ini bukan ahli Lembaga Pengarah Perkeso..sapa dia xtau..xkenai..hampa kenai ka..
Perkeso akan lupus saham dalam syarikat Carlsberg
2010/05/11 BeritaHairan
Pertubuhan tunggu tawaran berpatutan elak pencarum rugi
PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melupuskan pegangan sahamnya di dalam syarikat minuman keras Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), sekiranya harga yang ditawarkan adalah berpatutan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, K Selvarajah.
Katanya, beliau juga sudah diberi mandat oleh Lembaga Pengarah untuk melupuskan saham itu tetapi ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa.
“Saham ini (Carlsberg) dibeli secara berperingkat-peringkat pada 2005 kerana dividen yang diterima adalah tinggi dan menguntungkan.
“Bagaimanapun, setahun selepas itu panel penasihat pelaburan memutuskan melupuskan pegangan saham dalam syarikat minuman keras itu, namun keadaan pasaran tidak mengizinkan kami berbuat demikian ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Selvarajah berkata, keadaan diburukkan lagi apabila kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada 2008 menyebabkan harga saham merosot.
Justeru, katanya, Perkeso terpaksa mengambil langkah berhati-hati sebelum melupuskan saham Carlsberg itu, bagi mengelakkan pencarum menanggung kerugian.
Sehubungan itu, Selvarajah meminta semua pihak tidak mensensasikan isu terbabit berikutan ia adalah isu lapuk dan Perkeso sendiri sudah lama memutuskan untuk tidak terbabit dalam syarikat seumpama itu.
usinkata;...mula-mula baca tajuk berita nie...sejuk skit hati ni..tapi bila baca keseluruhan berita nie..aku tiba-tiba bertukar menjadi "Hulk"..bukan wana hijau badan aku tapi merah padam..marah nie..aku marah nie...
Nak tanya sikit siapa lagi ahli-ahli Lembaga Pengarah didalam Perkeso..?..aku ingat mesti ada..wajib ada sorang dua yg mengaku Melayu-Islam dalam Lembaga Pengarah Perkeso..
So..apakah 2 3 kerat Melayu -Islam dlm Lembaga tue xda pengetahuan islam langsung sampai sanggup bersekongkol dengan bukan islam yg diketahui kurang pemahaman islamnya..apatahlagi bab-bab yg sangat-sangat sensitif seperti isu arak ini..
Rasanya bukan islam pun amat jelas dan arif mengapa islam mengharamkan arak dan sewaktu denganya..tetapi oleh kerana gelap mata mahukan keuntungan segera dan laba yg banyak..kepentingan rakyat dan hampir 90% pencarum dan kakitanganya yg beragama islam diketepikan di tepi longkang..
Perkara yg perlu diingatkan..Perkeso memulakan langkah kanan mencemarkan Perkeso dengan najis arak ini pada tahun 2005..dan setahun selepas itu baru wujud panel penasihat pelaburan yg memutuskan utk melepaskan pegangan didalam syarikat "najis" itu...dan kini ianya sudah berlarutan..dah hampir 6 tahun..tapi xlupus2 jugak..alasan yg diberi nk tunggu tawaran yg memuaskan..
Kemudian berkata pula CEOnya yg isu ini sudah lapuk dan tak perlu nk disensasikan...bagi hati ini lapuk atau tidak sudah berjalan najis itu disetiap pembuluh darah kakitanganya yg tidak berdosa kerana tidak tahu menahu tiba-tiba terpaksa menelan najis itu tanpa disedari..
Bagaimana pula pencarum yg menerima wang dari Perkeso selepas tuntutan mereka diluluskan..sudah tentu ianya bertukar menjadi ubat-ubatan dan makan-makanan yg diselemuri najis arak itu..sehinggalah ia menemui titik menjadi sebahagian daripada tubuh badan..
Sudah kami ini setiap hari melakukan dosa...ditambahpula bersubahat dengan Perkeso menjalankan aktiviti maksiat sebegini..malangnya nasibku menjadi pencarum Perkeso...
Entahlah..sampai bila nk dapat tawaran yg memuaskan hati para ahli Lembaga Pengarah Perkeso..2013.???2020..???
Dimana pejuang Melayu-Islam.. NGO-NGO Melayu-Islam..tidurka !!!..dah terang lagi bersuluh..dok raba-raba lagi...
Rasanya kalau dibuat pungutan suara pencarum-pencarum Perkeso dan kakitanganya..sudah tentu pilihan yg dipilih lupuskan pegangan saham itu biarpun rugi...baik rugi didunia dari rugi di akhirat...
Satu lagi..harap pihak kerajaan mengambil tindakan serius keatas setiap ahli Lembaga Pengarah Perkeso..pecat sahaja mereka ini..kerana gagal mengurus tadbir Perkeso dengan baik sehingga membuat keputusan menjalankan pelaburan tanpa mengambilkira sensiviti umat islam dan juga menjalankan pelaburan yg merugikan..apatah lagi wang itu 100% dari rakyat...
Rasanya salah satu kenapa Selvarajah yg juga CEO Perkeso meminta isu ini jgn disensasikan sudah tentu inya mengambilkira kedudukanya..dan jika ianya sudah menjadi isu panas didalam "MELODI"..aku yakin 100%..dia bakal kehilangan jawatanya sebagai CEO Perkeso..
Kuasa..duit..pangkat..menjadi "cinta"sejati...apa barang isu sensitif dan agama pada mereka..
benarlah kata P Ramlee..
"bila hati dah suka..mmg dh tak kenal mana botol kicap mana botol cuka.."
3 comments:
Dah terbongkar baru nak cerai nasi sudah jadi bubur
bukan jadi bubur dh..dh jadi moi huhuhu
mane perkase nyeh ? ke same aje ngan perkeso .. heheh ..
Post a Comment