Jelmaan semangat dan kehebatan Datuk Maharajalela Pandak Lam menentang Briish dinantikan utk menumbangkan Kerajaan Lanun Perak kini..siapakah mereka dari kalangan Adun UMNO itu..
Sedikit terkejut juga dengan mendengar terlompat juga Adun Malim Nawar yg pada suatu ketika pernah mendakwa dipancing UBN melalui agen Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Sang Najib..
Mengikut laporan dari Malaysiakini ..pada 25 Feb lalu beliau mendakwa ditawarkan RM20Juta utk menjadi "katak panas",,
Keterkejutan ini kerana sebelum ini Ketua Penerangan PKR Perak mendakwa PKR bakal mendapat "katak" dari kem UBN..alih-alih Adun DAP pula yg terjun bersama labunya dan mengikut "katak-katak" yg terdahulu..
Adakah tindakan Adun DAP ini mengesahkan bahawa memang ada asas yg kukuh akan terdapat lompatan dari UBN ke dalam PR..dan seterusnya menguatkan lagi mmg terdapat Adun-Adun dari UMNO yg tidak berpuashati dengan layanan MB Perak lantikan Mahkamah kepada mereka dan nasib mereka tidak ubah seperti "kera dihutan disusukan..anak dirumah mati tak makan"..
Adakah sindrom ketakutan dan sensiviti yg melampau yg bersarang didalam hati para Zionis Israel yg merampas bumi di Palestine telah menjangkiti hati pada pemimpin UBN Perak..dengan kenyataan Ketua PKR Perak mengesahkan apa yg sedang mereka takuti selama ini ..iaitu bimbang ada Adun dari UMNO Perak mengambil tindakan "bebas" dan memberi sokongan kepada PR..
Ini kerana jika terbebasnya 3 Adun UMNO dn memberi sokongan kepada PR..secara automatiknya PR akan kembali menguasai majoriti didalam DUN iaitu 31PR dan UBN 28...dan apa yang pasti..mantan MB Perak yg dipilih rakyat akan segera menemui Sultan Perak utk umumkan pembubaran DUN..
Utk mengelakan terjadinya pembubaran DUN yg amat ditakuti oleh UBN maka "kemungkinan" wang RM20Juta sudah berpindah tangan dr agen kepada Adun Malim Nawar yg kalut dan gelabah utk mematikan sidang medianya ketika pengumuman "bebas" .
Dan harga RM20Juta bagaikan penyelamatkan keadaan yg kalut dan gelabah didalam kem UBN buat seketika..sambil menanti kehadiran seorang lagi Adun dari PR ut mengukuhkan keadaan yg sedia ada...kehadirann seorang lagi Adun PR amat penting kerana kedudukan majoriti sekiranya ada Adun dari UBN melompat seperti yg didakwa PR 30 dan UBN 29 dan keperluan ini diperkuatkan dengan kenyataan Konsensus Bebas bahawa akan terdapat lagi Adun PR/Ahli Parlimen akan menyertai mereka "Konsensus Bebas Melompat di Parlimen dan DUN"..Jika tidak padah menimpa Zambry dan konco-konconya.
Adakah benar 3 Adun UMNO dan seorang lagi Adun PR akan bebas sepertimana yg sedia ada ini atau tidak..sama-sama kita nantikan..dan apa yg pasti tidur Zambry sentiasa tidak nyenyak...dalam rumah pon merengek lapar..dalam hutan pon melolong kehausan..
Jelmaaan Datuk Maharajalela dan rakan-rakanya masih dinantikan utk menumbangkan rejim Lanun yg sedang merajai Kerajaan Perak...baunya sudah ada..cuma batang idungnya belum nampak..Kedatangan 'katak suci" ini dinanti-nanti...mereka ini bukan mahukan harta dan kuasa..cuma ingin kembalikan kuasa itu kepada rakyat..inilah bezanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment