Tuesday, September 8, 2009

Udang disebalik Mee...atau...Mee disebalik Udang..?


"Halo...PAS..ambo nak royat skit nie..marilah kite bersatu utk kepentingan umat islam dinegara ini...ambo dan UMNO sanggup berunding dengan PAS utk menjayakan niat suci murni ini"

ROSMAH MAHU AMALAN TADARUS DILAKUKAN SEPANJANG TAHUN-Utusan Meloya
Rosmah Mansor mahu amalan membaca al-Quran seperti bertadarus dibudayakan dalam kehidupan seharian di luar bulan Ramadan.Beliau berkata, sifat cintakan al-Quran serta membudayakan kitab suci itu akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih berkualiti.



FAHAMI QURAN PACU UTUHKAN BANGSA – malaysiakini
Najib Razak berkata pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaanmembina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.Najib berkata dengan pemahaman yang betul itu ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.



1MALAYSIA TEPATI AJARAN ISLAM- Utusan Meloya
Sungai buloh 1 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang sedang dilaksanakan sekarang telah menepati kehendak ajaran Islam yang sentiasa menuntut umatnya berlaku adil sesama manusia termasuk kepada yang bukan Islam.



Disebalik kenyataan-kenyataan Laki Bini ini rupa-rupa hendak mengaburi mata TGNA serta ahli-ahli Pas umumnya..sebab itu Datuk Nazak Bini Rosmoh membuat kenyataan Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.
Patut la kenyataan mereka ini umpama Ustaz dan Ustazah memberi tazkirah ringkas..rupanya ada udang di sebalik Mee...


Mari kita lihat pula kenyataan-kenyataan ini...apa pula yaa..





DEMO KEPALA LEMBU DIDAKWA-Malaysiakini
Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.



DAKWA PESERTA BANTAH KUIL BUKAN POLITIK-Malaysiakini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan untuk mendakwa peserta demonstrasi - yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam yang memijak kepala lembu dan berucap ketika melakukan perbuatan itu - bukan satu pertimbangan politik.



Isnin depan SPR akan umukan tarikh pencalonan dan tarikh pengundian di PRK Bagan Pinang..jangan lupa tau..pengundi berbangsa India mewakili 19.9% disana..oleh itu utk memastikan undi kaum India disana tidak memihak 100% kepada Pas..oleh itu buat-buat pi la wayang sat..cekup geng-geng PEWARIS yg memijak kepala lembu...sekurang-kurangnya reda la skit kemarahan kaum India buat UMNO...lebih-lebih lagi kaum India kat Bagan Pinang..

oleh itu..ini cerita Udang disebalik Mee kaa..atau Mee disebalik Udang..?

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009