Kesian melihat tindak tanduk Najib PM 1Malaysia kesana sini dan berusaha dengan keras sekali dan mengerah keringat melebihi 100% utk membawa masej "beliau seorang PM berjiwa rakyat..PM paling bersih dari 5 PM terdahulu...dan juga PM Pro-ISLAMIK"..namun begitu seakan ada satu tangan "gelap" yg menghalang tujuanya..
Tangan siapakah itu...?..mari kita bersama menyelami misteri Tangan "Gelap" tersebut.
Sejak dari sebelum pertabalanya Najib sudah dibayangi dengan pelbagai kontroversi...dan sehinga kini kontroversinya masih lagi berlegar-legar disekitar perkarangan Putrajaya..berjalan bersama angin dan tidur semimpi dengan Najib...
Altantunya walaupun sudah lama "dikuburkan" namun rohnya sentiasa "segar" dan melingkari kehidupan Najib sekeluarga...dan kini rohnya pula mendiami rumah baru di perairan negara dengan menjadikan Kapal Selam Tunku Abdul Rahman sebagai mahligainya...dikatakan komisyen membinanya saja RM500Juta..
Langkah yg diambil oleh Najib utk memperlihatkan kepada 1Malaysia bahawa beliau antara PM pro-ISLAMIK dari 5 PM yg lalu amat -amat menarik perhatian...
Dimulakan dengan gendang gendut Kerajaan Perpaduan..(sebenarnya idea ini dr zaman Pak Lah lagi)
Kemudian terpampang pula gambar "UMRAH" beliau bersama keluarga didada UtusanMeloya @ UtusanUmno..
Ketibaan bulan Ramadhan digunakan sepenuhnya oleh Najib utk menarik perhatian rakyat bahawa beliau PM Islamik terbaik dikalangan PM-PM sebelumnya...pelbagai kenyataan yg berunsurkan islamik dilontarkan oleh beliau dan isterinya..
ROSMAH MAHU AMALAN TADARUS DILAKUKAN SEPANJANG TAHUN-Utusan Meloya
NAJIB;FAHAMI QURAN PACU UTUHKAN BANGSA – malaysiakini
NAJIB;1MALAYSIA TEPATI AJARAN ISLAM- Utusan Meloya
UMNO ADALAH PARTI ISLAM,KATA NAJIB-malaysiakini
Kenyataan-kenyataan beliau dan isterinya tak ubah seperti yg dialami oleh TUN Abdullah dan menantunya ketika mempromosikan ISLAM HADHARI...langsung tak disambut dan diraikan oleh menteri-menteri kabinetnya..dan kini usaha Najib utk memperomosikan beliau lebih Islamik dari PM sebelumnya juga tidak disambut oleh mana-mana menteri kabinetnya..hanya dia dan isterinya sahaja..serta dibantu media-media kawalanya..
Terkadang terfikir adakah menteri kabinetnya seakan tidak mahu bersekongkol dengan usaha Najib mempromosikan dirinya akibat takut diserang dengan roh hantu Altantunya..?
Sudah pasti jika sesiapa yg mendampingkan diri kepada Najib akan dihantui kutukan dari roh hantu Altantunya..?..ini dapat dilihat apa yg terjadi kepada beberapa individu di Malaysia..
Roh hantu Altantunya berjaya menyingkirkan dan menyembunyikan mereka dari bumi Malaysia..
1)Razak Baginda sudah dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantunya..namun begitu mengapa beliau tidak betah utk tinggal diMlaysia yg juga tanahairnya..adakah masih terdapat dendam Roh hantu Altantunya atau komisyen yg belum belau lunaskan..
2)Datuk JJ dihambat oleh Roh Altantunya kerana beliau adalah watak utk mempengaruhi serta didakwa cuba merasuah Raja Petra utk tidak lagi menulis isu mengenai Roh hantu tersebut yg dikatakan ada kaitan dengan Najib..
3)Dimana pula Bala..? adakah ini juga angkara roh hantu Altantunya...tidak dapat ditolak juga kemungkinan-kemungkinan ini..kerana Bala salah seorang yg menjadi watak penting yg membantu Najib melalui khidmat yg diberikan kepad Razak Baginda..
4)Kes Adik Nurin yg hilang dan kemudian dijumpai mati dalam keadaan ngeri didalam sebuah beg dikatakan juga didalangi oleh Roh Hantu Altantunya..namun tidak dapat dipastikan benarkan dakwaan ini..kerana Adik Nurin serta keluarganya langsung tiada kaitan dengan Altantunya..namun begitu kenapa dakwaan seperti ini wujud...Kemungkinan demi kemungkinan yg timbul...kerana isu kehilangan Adik Nurin mendapat liputan yg begitu meluas oleh media-media utama negara....oleh itu utk meredakan isu Altantunya...isu kehilangan Adik Nurin yang yg dikatakan menjadi mangsa lelaki kucing diatmosferakan diruang udara Malaysia...hilang sebentar bau Alatantunya..
5)Rupa-rupanya...kes kehilangan dan kematian tragis Adik Nurin belum dapat menutup pekung bau Roh hantu Altantunya...maka sekali lagi media-media utama negara men-C4-kan pula isu kehilangan Adik Sharline utk memastikan bau pekung Roh Hantu Altantunya dapat divakumkan...dan sehingga kini jejak adik ini masih diawang-awangan..isu kehilanganya juga dikatakan berkait rapat dengan lelaki kucing...
6)Raja Petra adalah watak paling penting didalam isu Altantunya..beliaulah yg banyak sekali membongkarkan kaitan Najib dengan Altantunya..namun lihatlah apa yg terjadi kepada beliau kini..tidak siapa yg tahu kecuali yg betul2 dipercayainya sahaja mengetahui tempat persembunyian beliau...adakah ini angkara Roh hantu Altantunya sehingga Raja Petra terpaksa menyembunyikan diri..namun walaupun dikatakan tiada asas kehilangan Raja Petra akibat perbuatan Roh hantu Altantunya namun ianya berlaku kerana Altantunya juga..
Adakah dengan kehilangan beberapa individu ini sudah membuatkan para menteri Najib begitu tidak "lalu" utk mempromosikan ISLAMIKnya Najib dan ISLAMIKnya UMNO..?
Kesian Najib..adakan akan berlaku lagi dimana usaha PM hilang sokongan dari dalam..sepertimana yg berlaku kepada Imam Islam Hadhari iaitu TUN Abdulah..
Dakwaan paling "berani" dan "panas"..isu kematian Teoh Beng Hock juga dikatakan dari kutukan Roh hantu Altantunya utk Najib sekeluarga..Najib sekeluarga terpaksa bergelut dengan isu ini sehinggalah kini..
PPP retak...MCA terbelah..MIC terpecah dan kalah 7 -1 PRK juga didakwa atas "kehebatan" kutukan Roh Hantu Altantunya buat Najib PM 1Malaysia..
Roh hantu Altantunya ini sememangnya masih segar dan masih "hidup" didalam mimpi Najib...walaupun Najib dikatakan cuba bertaubat dan membasuh dirinya dari noda dan dosa yg lalu..namun apa yg ditemuinya adalah setiap kali usaha yg dilakukanya itu menemui jalan buntu...umpama ada tangan "gelap" yg menghalangnya..adakah tangan "gelap" ini akan hilang dan lupus apabila tunggakan komisyen yg sepatutnya diterima oleh Altantunya dibayar sepenuhnya...entahla...