Sunday, May 9, 2010

HARAM; Dari Judi-Bola-KWSP-ASB-Genting

antara "JUDI HALAL ala 1Malaysia...dah lama dah..subur..dan melingkupkan duit rakyat Malaysia

Inilah wajah sebenar "Juara Rakyat" cap UBN dan berjiwa sendi AMNO-APCO...susuk tubuh bernama Awang Adek...

Sesudah berkeras bertungkuslumus mempertahankan Kepala Taik dari TongTaik agar memastikan tiada wang royalti minyak diberi secara mutlak kepada rakyat negeri Kelantan sebaliknya mendapat sedekah jariah dari Kerajaan Pusat dengan dibuai dengan wang ehsan...kini "TORA" datang lagi dengan kenyataan penuh kebodohan dan kejahilan...nk benarkan judi bola secara terang-terangan kerana ada permintaan sempena World Cup 2010 Jun ini...

Apa lagi nk diperkatakan kepada segelintir pemimpin AMNO-APCO sebegini..sudahla setiap hari 5 waktu mengaku beragama Islam..tetapi dek kerana  godaan "Senator"..Timbalan Menteri"..Pemegang Amanah Sedekah Jariah Wang Ehsan...lancar dan luncur sekali lidahnya mengatakan Judi Bola bakal dibenarkan..
Tidakah ini sama seperti menggalakan manusia berjudi...Apatah lagi jika galakan tersebut diambil serius oleh org islam..sudah tentu gerombolan lemah iman dan islam ini mudah tergoda dengan kekayan segera yg dimpikan..dan jangan terkejut jika gerombolah lemah islam dan iman ini bakal menututkan bahawa Judi Bola di Malaysia "Halal"....(minta simpang la...jangan la umat islam di Malaysia nk keluarkan kenyataan sebegini)
Ya kita tahu..amalan berjudi ini mmg menjadi kebiasaan sebahagian besar kepada masyarakat Cina di Malaysia ini..dan sudah tentu permintaan utk mengadakan Judi Halal seperti yg dijalankan oleh Magnum dan rakan-rakannya dtg dari masyarakat Cina..

Jika kenyataan utk terbitkan Judi Bola Halal dtg dr pemimpin MCA ,Gerakan, atau MIC..tidaklah mencetuskan rasa jelik bin pelik atau hairan bin ajaib..tetapi lahir dr mulut pemimpin AMNO-APCO..beragama Islam plak tue....memang dunia dh semakin hampir nk kiamat..

Alasan kedua yg langsung tidak mengambil berat tentang berkat dan barakah...dengan hasil wang haram nk dijadikan sebagai dana pembangunan sukan didalam negara...macam mana la sukan nk maju dan berjaya..sekarang pon nk bersaing terkial-kial...

Jangan lupa Malaysia ini majoriti beragama Islam..dan sudah tentu majoriti ahli sukan beragama islam..sanggupkah nk memberi makan pakai dengan wang haram...

Cerita pasal halal-haram ini..teringat pula KWSP..senyap dh suara yg suatu ketika dulu pernah membangkitkan KWSP membuat pelaburan dalam syarikat yg jelas menjalankan aktiviti perniagaan yg menyalahi tuntutan syarak..dan ianya diperakui sendiri oleh KWSP...so..apa cerita sekarang...bagaimana nasib kami yg mencarum..apakah status wang pelaburan kami yg bakal dinikmati sepenuhnya keika di hujung usia..perlukan para Mufti dipanggil utk keluaran satu lagi fatwa utk meng"HARUS"kan KWSP seperti mana yg berlaku kepada saham ASB...ramai yg tahu ke"HARUS"an ASB salah satunya ialah kerana ianya melibatkan kepentingan ramai pelaburnya yg beragama islam..rujuk;- zaharuddin.net dan ASB Halal

Sedih dan sedikit sebak dengan isu Halal-Haram Judi yg pelik diMalaysia...sesudah kita amat jelas dan tahu waak-watak manusia Melayu-Islam yg memiliki saham judi seperti bekas KPN yg kini menganggotai siasatan kes adik Aminulrasyid dan tidak lupa juga kepada anak kepada mantan PM yg turut sama memiliki sebahagian besar saham syarikat Judi di beroeprasi diluar negara..

Lagi satu hal.....Judi Halal di atas nun sana dipuncak gunung/bukit bernama Genting..sudah ada dengar-dengar bahawa Judi Halal ala 1Malaysia bakal dipindahkan operasinya ke ujung Malaya Kota Singa..sejuk sedikit hati ini..namun..bila..tarikhnya yg tetap dimana..cepat-cepatlah...rasanya dengan wujudnya Judi Halal ala 1Malaysia ini di puncak sana..dibawah sini panas membara..rasuah berjela-jela..tembak-menembak sesuka-suka..fitnah-memfitnah beceretan disini-sana..ragut-rompak-samun semuanya ada..

Apa yg penting...."KERJASAMA"...pertahankan

"JUDI ITU HARAM UNTUK SEMUA MANUSIA"...bukan utk umat islam sahaja..

usinkata;..perlukah aku tambah tajuk diatas seperti ini..HARAM; Judi-Bola-KWSP-ASB-Genting +Perkeso
Malas nk ulas dh...baca kat sini.-http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-gesa-perkeso-batal-pelaburan-carlsberg/

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009