Harap FAM jangan jadi "BERJAYA"
1MALAYSIA 1BERJAYA 1LESEN JUDI BOLA
Akhirnya "BERJAYA" dengan jayanya dan merasa bangga dapat menjalankan aktiviti merosakan masyarakat Malaysia dengan memperolehi lesen judi bola utk kejohanan Piala Dunia 2010 yg dijangka bermla pada bula Jun ini..
Fikirkan soalan ini..Kenapa hanya "BERJAYA" menjadi syarikat tunggal judi bola ini..?
Dan benarlah apa yg diperkatakan oleh Dr Mohd Asri didalam Malaysiakini..kebenaran lesen judi ini hanya utk memuaskan nafsu 'tahi' judi dan taukejudi yg bernama BERJAYA..
Fikirkan soalan ini pula..Apa sabab musabab BERJAYA terpilih utk menjadi tauke pertaruhan judi bola secara sah?..Apakah kriteria yg BERJAYA dapat penuhi utk memiliki lesen najis ini..dan tauke-tauke judi yg lain gagal menyaingnya..?
Hati nakal ini ligat dok mengata..sudah tentu ada invesment dr BERJAYA kepada Kerajaan Malaysia UBN..?
Adakah investment itu ditukar ganti didalam bentuk "hadiah Santa 1Malaysia "utk Sibu..?
Hati nakal ini meronta utk berkata sesuatu..adakah kelulusan lesen judi bola ini bakal membuka lembaran baru yg penuh hitam buat sukan bolasepak Malaysia...
Kebimbangan in dirasuk dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek apabila beliau berkata hasil dari judi bola ini dapat membantu meningkatkan dana utk suka negara..
Apakah disuatu masa nanti kita akan dapat lihat kaunter-kaunter judi bola dibuka distadium-stadium yg terdapat diseluruh negeri..
Kita amat maklum bahawa kantung Persatuan Bolasepak Negeri sering kekeringan..apatahlagi dengan induknya FAM..setelah kehilangan tajaan syarikat rokok yg berjuta-juta setiap musim..FAM terus bergelut dengan isu kewangan sehinggalah kini..
Janganlah disuatu hari nanti desakan dari Persatuan Bolasepak Negeri mahupun FAM sendiri mahukan lesen judi bola utk memastikan kantung poket mereka sentiasa berisi..alasanya.demi pembangunan dan kecemerlangan sukan bolasepak Malaysia..
Kita juga amat maklum bahawa kelab-kelab bolasepak diseluruh dunia hayat kantung mereka dijamin oleh judi bola yg sememangnya sah disana..oleh itu janganlah ada pihak yg ingin mencapai cita-cita menjadikan pasukan bolasepak mereka disegani ingin menjadikan judi bola ini sebagai saluran utama pernafasan kantung pasukan..
Minta simpang la jangan anda pihak-pihak bertanggungjawab menjadi manusia yg tidak bertanggungjawab didalam isu ini..
Awang Adek menegaskan bahawa kelulusan lesen judi bola ini jika tidak diluluskan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa..
Namun..bagi hati ini..mengapa kerajaan perlu menjaga manusia yg bersifat tamak dan malas seperti 'tahi judi ' yg diketahui bakal mendatangkan pelbagai masalah sosial..
Dr Asri menegaskan bahawa.."Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.
Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.
Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat."-petikan Malaysiakini
Oleh itu hati ini bagai ingin menjerit kepada setiap rakyat Malaysia..Kerajaan UBN ini sudah hilang pedoman utk mengurus-tadbir negara kita..
Gerombolan ini sudah tidak memikirkan apakah implikasi buruk yg bakal berlaku kepada masyarakat..baik yg beragama islam yg terang-terangan mengharamkan segala bentuk judi mahupun masyarakt bukan islam yg tidak pernah mengatakan bahawa judi itu baik untuk "kesihatan"..
Penutup kata...Kerajaan UBN bagaikan menyiram "benih barah" yg bakal meruntuhankan moral dan sosial masyarakat Malaysia dengan galakan sebegini...demi memuaskan segelintir perosak moral dan sosial masyarakat Malaysia...
No comments:
Post a Comment