Tuesday, September 15, 2009

Akibat Candu dan Dadah Penjajah Inggeris Buat UMNO..


Memetik sebahagian dari artikel yg ditulis oleh NOBISHA dapat disimpulkan UMNO sememangnya perlu cepat-cepat masuk kedalam kelas Pra-Sekolah Politik..gerombolan ini sudah ketinggalan zaman..suka angan-angan..dan suka dok pekik melolong isu ketuanan Melayu..oleh itu makin lama makin lembam dan lalok...kesian-kesian...itulah akibat terlalu lama dibuai wang ringgit dan kuasa..idea mereka sudah tumpul dan tersimpan didalam sarung keris sahaja..memang hebat candu/dadah yg ditinggalkan oleh penjajah Inggeris buat mereka segerombolan...
Sila baca petikan kata-kata hikmat dibawah ini....


oleh ; BICARA NOBISHA ( http://nobisha.blogspot.com/)

ADVOKASI-- suatu perjuangan yang dipandu oleh idealisme. Contoh advokasi ialah perjuangan hak asasi, memperjuangkan alam sekitar yang bersih dan membela sesuatu kelompok masyarakat.

Advokasi boleh berbentuk program, kempen atau pun paling kurang membuat kenyataan sama ada di media tradisional atau di media baru.Sementara aktiviti dan bakti membantu mendekatkan pemimpin politik dan pengundi, mereka juga harus menekankan elemen advokasi.

Bagaimanakah melakukan advokasi?Advokasi bertitik-tolak dari idealisme. Berpandukan idealisme itu, seseorang pemimpin melakukan advokasi.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan semua tindakan Pemuda PAS, cuba kita lihat bagaimana ia melakukan advokasi. Ambil isu arak. Pemuda PAS mengatakan mereka akan membuat garis panduan penjualan arak untuk negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Menteri Besar Kedah yang "cenge" berkata, Pemuda PAS tak ada hak mencampuri urusan kerajaan negeri.Tak mengapa. Apa yang diucapkan oleh Dato' Seri Azizan Abd Razak itu tak penting.

Apa yang penting ialah Pemuda PAS berjaya menunjukkan bahawa mereka melakukan advokasi -- memperjuangkan sesuatu yang mereka percaya sebagai betul.

Dalam konteks ini, pemimpin-pemimpin UMNO terutama sekali pada peringkat bahagian dan cawangan harus bertanya apakah advokasi yang mereka lakukan. Adakah mereka pernah membantah atau membawa suara rakyat kepada kerajaan sama ada di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?

Sekiranya ia ditolak, adakah mereka berdiam diri atau mengambil pendekatan alternatif?Sesetengah pemimpin politik menjawab, kami lebih suka bekerja di belakang tabir dan tidak mahu membuat bising. Betul pandangan itu, tetapi bukan dalam semua isu. Dalam era politik baru ini, masyarakat inginkan sesuatu isu diuruskan secara telus. Rakyat mahu pemimpin politik bukan sekadar memperjuangkan isu mereka, tetapi juga dilihat memperjuangan isu-isu tersebut.

Berbalik kepada perbualan dengan rakan tadi, saya katakan bahawa UMNO harus melakukan aktiviti, bakti dan advokasi secara seiringan bagi memenangi hati rakyat.

Dia mengangguk. Saya beranggapan dia faham dan setuju.

Tiba-tiba dia berkata, "Susah juga kalau kita vokal sangat. Nanti orang tak suka. Dulu saya membuat teguran, dah tu kena hentam dengan kawan-kawan yang tak setuju dengan pandangan saya. Apabila saya mengkritik, ramai orang masam muka."

Aha, sekarang saya faham mengapakah sesetengah pemimpin politik tidak mahu menegur kerajaan secara terbuka. Dan, saya juga semakin faham mengapakah dia suka sangat menganjurkan poco-poco!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009