Saturday, September 12, 2009

Pulun Kedah Pulun

KFA anjur Liga B-21 cari bakat baru
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akan menganjurkan Liga Bawah 21 (B-21) bagi merebut Piala Sultan Kedah bermula 15 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan dan Padang KFA, Shafferi Rejab memberitahu, penganjuran liga itu adalah untuk memberi penekanan kepada pembangunan pemain remaja selain mencungkil bakat-bakat baru.
Katanya, liga itu juga akan dijadi- kan medan bagi mengenal pasti pemain-pemain yang bakal mewakili Kedah pada Sukma 2010 dan kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia (Liga M).
"Liga ini juga bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak menyaksikan pemain remaja berbakat beraksi," katanya ketika dihubu- ngi di Alor Setar semalam.
Tambahnya, liga berkenaan yang akan berlangsung hingga 20 Disember depan bakal disertai 32 ahli gabu- ngan KFA.
"Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 25 pemain dengan 15 pemain B-21 manakala selebihnya berusia 21 tahun ke atas.
"Perlawanan berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu di semua venue di 12 daerah di negeri ini selain di kompleks sukan dan stadium mini mulai pukul 4.30 petang," katanya.
Maklumat mengenai liga itu boleh diperoleh menerusi laman web www. wix.com/kleague/k-league.
sumber; kosmo

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009