"Beb..bapak mertua lu penah dapat pingat "topi" komando nie..tapi suma org tahu itu cuma simbolik ja..tapi lu tue Ketua Pemuda..so lu kena la jalanin kursus ala komando..baru Bik Mumy sayang...huhuhuhu"
Coretan pagi ini adalah kerana tertarik dengan "keengganan" Najib utk mencatatkan nama KJ @ Ketua Pemuda UMNO yg juga seorang Ahli Parlimen Rembau serta menantu kepada Mantan PM Tun Abdullah didalam senarai rombakan kabinetnya..
Melalui laporan Malaysiakini..Ketua Pemuda Umno Sabah mendesak( merayu kot) Najib agar menimbangkan penganugerahkan jawatan Kabinet kepada KJ...
Hati ini meruntun hiba apabila mengetahui nama KJ tidak tersenarai dlm rombakan kecil ini..bukan apa..setelah KJ bermati-matian menamatkan latihan ketenteraan Tentera Wataniah usahanya ini langsung tidak dipandang oleh Najib..
Mungkin bagi Najib..latihan ketenteraan tentera Wataniah masih belum melayakan KJ utk menyertai Kabinet..KJ perlu menjalani beberapa siri latihan atau kursus utk melayakanya diangkat masuk ke dalam Kabinet..al-maklumlah..Pemuda....Pemuda mesti penuh ilmu didada sebelum nk berangkat masuk ke medan perang apatah lagi masuk ke dalam Kabinet Najib yg disedang diasak hebat oleh Pakatan Rakyat yg dibantu dengan media terkini..
KJ perlu sedar hakikat ini..dimana beliau perlu lagi menghadiri kursus atau latihan yg lain utk beliau melayakan dirinya berdiri didalam barisan Kabinet Najib..
Ini dapat dilihat bagaimana seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yg juga seorang wanita berusia 31tahun menjalani latihan@kursus "ALA KOMANDO" utk mengesahkan beliau utk jawatan PTD itu (baca ini pegawai PTD meninggal ikuti kursus ala komando)
Bayangkan seorang pegawai PTD yg ditugaskan di Kementerian Kewangan perlu mengikuti kursus Modul Jati Diri yg dikawasan hutan yg dipantau oleh PASUKAN KHAS TENTERA UDARA (PASKAU) ..dan antara latihan yg perlu dilaksanakan termasuklah meminum air stokin yg direndam didalam lumpur..
Pegawai PTD yg nk disahkan jawatan juga perlu menjalani kursus-kursus lain seperti Bomba dan Polis..dan ianya berjalan selama 7 bulan...takziah buat keluarga Allahyarhamah Norhashimah Wahid .
Oleh itu amatlah wajar utk KJ menjalani Modul Jati Diri yg dikeluarkan oleh INTAN utk meyakinkan Najib utk layak menjadi menteri Kabinetnya..
KJ perlu merasa air stokin yg direndam didlm lumpur dahulu sebelum duduk semeja dengan Najib utk minum petang siang dan malam...
Jika KJ xsanggup menjalani Modul Jati Diri selama 7 bulan itu..hanya satu cara sahaja...paling mudah..paling cepat..paling pantas utk ke kemuncak kabinet..KJ hanya perlu berdamping dengan Ezam dan merangka cerita ceriti mengaibkan Anwar dan kaum kerabat PKR habis-habisan sehingga melayakan utk dicatatkan didalam Malaysia Book Of Recorard ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment