Status Tian Chua: SPR sedang kaji keputusan mahkamah
KUALA LUMPUR, 18 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan. “Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua),” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.
The Malaysian Insider difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008.
usinkata;.aku rasa mcm PKR yg tak berani nk ber-PRK lagi walaupun PR melalui DAP menang di Sibu..kenapa dan mengapa rasa sebegitu..entahlah .tiada jawapan..cuma gerak hati saja..mungkin PKR Selangor xstabil selepas beberapa isu yg melibatkan masalah dalamanya...dan dibimbangi ahli-ahli PKR yg tidak bersetuju dengan tindak tanduk MB Khalid akan membuat sabotaj jika berlangsungnya PRK Batu nanti..
Apa pon ini gerak hati kecik seorang technician pekak..jangan ambil serius okk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment