Monday, September 14, 2009

Persamaan taktik PENJAJAH INGGERIS DAN PENJAJAH UMNO/BN



usinkata; bacalah keseluruhan artikel dibawah ini..saya hanya memetik sebahagian darinya..cuba lihat taktik yg digunakan oleh PENJAJAH dahulu dan UMNO/BN kini...pokoknya tetap sama ..gunakan SENTIMEN PERKAUMAN DAN AGAMA apabila sudah terdesak dan tersepit..dicubanya KERAJAAN PERPADUAN DAN KEPENTINGAN ISLAM..


Oleh itu sesangat mudahnya keluar isu KEPALA LEMBU...provokasi keatas KUIL...dari siapa..siapa 12 pelakon "tragedi Kepala Lembu..siapa lagi kalau bukan Lembu-Lembu dari UMNO..xcaya lepas PRK Bagan Pinang...."terlepaslah 12 ekor lembu dari kandang"...



Dari blog Kini dan Silam..

Apabila Parti Kebangsan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 tokoh-tokoh komunis Melayu juga turut menjadi pengasasnya.Malah Yang Dipertua PKMM yang pertama, Mokhtaruddin Laso, adalah seorang komunis.Pada akhir tahun 1947, Rahid Maidin, seorang kader komunis Melayu, sering berceramah bersama-sama dengan Dr.Burhanuddin, seorang pejuang Islam, di pentas yang sama, di pelbagai tempat.Jadi sehingga awal tahun 1948, hubungan antara orang Melayu dengan komunis boleh dikatakan baik, dan mereka bekerjasama dan berjuang bersama.Akan tetapi, apabila Darurat diisytiharkan pada bulan Jun 1948, dan PKM yang sebelumnya merupakan parti yang sah (legal) sudah diharamkan, bermulalah peperangan antara PKM dengan kerajaan penjajah dan orang Melayu yang menyokong penjajah.Dalam peperangan ini pihak kerajaan penjajah banyak menggunakan askar Melayu, polis Melayu dan SC Melayu untuk memerangi PKM. Orang Melayu yang berkenaanlah yang sekarang ingin dianggap sebagai "pejuang", walaupun pada masa itu mereka mungkin jadi askar, polis dan SC hanya untuk cari makan!Peperangan antara PKM dengan kerajaan penjajah memang sengit; memerlukan perbelanjaan, persenjataan dan tenaga yang banyak, khasnya di pihak kerajaan penjajah. Maka sebagai satu taktik dan strategi perang syaraf yang penting, dipropagandakanlah bahawa komunis adalah penjahat, pengganas, dan seterusnya dilabelkan sebagai "pengganas komunis".Propaganda ini nampaknya begitu berkesan, sehingga yang dilihat melakukan kezaliman dan keganasan ialah pihak PKM, sedangkan pihak tentera penjajah , yang juga melakukan pembunuhan dan sebagainya, tidak dianggap demikian -- maklumlah mereka barangkali dianggap bertindak bagi pihak "kerajaan yang sah".Jadi sejak itulah timbulnya kebencian dan dendam sebahagian (kebanyakan?) orang Melayu terhadap komunis.


sila klik kat bawah ni utk keseluruhan artikel..


http://matamin02.blogspot.com/2009/09/asal-usul-kebencian-terhadap-komunis.html

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009