Tuesday, September 15, 2009

ONG;DIKATAK-HITAMKAN UTK SELAMATKAN BN..


Agak kurang ilmu dan info yg saya perolehi berkenaan isu MCA iaitu antara Ong dan Chua...sehinggalah akan diadakan EGM yg akan memberikan beberapa keputusan yg boleh dikatakan "kejam" itulah yg dikutip dari pandangan dan fikiran cetek dan hijau ini..

Buat Ong..awal-awal lagi sebelum EGM berlangsung kedengaran Ong sudah "angkat bendera" putih..

Terpulang kepada perwakilan pilih individu, MCA atau negara: Tee Keat

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata perwakilan pada mesyuarat agung luar biasa nanti perlu memilih sama ada kepentingan individu mengatasi parti dan negara. Ong yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau menerima semua lima usul yang dicadangkan penyokong Timbalannya yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kerana tidak mahu memanjangkan "keadaan sukar" di dalam parti. (Berita Hairan 15/9/09)

Kesian padanya...dia ditekan kiri dan kanan..dalam dan luar..sebagai seorang menteri kabinet Najib...huluran sokongan dan bantuan dr menteri-menteri dan juga timbalan menteri yg menduduki barisan kabinet Najib...bagaikan "dipaku".."diseal"..diikat kaki dan tangan dan disumbat penutup botol pada mulut mereka..

Mungkin kerana satu arahan "kejam"yg lahir dari mulut Najib sendiri mengakibatkan semuanya lari dibelakang pintu dan hanya mengintai Ong kelemasan seorang diri kini..

Utusan Meloya 29/809;
Najib berkata, "BN amat memerlukan MCA yang kuat dan mampu membawa aspirasi kaum Cina dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Dalam perkembangan sama, beliau tidak menolak kemungkinan krisis dalaman MCA itu memerlukan perantara untuk membantu menyelesaikannya, setelah kedua-dua pihak berkeras dengan pendirian masing-masing.
Bagaimanapun, Najib tetap tidak akan campur tangan dalam soal pemecatan Soi Lek kerana berpendapat ia urusan dalaman parti itu.

Disamping itu juga umum sudah maklum bahawa Ong terlibat didalam isu PKFZ yg melibatkan rasuah bernilai juta-juta...dan umum juga sudah tahu bahawa Najib serta UMNO mmg xsenang duduk kerana UMNO jugalah yg turut berada didalam kandang rasuah PKFZ..dah dikhabarkan juga Najib dan UMNO tidak suka cara Ong menghadapi isu PKFZ..takut dengan cara Ong itu akan mengakibatkan pekung rasuah UMNO turut terdedah..

Jika Ong tidak berundur maka akan berlaku perpecahan parti MCA seperti mana UMNO ketika isu pemecatan TPM Anwar Ibrahim..

Sudah tentu Chua Soi Lek mempunyai penyokong-penyokongnya..kalau tidak xkan beliau boleh menang dalam pemilihan parti dan menjawat jawatan Timbalan Presiden MCA...bayangkan kalau Chua Soi Lek "lompat" seperti Chua JuI Meng..karam MCA selamanya..silap-silap hanya wujud kat muzium pulak nanti bersama UMNO.

Itulah sebabnya Najib mahu isu MCA ini diselesakan segera kerana dibimbangi akan membawa malapetaka buat BN.Dan dengan sedemikian rupa Ong perlu "dideletekan"utk selamatkan BN dan bukan utk selamatkan MCA serta negara..

Oleh itu...tidak salah sekiranya Ong angkat bendera putih sebelum bertarung...namun lagi malang rupanya..ONG kini akan "DIKATAK-HITAMKAN "oleh Najib dan kuncu-kuncunya..


sumber kemelut MCA boleh didapati di http://www.merdekareview.com/

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009