakit demam?

Aku betul-betul tidak sedap hati.Terasa ringan sahaja jari-jemari aku hendak call ke rumah dan bertanya apa yang terjadi.Tetapi mengenangkan jarak aku dengan rmah ketika itu tidak sampai seratus meter, maka niat bodoh itu aku batalkan.Malaslah aku hendak menolong tauke syarikat telefon yang talianya kesewa itu.Dia pun bukan baik sangat dengan aku.Pantang aku lambat bayar bil,gerenti potong.

Sampai dirumah aku semakin berdebar.Aku lihat dihalaman da tepi rumah terdapat berbuah-buah motosikal.Macam-macam jenis,tetapi kebanyakanya sudah tidak berjenis.Maklumlah motosikal orang kampung.Ada tayar dengan enjin dikira sudah cukup baiklah tu.

Ketibaan keretaku ke halaman rumah itu menarik perhatian orang di dalam rumah.Ada yang keluar menjengah di pintu dan ada juga yang sekadar mengintai dari celah-celah tingkap.
Ayahku keluar menyambutku.Berkerut dahi aku dibuatnya bila mendapati dia berkot diluar kemeja T cap Pagoda.Mujurlah dia cuma berkain pelekat.Dibuatnya dia pakai seluar kelabu yang sedondon dengan kot itu,sudah tentu aku sangka dia demam panas.Yalah,setahu aku dia tidak pernah berpakaian sedemikian,apatah lagi pada waktu malam begitu.Seingat-ingat aku,kot kelabu itu pun baru sekali dipakainya iaitu pada hari konvokesyenku dahulu.Masa itu dia memang cukup bergaya sakan.Mak aku sendiri kata,nampak macam tauke tembakau jawa,

"Ramai orang dalam rumah tu,ayah.Apa halnya? " Tanyaku selepas bersalam dengan ayah.Aku dapat merasakan ada kelainan pada cara ayahku bersalam malam itu.Susahlah aku hendak cakap,tapi realitinya memang lain.

"Ada mesyauarat"

Mensyuarat? Aku tergelak dalam hati.Teruklah emak aku.Nampak gayanya ayah aku sudah mula angkut kawan-kawan kedai kopinya datang bergebang di rumah semula.

"Mesyuarat apa?" aku sengaja bertanya walaupun aku dapat mengagak jawapanya.
Tetapi agakanku itu rupa-rupanya salah.Sangkaan bahawa ayah aku akan menjawab ,"Saja kami bermesyuarat kosong..." langsung tidak menjadi kenyataan.Sebaliknya kata ayahku, "Mesyuarat jawatankuasa parti.."

Aku macam hendak pitam.terkejut sungguh aku mendengar jawapan itu.Kalau dia bukan ayah aku,mahu rasanya aku ulangi soalan tadi lima enam kali supaya jawapanya pun dapat kedengar lima enam kali juga.Bukan apa,aku cuma hendak memastikan apa yang aku dengar itu betul dan tepat.

Mesyuarat jawatankuasa part? Huh,dia bukan ayahku,sure aku akan kata dia cuma buat lawak.Mana pernah ada dalam sejarah orang bermesyuarat tentang parti di rumahku?Kalau mensyuarat hendak main orkes ghazal parti itu adalah.Itu pun lama dahulu,masa aku masih budak-budak.

"Ayah sekarang ni dah dipilih menjadi ketua parti cawangan kampung kita."Beritahu ayah tanpa ditanya.Aku nyaris-nyaris pitam bagi kali kedua.Ayah aku jadi ketua cawangan parti?Ayah aku?My dad?Oh no..bermimpikah aku ini?

"Tu yang dalam rumah tue semunya AJK ayahlah tu.."

Ayah aku ada AJK?Ayah aku?My dad? Isssyyy.payahnya aku hendak percaya!

Tapi realiti tetap realiti.Aku tahu ayah aku.Aku kenal dia.Mungkin cakapnya kadangkala lebih sikit,tetapi yang sah dia tidak akan berbohong.Semua orang kampung tahu hakkat itu.Semua orang percaya kepadanya.Kalau ada pun yang tidak berapa percaya hanya emak aku.Kenapa dan mengapa aku pun tidak tahu.

Dalam soal dilantik menjadi ketua parti cawangan kampung kami itu pun aku cukup yakin ayak aku berkata benar.Dan bertitik tolak daripada keyakinan itu tahu jugalah aku kenapa malam itu pakai kot dan cara bersalamnya pula lain macam benar.Rupa-rupanya kawan sudah ada "pangkat"!

"Habis tu Pak Haji seman macam mana?' tanyaku

"Dia kalah"Dalam tempias lampu di halaman itu aku dapat merasakan betapa kembangnya hidung ayahku ketika itu.

Haji Seman kalah?Orang yang sudah berbelas tahun jadi ketua cawangan itu kalah?Orang yang mengalahkanya pula ayah aku?My dad? Oh pelik!Pelik!

Siapa yang tidak kenal Haji Seman.Kalau dia lalu kucing tak berani mengiau,anjing pun tidak berani menyalak.Dari waktu aku budak-budak lagi namanya sudah tersohor sebagai pemimpin yangdisegani dikampung kami.Dia mewarisi bakat dan kemudian kedudukan daripada bapanya Cikgu Mat Darus Biola.

Sepanjang sejarah penubuhan cawangan parti di kampung itu,kerusi ketua cuma diduduki oleh kedua-dua beranak itu.Mula-mula oleh Cikgu Mat Darus yang digelar cikgu kerana masa muda-mudanya dia mengajar orang bernasyid dan kemudian oleh anaknya Haji Seman.Orang lain jangan kata hendak merasa,hendak berangan menduduki kerusi itu pun tidak mungkin mampu.
Haji Seman kaya.Haji Seman banyak duit.Haji Seman kenal ramai orang besar.Haji Seman pandai main politik.Semua kenyataan itu menjadi sebahagian daripada sebab kenapa kedudukan Haji Seman tidak pernah diusik oleh sesiapa.Orang tidak hanya segan kepadanya,malah orang turut berasa takut.

Dahulu ada sekali kerusi Haji Seman dicabar.Pencabarnya ialah Pak Ali Panjang,bekas rakan konsinya dalam perniagaan Kilang Beras Sri Padi iaitu klang beras tunggal di kampung kami dan kawasan sekitarnya.

Pak Ali Panjang pun kalau hendak dikira termasuk kategori orang kaya.Mampu pakai Mercedes lama macam Haji Seman juga.Pengaruh pun boleh tahan.Banyak kenal orang berpangkat dan orang besar-besar.Tetapi bila pemilihan dibuat,Haji Seman menang besar,Pak Ali Panjang pula malu besar.Haji Seman dapat seratus lima puluh undi,Pak Ali Panjang dapat lima undi.

Tidak lama selepas kekalahan itu,Pak Ali Panjang kerap menghilangkan diri dari kampung.Selepas itu dengar cerita dia sudah kawin baru.Lepas itu dengar pula cerita dia sudah pindah ke kampung halaman bini mudanya.Selepas itu tidak ada sebarang berita lagi mengenai dirinya.Pada Mak Siah bini tuanya,tiada siapa berani bertanya.Takut dia mengamuk sebab masa muda-muda Mak Siah itu pernah gila merian.

Ayah aku berjaya menewaskan orang yang gagal ditewaskan oleh Pak Ali Panjang.Apa yang ayah aku ada? Duit? Jangan kata hendak cari beratus ribu,hendak korek beratus ringgit daripadanya pun aku rasa payah nak dapat.Harta? Sedikit sawah,sedikit kebun getah,sedikit dusun,sedikit lembu kerbau dan sedikit tapak rumah itu ada la.Tetapi kalau dihimpunkan kesemuanya sekalipun aku rasa nilainya tidak sampai satu per beberapa puluh harta Haji Seman.

Haji Seman ada kilang beras,ayah aku,beras pun kena beli di kedai.Haji Seman ada permit lori,ayah aku cuma ada permit bela tekukur api.(cek perlu permit ke tidak).Mercedes? Hehehe..lesen memandu pun ayah aku tidak ada.Dahulu dia memang pernah masuk sekolah memandu.Beria-ia dia hendak ambil lesen kereta.Maka aku pun menawarkan diri untuk jadi sponsornya.Tetapi baru tiga kali pergi belajar,dia sudah mula hendak menampar pengajar sekolah memandu itu.Puncanya aku tidak tahu,tetapi dengar orang kata,ayah aku marah sebab kawan itu asyik hendak tunjuk dia cara pegang stereng.Semenjak peristiwa itu ayah aku tidak pernah bercakap lagi tentang lesen.

Setakat yang aku tahu,ayah aku jua tidak ada contact dengan mana-mana orang besar.Kalau ada pun jumlahnya tidak sebanyak mana.dan standardnya pula tidak setinggi mana.Lebih-lebih,setakat wakil rakyat kawasan kami.

Ilmu politik? Heh,ilmu tampal poster ada la.Memang itu sahaja kerja yang aku rasa dia biasa dan ska buat.Selain daripada itu kalau bab pakai T-shirt berlambangkan parti atau pergi dengar ceramah,dia memang boleh diharap.Hendak lebih dari itu aku tidak jamin.Malah masa pilihanraya umum dahulu pun aku tidak perasan masa mana dia keluar mengundi.Bila aku tanya ,dia kata hendak mengundi pada sebelah petang,bila emak aku tanya pula,dia kata sudah mengundi pada sebelah pagi.

Kalau ada pun satu-satunya kebolehan lain yang agak menyerlah pada ayahku ialah dia mahir mengulas isu-isu semasa.Dalam bab itulah aku memang kagum pada dia.Pengetahuan am ayah aku memang boleh dianggap hebat danluar biasa.Dia mungkin tidak tahu tarikh lahir aku dan tidak ingat tarikh lahirnya sendiri,tetapi dia cukup ingat tarikh lahir mendiang Puteri Diana dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Kelebihan luar biasa itu memang tidak datang sendiri.Ia berpunca daripada kerajinan ayahku membaca.Ya,dia jenis manusia yang menjadi ulat dengan apa sahaja yang ada huruf.Kalau dia mlua pegang surat khabar,jawabnya penatlah orang lain hendak menunggu giliran membaca surat khabar yang sama.Dia akan membelek dan membaca apa sahaja,dari berita tentang politik negara sehinggalah berita kecil tentang ahli sukan ponteng latihan.

Dengan sedikit kelebihan dan begitu banyak kekurangan itu,bagaimanakah ayah aku boleh mengalahkan Haji Seman?

usinkata;..bersambung ke Langkah Kedua: Travellog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik ..yang akan menceritakan bagaimana politik "Mentimun" boleh menumbangkan "Durian".

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009