Memang senang nk cari kambing hitam..tapi itu cerita lama..sekarang itu kambing sudah "sekolah" sudah berani mau "tanduk" utk melawan..tunggula...dia xnak selamanya jadi "hitam".."putih" adalah pilihanya..iaitu kebenaran dan keadilan..
Peguam: Sarjan TUDM jadi ‘kambing hitam’ kes enjin jet
MalaysianInsider
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Peguam keluarga Sarjan N. Tharmendran, yang kini menghadapi tuduhan mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mahu mendedahkan semua dengan membuat laporan polis berhubung layanan buruk diterimanya ketika dalam reman.
Peguam N. Surendran memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya dijadikan “kambing hitam” apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM dan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.
“Dia hanya seorang staf berpangkat rendah dan kami percaya tuduhan ke atas dia hanya bertujuan melindungi pihak tertentu,” kata Surendran.
Surendran mendakwa anak guamnya itu dipaksa membuat pengakuan mencuri enjin-enjin itu Katanya mereka akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam memaksa sarjan TUDM itu selepas anggota keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pagi ini.
usinkata;..Tunggulah tiba saatnya...sang hitam menjadi sang putih..bangun melawan sang penguasa rakus dan kejam..dulu boleh la suka-suka tangkap-sumbat diam-diam siapa pon xtau..skrg sudah berubah..skrg ini zaman "infowar"..nak tipu..tipula..kami xmudah diperdaya lagi..
No comments:
Post a Comment