Tuesday, September 22, 2009

NAJIB CAMPUR KAKI ; Mr Samy...You want to go or "we" do EGM?


Sebetulnya Mr Samy ini perlu letak jawatan semasa DR M berudur dari UMNO dan juga Barisan Nasional..namun ada satu kuasa yg dipanggil "degil" masih berada didalam kepalanya..cakap bahasa "pasar"..."ada satu batu besar duduk kapala dalam juga.."

Akibat kedegilan yg menguasai fikiran Mr Samy ini telah mengakibatkan beliau terlucut dari jawatan Menteri Kerja Raya yg sudah lama dipegangnya sejak era pemerintahan DR M...akhirnya beliau "gugur setelah gugur dari kerusi Sungai Siput"..beliau gugur bukan disebabkan dari EGM dr MIC tetapi ditolak oleh rakyat setelah berlangsungnya PRU ke12 yg lalu..

Namun begitu atas kehendak sang degil..beliau tetap menuruti kuasa itu utk masih kukuh berada diatas kerusi usangnya..iaitu Presiden MIC..walaupun kerusi itu usang namun ada "bara" dibawahnya..dan bara tersebut semakin membara setelah beliau tewas di Sungai Siput..

Baru-baru ini berjalan pemilihan parti yg berkeputusan calon pilihanya iaitu Datuk G. Palanivel memenangi jawatan Timbalan Presiden..namun begitu walaupun sudah selesai pemilihan "dirumah "MIC..pahat dan tukul masih berbunyi...tukang yg buat bunyi itu tidak lain tidak bukan 2 HERO..satu muda satu tua..yg muda namanya Najib dan yg tua namanya DR M...

DR M bernada "keras" mengusulkan Mr Samy adalah "biawak hidup didalam dukungan BN" utk memenangi semula sokongan masyarakat India yg rata-ratanya memangkah Pakatan Rakyat ..

Manakala Najib pula bernada "slow-rock" mengusulkan jangan hanya popular didalam rumah..tapi mestilah diglamor juga di luar rumah..

Berikutan dengan dua "usul" dari 2 HERO itu tadi..maka terjadilah skrip-skrip "panas" yg menghiasi dada akhbar dan juga laporan internet...

Dan dikemuncaknya..apabila satu laporan yg mengatakan bahawa Najib akan berbincang dengan Mr Samy berkenaan peralihan kuasa MIC...

Najib berkata "perbincangan ini bukanlah bermakna utk beliau campur tangan dalam masalah MIC..tetapi kerana sudah ada perbincangan "lama"..iaitu kestabilan parti akan tergugat jika beliau(Mr Samy) berundur..dan kini setelah berlangsungnya pemilihan parti maka perlu diadakan perbincangan "baru"..iaitu utk menentukan nasib Mr Samy samada u want to go or we do EGM..

Yang menariknya..Mr Samy ketika ditanya berkenaan saranan Najib utk dilakukan perbincangan "baru"..dengan selambanya..beliau berkata.."This is a good statement from PM".

Adakah ini lahir dari hatinya atau sekadar penyedap hatinya ..?

Dapatkah Mr Samy menerima tindakan Najib ini bukan bererti campur tangan dalam masalah MIC..jika bukan ..adakah ini bererti "campur kaki"..?

Adakah dapat disimpulkan bahawa "campur kaki" ini bermakna akan berlakunya satu lagi EGM didalam MIC sekiranya Mr Samy masih berdegil utk tidak angkat punggung dari kerusi President..?

Mungkin saat ini Mr Samy sedang memikirkan apa yg perlu beliau lakukan..berundur segera atau menghadapi EGM..?

Agaknya Mr Samy sendiri sudah maklum beliau kini diserang bukan dari dalam rumah tetapi diluar rumah MIC...bukan musuh dalam selimut tetapi nyamuk diluar kelambu..musuh didalam selimut itu hanya pepijat yg diprogramkan oleh sang nyamuk diluar kelambu utk menggigit punggungnya agar lompat dari tilam empuk yg menangungnya sejak 1981..

Ada yg mengandaikan bahawa musuh didalam selimut itu kini sudah dipinang oleh PKR..namun sehingga sekarang belum ada majlis pertunangan yg berlangsung....

Adakah pinangan ini ditolak atas sebab nyamuk diluar kelambu sudah memprogramkan satu antivirus PKR kepadanya..dengan bayangan syurga President MIC ...?

Melihat dari perkembangan yg beraku didalam MIC ini...plot ceritanya dan juga skirpnya lebih kurang sama apa yg berlaku di dalam rumah MCA..yg berlainan hanyalah watak-wataknya..

MCA juga akan berlangsung EGM...namun disaat-saat makin hampir detik itu terdapat pula skirp baru..agak menarik bukan.

Apa yg pasti..inilah kehebatan yg jarang-jarang sekali dipamerkan oleh Najib...Kita dapat lihat betapa hebatnya juga peranan DR M..walaupun sudha hilang kuasa tetapi masih berbisa..dan bisanya kini salurkan kepada Najib..

Bisanya dapat dilihat dengat serangan yg dilakukan..DR M memulakan serangan..apabila keadaan semakin kritikal datang Najib utk membuat serangan akhir dan kini lawan mereka hampir koma dibuanya...Dan kini Mr Samy sudah separuh jalan menemui koma...sehingga mengeluarkan kenyataan seperti ini.."This is a good statement from PM"...

Seandainya Mr Samy akan berundur dari kerusi Presiden dan digantikan oleh Timbalanya..skripnya juga sebenarnya sudah siap 100% oleh DR M....sebagaimana yg berlaku didalam UMNO..maka ceritanya itu akan dicopy-pastekan pula kepada MIC..

Bagaimana Tun Abdullah hadapi..maka itulah yg akan dialami oleh Datuk G. Palanivel...

Sudah pasti pepijat didalam selimut itu kini sudah berangan-angan utk dikalungi pelbagai bunga-bungaan dari para perwakilan MIC..

Sekiranya apa yg dicoretkan ini berlaku didalam MIC..jelas dan nyata..Najib sangat hebat orgnya..disangka beliau hanya mahir dan pakar utk merampas Perak dari genggaman PR..rupa-rupanya..beliau lebih pakar dan mahir utk merampas MIC dari tangan ahli MIC sendiri..dan juga tidak dilupai MCA..lihat sahaja bagaimana beliau merampas MCA dari ahli MCA sendiri..EGM MCA sudah semakin dekat..namun Ong masih belum mengalah..kita lihat setakat mana Ong akan bertahan sebelum EGM MCA...

Agak malang bagi Mr Samy...beliau kini termasuk didalam senarai nama org-org yg menerima "KUTUKAN ROH HANTU ALTANTUNYA" setelah berdamping dengan Najib walaupun jauh dari Kabinetnya...

Kemanakah Roh Hantu Altantunya akan menyembunyikan Mr Samy nanti..?..kat Mumbai....betul kaa..kalau betoi boleh jumpa "Datuk" kat sana..Datuk Shah Rukh Khan.........

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009