Wednesday, September 16, 2009

Benarkah; Kutukan Roh Hantu Altantunya menguasai DR M ..?


Jika UBN "diattack serangan jantung "lalu tewas mengejut di PRK Bagan Pinang..punca utamanya sudah tentu lahir dr "pantun" Dr M kepada MIC sejak dua menjak ini..dan ianya semakin berlarutan sehingga "bersajak dan berpuisi" di dada-dada media perdana dan Internet...

Mengapa boleh terjadi sebegini ..apakah DR M sudah benar-benar nyanyuk atau beliau sememangnya cuba memperlihatkan "kuku"yg masih berbaki utk mengcengkam 1Malaysia...?

Atau hendak "test power" suara garau yg sudah lama tersimpan dirumah sekian lama bersara ini..?

Atau Dr M cuba nak menyakinkan bahawa kehadiran beliau dan kenyataan beliau sememangnya memberikan "kutukan" buat pemerintahan Najib sesudah "kutukan" beliau terhadap TUN Abdullah sehingga "ditilam bantalkan" dari kerusi PM..?

Sukar sekali hendak membaca gerak langkah DR M ini...apakah agendanya terhadap politik negara..?

Pembangkang(PR) kekadang disokongnya...Pemerintah(UBN) kekadang dikhianatinya...?

Dan yg paling lates sekali tindakan beliau mengkritik MIC....dan bekas "besannya" Samy Vellu serta kuncu-kuncunya..

Disaat-saat tirai PRK Bagan Pinang hendak diselak dan diwayangkan buat paparan rakyat 1Malaysia..DR M mencelah dan menikam belakang UBN dengan menyerang MIC..

Sudahlah Umno cuba menjadi hero dalam cerita klasik "Kepala Lembu" dan MIC pula gagal nak amik kesempatan cerita 1o0 tahun "Kampung Buah Pala"..

Lupakah beliau(DR M) membaca laporan akhbar yg memaparkan peratusan pengundi Kaum India 25% akan menjadi penentu kemenangan di PRK Bagan Pinang..

Dibawah ini adalalah petikan laporan(terjemahan)dari ..

SinChew Daily.
Penulis: Mohsin Abdullah
Tajuk: Undi Kaum India Penentu Di Bagan Pinang

"Penganalisis politik menyatakan, Pakatan Rakyat akan memperoleh lebih daripada separuh undi bukan Melayu, terutamanya undi dari kaum Cina. Manakala calon UMNO akan bergantung kepada undi kaum Melayu dan mungkin dari kaum Cina. Jadi, undi kaum India kini menjadi penentu dalam pilihan raya kecil kali ini, dua orang calon itu juga akan bersaing untuk mendapat sokongan daripada kaum India."


Maka dengan itu jika benar UBN tewas mengejut di PRK Bagan Pinang..lengkaplah teori misteri...
"Kutukan Roh Hantu Altantunya Buat Najib"...

Dan kini Roh Hantu Altantunya sudah menguasai DR M melalui kutukan beliau(DR M) kepada MIC dan seterusnya menjahanamkan Najib dengan menikam belakang UBN..dan memberi senyum penuh bermakna buat Roh Hantu Altantunya yg sedang beradu didalam istana Kapal Selam Tun Abdul Rahman...

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009