3 hari yg lalu..Ketua Pegawai Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi - PEMANDU "ala-ala mabuk" yg juga seorang Senator di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyataan dimana Malaysia bakal menjadi "Greece Asia" jika pengurangan subsidi tidak dilakukan atau dihapuskan terus...
Alasanya kerana dengan terpaksa men"sedekah"kan subsidi kepada rakyat hutang negara akan meningkat 100% menjelang 2019..
Kenyataan ala-ala mabuk asap dr seorang senator Deris ini tidaklah mengejutkan hati ini..tetapi hati ini merasakan seperti mendengar cerita lawak dari sang badut..
Betapa tidak hati ini berkata begitu..disaat-saat Najib bertungkus lumus mencanagkan kehebatan MEBnya.sang senator ini bercakap mereben dan menyebabkan Kerajaan UBN kini semakin tidak popular..dan semakin kelihatan usang dan tidak bermaya..
Kalau hati ini mejadi PM dh lama senator ini akan dihantar Mongolia..ada kat Malaysia bukan bole bantu UBN..dirosakan pula kerjanya..
Jom kita tgk apa rebenya....senator Deris ini berkata tentang subsidi minyak yg merujuk bahawa rakyat Somalia terpaksa membayar lebih tinggi utk membeli petrol dari rakyat Malaysia..bagi hati ini..kenapa dia xrujuk Vaneuzela..kat sana lagi best..minyak kat sana rakyatnya perlu membayar RM0.30sen seliter..
Negara kita dan Vaneuzela kan sama-sama pengeluar minyak..baru la adil kalau nk dibuat perbandingan..
Dalam cerita yg sama mengenai subsidi bagaimana dilaporkan bahawa PEMANDU mengemukakan cadangan utk menaikan harga petrol gas dan tol..
Aduii la..apahal dengan PEMANDU nie....rasanya..gerombolan yg digelar PEMANDU ini tidak dibekalkan maklumat tentang perjanjian berat sebelah antara pihak konsesi lebuhraya seperti didakwa pengarah-pengarahnya terdiri dari kaum kerabat UMNO..
Apatahlagi jika dinaikan petrol dan gas..sudah tentu kos bahan api utk TNB turut merengek nak naik..apatahlagi perjanjian berat sebelah antara IPP dengan TNB..dn seperti yg didakwa pengarah-pengarah IPP juga turut diduduki oleh kaum kerabat UMNO...
Jila nk diceritakan apa yg sedang menjahanamkan ekonomi Malaysia dan rakyatnya cukup banyak nk disenaraikan..cukuplah buat kesempatan ini..dinyatakan dua masalah yg sentiasa membelenggu rakyat ini iaitu IPP-TNBdan Konsensi Tol/Lebuhraya yg sudah berlarut berpuluh tahun..
Senang cakap la..dan semua sudah tahu..dh berbuih2 mulut dok bercerita sana sini..kegagal urus tadbir negara oleh pemimpin cap GST dn gerombolanya utk menghadapi tekanan ekonomi global sedang memandu Malaysia masuk ke dalam lubang jahanam..
Harap songkok saja tinggi tapi akal dan idea kemetot lebih rendah dari rumput kemucup..MEB konon..baru "katak" hulur lidah ...tergagap-gagap nk hulur kata..mmg betula kata TT...."takut bini tahap gaban".dengan "katak' pon takut..apatahlagi dengan "penguin negeri sembilan"..
Akhir kata..dulu heboh pasal penyamum cukai GST..kini datang pula penyangak PEMANDU ..kerja mereka ini menjadi agen-agen gerombolan utk menyedut duit poket rakyat utk senangkan gerombolon..dulu kini dan selamanya..
Untuk "Rakyat-Rakyat Sedar"..awasilah penyamun dan penyangak ini...
Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.
“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.
“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.
“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.
Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.
Malah, katanya, ia juga kemungkinan memfokus bagaimana usaha sedang diambil Barisan Nasional (BN) untuk memancing seorang lagi Ahli Parlimen.
Lima Ahli Parlimen PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah wakil kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu, Wangsa Maju dan Bagan Serai. Selain lima Ahli Parlimen terbabit PKR juga kehilangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu masing-masing dua di Kedah dan Perak dan seorang di Selangor.
Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia. Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.
Kongres PKR dijangka membincangkan pendekatan untuk menangani masalah keluar dan lompat parti di Kota Baru hujung minggu ini.
Minggu lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh memberi tempoh notis sebulan kepada mereka yang ingin keluar parti sebelum pihaknya menjalankan proses penjenamaan semula selepas Kongres Nasional Keenam.