Isu harga ayam naik mendadak
KUALA LUMPUR - Panggil Persatuan-persatuan Penternak Malaysia beri penjelasan jika harga ayam terlampau tinggi di pasaran.
Itu jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meredakan kemelut harga runcit ayam di seluruh negara yang dilaporkan naik mendadak kini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu laporan daripada persatuan tersebut berhubung perkara itu.
Katanya, mungkin harga ayam naik dipengaruhi oleh permintaan tinggi pada musim cuti sekolah.
"Kita jangka harganya akan turun semula setelah cuti sekolah nanti," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia kali ke-3 di sini semalam. -KosmoOnline
usinkata;..hati ini amat yakin sekali masalah kenaikan harga ayam ini akan berlarutan hingga ke raya yg semakin hampir ini..
Inilah Menteri cap ayam yg dikeluarkan leh reban UBN..cerita ayam ni sama seperti cerita lesen runcit barang kawalan...
TT kata "CUKONG" yg berkuasa menentukan harga segala barangan dr kawalan dan bukan kawalan..yg kena sembelih pungguna..yg mati terkapar sbb xmakan si miskin papa kedana..yg kaya makin besar perut sampai tercabut butang..
Inilah daya yg ada pada Kerajaan UBN..sembang punya la best..tapi ngan "cukong2"..lemah lembut macam darai@pondan..
TT kata jadi NATO..No Action Talk Only..xcaya tgk la..jumpa Persatuan Ayam..just bincang-bincang ja..sembang-sembang..minum kopi..gelak2..gurau-gurau..xmustahil lepas tue ke "karaoke"..nyanyi-nyanyi..
Action...huhuhu..lepas raya harga jatuh balik..bulan posa dan raya naik mendadak..alasan permintaan tinggi..
Alasan permintaan tinggi ni dh berpuluh tahun dah...selagi menteri cap ayam dr reban UBN..alasan itu la g dipakainya..
So..lagi mau pakai ka menteri cap ayam dr reban UBN nie..sampai PRU13..sembelih saja ayam pencen yg ada didalam reban UBN..kita buat kenduri bagi "cukong" makan puas-puas..agar selepas ini cukong tidak akan lagi bermaharajalela
No comments:
Post a Comment