Muktamad sudah siapa calon UBN pada PRK Bagan Pinang yg bakal menjelang nanti..ISA SAMAD bekas MB N9 selama 22 tahun akan menyahut cabaran utk mempertahankan kemenangan yg diperolehi oleh UBN pada PRU 12 yg lalu..
Adakah pemilihan Isa Samad sebagai calon UBN pada PRK Bagan Pinang ini tepat?
Jika mendengar daripada suara-suara blog dan web pro-PR..dapat dilihat bahawa para penyokong PR seakan-akan bergembira dengan terpilihnya Isa Samad sebagai calon...
Penyokong PR seperti sudah bersedia dengan "peluru dan bom" utk dihalakan kepada batang tubuh Isa Samad serta UBN terutamaya..
Senjata utama tidak lain dan tidak bukan isu "Rasuah Politik" yg menyebabkan Isa Samad digantung selama 3 tahun dan kemenangannya utk jawatan Naib Presiden pada pemilihan pucuk pimpinan UMNO 2004 dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.
Belum lagi berlangsung kempen PRK Bagan Pinang penyokong2 PR sudah ruih rendah utk "menjatuhkan Isa Samad" melalui serangan peribadi iaitu isu "Rasuah Politk"..
Melalui pemikiran yg cetek ini..suka sekali ingin melihat apa yg berlaku kepada Rohaizat calon UBN pada PRK Permatang Pasir yg lalu tidak berlaku kepada Isa Samad iaitu serangan isu Peribadi...namun apa yg dibimbangkan sudah dilihat bakal menjadi kebenaran dengan riuh rendah isu "Rasuah Politik"..
Mengikut gambaran dari geluk jampi pak belalang ini..sukar sekali utk menumbangkan UBN serta Isa Samad jika dihidangkan dengan isu "Rasuah Politik"..
Selera para pengundi di Bagan Pinang ini berlainan sekali dengan selera pengundi di Permatang Pasir.
Untuk PRK BP ...geluk jampi ini meramalkan isu peribadi Isa Samad bakal menjadi "tonik tongkat ali" kepadanya....sudahlah pemilihanya sudah memberi isyarat jelas kepada UBN Pusat agar tidak campur tangan dalam pemilihan calon di PRK BP dan menjadikan bahawa UMNO Bahagian sememangnya SUPERPOWER...apatahlagi dengan ugutan kepada Najib dimana pengundi "tegar" UBN akan musnahkan kubu kuat UBN di Negeri 9 ini jika Isa tidak dicalonkan..
Oleh itu dijangka undi "tegar" UBN tidak akan berpecah bahkan akan semakin kuat dan kukuh walaupun disogokan dengan isu peribadi Isa iaitu "Rasuah Politik"...Jangan lupa Isa Samad pernah menjawat jawatan MB Negeri 9 selama 22 tahun...sudah banyak onak duri lorong denai yg beliau lalui disana,...
Bagi undi dari Kaum Cina dijangka tiada masalah utk diraih PR apatahlagi dengan meleretnya isu kematian Pelik mediang Teoh dan juga kusutnya isu PKFZ serta seram sejuk EGM MCA..
Manakala undi dari "atas pagar" hanya dijangka akan dapat dilihat disaat2 akhir tempoh berkempen..ianya akan dipengaruhi isu yg akan dihangatkan sepanjang kempen..utk itu isu peribadi "Rasuah Politik" belum cukup masak utk menarik undi dari golongan ini kearah PR..
Hanya isu peribadi "Rasuah Politik" ini dapat mempertahankan undi dari penyokong "tegar" PR dari menyeberang ke dalam kotak undi UBN..bagi golongan ini..RASUAH TETAP HARAM..tiada penambahan yg dapat menghalakanya..(dan saya tetap bersama mereka)
Undi POS sudah diramal akan memenuhi kotak undi UBN..selagi Kementerian Pertahanan bermenterikan pahlawan UBN..selagi itulah ianya menjadi talian hayat utama UBN..usahlah PR bermimpikan utk memperolehi kemenangan dari undi POS ini..kecuali jika SPR memansuhkan borang lampiran "MOMOK" itu sebagai syarat utk kelayakan mengundi sebagai pengundi POS.Itu pun dijangka berlaku jika PR mengambil alih pemerintahan Malaysia dari UBN..
Jika dilihat dari cakap geluk jampi ini...keputusan yg bakal diperolehi pada PRK BP dirasakan 50-50...
UBN akan terus mendapat undi penuh dari penyokong "tegar"nya dan juga undi POS..serta setengah undi dari "atas pagar"
PR akan terus menikmati undi dari penyokong "tegar"nya serta undi dari kaum Cina...serta setengah undi "atas pagar"..
Yang akan menentukan kemenangan di PRK BP ini..ialah undi dari kaum India...
Sebelum UBN mengumumkan siapa calonya di PRK BP...UBN menghadapi 2 masalah yg boleh menyebabkan mereka sekali lagi merana setiap kali ber-PRK dan dibimbangi kehilangan sokongan dari kaum India sekali lagi selepas dikejutkan oleh Hindraf..
1) Isu Kepala Lembu yg didalangi oleh UMNO di Shah Alam
2) Isu pergeseran Mahathir dengan Sam Vellu dan MIC
Namun begitu 2 masalah ini dijangka akan selesai dan langsung tidak memberi kesan buat UBN..ini dapat dilihat dengan pelancaran parti baru yg diberi nama "Makkal Sakhti" ..
Apa yg menariknya parti baru ini ianya akan dilancarkan dan dirasmikan oleh Najib sendiri pada 10 Oktober ini..tidak dapat menolak kemungkinan bahawa parti ini akan menjadi salah satu parti komponen BN..
Ini dapat dilihat sebagai satu tarikan baru buat pengundi kaum India di Bagan Pinang utk memangkah UBN dari memangkah PR...apatahlagi penyelaras kebangsaan Hindraf, R S Thanenthiran sendiri yg menubuhkan parti "Makkal Sakhti" ini...Dijangka juga parti ini akan turut giat memerah tenaga dan kudrat utk turun berkempen bersama menarik sokongan kaum India kembali kepangkuan UBN..Tidak keterlaluan juga parti ini bakal merobohkan ego dan dominasi MIC dan juga PPP didalam UBN apatahlagi gegaran yg melanda kini bakal meruntuhkan dan meranapkan mereka..Untuk itu tidak mustahil parti "Makkal Sakhti" akan merayu utk diberi peluang membela nasib kaum India melalui kerjasama dengan UBN didalam PRK BP nanti..
Perlu difikirkan adakah isu peribadi Isa Samad iaitu "Rasuah Politik" akan mempengaruhi kaum India disana..?
Adakah selera kaum India utk membuat perubahan sama sepert kaum Cina dan Melayu..?
Selepas tsunami politik yg melanda UBN dan negara..dilihat selera perubahan yg dituntut oleh kaum Melayu dan Cina seiringan hanya kaum India sahaja dilihat sebagai sedikit ketinggalan..
Kaum India lebih senang dipengaruhi dengan langkah-langkah "pembelaan" terhadap kaum mereka..ini dapat dilihat kejayaan yg diraih oleh PR setelah bersimpati dengan Hindraf....
Bagi utk memastikan kemenangan PR..diharap janganlah dimainkan dengan keterlaluan isu peribadi Isa Samad.."rasuah politik"nya itu..
Fokuskan kepada 2 isu besar...UNDI POS dan UNDI KAUM INDIA
Dijamin sekiranya 2 isu besar ini dapat diatasi kemenangan akan berpihak kepada PR dengan majoriti tipis..
Dapat dilihat sebelum kempen PRK BP bermula PAS bergerak utk memfokuskan isu undi POS..manakala PKR bergerak utk Undi Kaum India dimana dengan isu gaji minma Rm900 utk pekerja estet..dan dituruti DAP utk isu kematian KUGAN ..
Namun begitu usaha yg dilakukan oleh UBN tampak lebih hebat utk memenangi semula sokongan kaum India..PR perlu bekerja lebih keras utk mengatasi UBN..apatahlagi imej PR tercalar akibat peristiwa isu Kampung Buah Pala..
Diharap jangan biarkan berlakunya filem politik seperti ini..
SUPER'ISA' RETURN...