"Gua xdapat lesen Judi Bola Halal pon xapa..sebab gua dah dapat lesen lagi besar punya..Lesen Judi Bola Haram..huhuhuhu..jangan bimbang..kalau gua untung besar..gua aka tambah lagi derma..maybe RM999Juta.cukup ka..."
Siap yg xpercaya Vincent Tan nk derma RM500Juta dari keuntungan dari Judi Bola..org itu mmg sah baru keluar dr bawah ketiak Bik Mama..
Dan.yg terbaru ..siapa yg xpercayakan bahawa Najib belum luluskan lesen Judi Bola kat Berjaya..mmg sah org itu dh kena santau ngan Puaka Bik Mama..
Utk makluman saudara -saudari..mmg betul VT nk derma dan mmg betul Najib xluluskan lagi lesen Judi Bola kat VT..
Biasala...semua tue...Najib cuma xberi dengan "tangan kanan" tetapi dia akan bagi melalui "tangan kiri"..kot mana keluar "tangan kiri"..kita tuggu sama-sama..sbb benda-benda "panas" ini mmg xbole simpan lama-lama..nanti basi..nanti terbongkarla samada "tangan kiri" Najib atau tangan-tangan Bik Mama..
World Cup semakin hampir...VT sudah terliur dengan bayangan akan limpahan wang-wang para pejudi yg bakal bergolek didalam poketnya...hatinya dh xtahan..sekali Najib cubank buat silap mata..sure dlm hati VT akan kata.."Najib ni potong stimm tul."..
Tapi percayalah wahai teman-teman Rakyat-Rakyat Sedar...jawapan bertulis itu tidak menjamin akan menghilangkan wang derma dari VT..VT tetap boleh menderma..kerana lesen judi itu sudah berada ditangan VT....percayalah...VT sebenarnya sudah dpt jaminan baru yg juga merupakan lesen paling halal dan paling besar...
Tangan kiri yg dimaksudkan itu..tidak lain tidak bukan..Judi Bola "Haram"@ xberlesen...
Maknanya...jika rakyat bangun menentang Judi Bola yg dihalalkanoleh Kerajaan UBN.dan usaha utk memujuk rakyat dengan derma-derma yg menjangkau Jutaan Ringgit..juga tidak berbekas dihati rakyat yg "Sedar"..maka Judi Bola Haram akan mempunyai "taikun besar punyaaa"...siapa lagi..sudah tentu ianya sesuatu yg tidak mengecewakan wakil yg dikatakan berjaya memperolehi lesen Judi Bola..
VT sudah tentu berpuas hati dengan jaminan ini..walaupun Lesen Halal tidak diperolehinya..beliau tentu akan memperolehi Judi Bola Haram (xberlesen)..
Kenapa hati ini berkata begitu..jangan lupa bahawa masalah "Judi Haram" adalah masalah yg perlu dipantau dan diselesaikan oleh pihak penguatkuasaan dan Polis...dan umum dah tahu Polis dibawah Kementerian Dalam Negeri..dan Menteri Dalam Negeri sepupunya Najib....laaaaa...kan dah jadi senang dan mudah utk menjamin VT mendapat laba walaupun tidak diberikan lesen Judi Bola...arahkan saja semua anggota dan unit-unit yg selama ini memantau Judi Haram agar bersama-sama melepak dan memberikan sokongan yg tidak berbelah bagi kepada pasukan pilihan masing-masing semasa berlangsungnya World Cup ini..cuti dr melakukan tugas memantau aktiviti Judi Haram...
Apabila semua anggota dan unit-unit pemantauan Judi Haram bercuti sempena World Cup..maka senanglah kerja VT...dipasangnya agen-agen Judi Bola Haram ke seluruh pelusuk negara..jangan bimbang.."Gua dah dapat lesen lagi besar punya lesen..apa barang lesen Judi Bola Halal.."..kata VT kat kuncu-kuncunya..
Itulah "tangan kiri" yg dimaksudkan..dimata rakyat Kerajaan mendegar keluhan dan amarah rakyat yg menolak Judi Bola Halal..padahal..dengan "tangan kiri" Najib dan gerombolanya menyerahkan Judi Bola Haram..pula...
Halal atau Haram..ingat ada mereka kisah....apa yg penting.."KERJASAMA"..menghasilkan wang utk dana perut masing-masing...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment