Friday, April 30, 2010

Safuan Hilmi..Lu Memang "Setan Merah AMNO"



Budak Kepala Batas ni rasa dh xcukup tanah nak lari sekarang..
Gua ingat lu pi lepak rumah Bijan laa...duduk bawah ketiak Tok Moh Mah Rambut Keras..
Suruh Tok Moh jampi bagi org ramai xbole nampak ang..
Kot rasa xselesa...lu bole lepak dalam Kapal Xselam..duduk sekali dengan Altantunya kat sana..


Kapal Xselam; Jaga-Jaga..Kain Sarung dah nak terlondeh...

Joseph Brehem, salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".
 - petikan Malaysiakini..
usinkata:...huhuhu sekarang ada pulak 'bomoh" omputih dr Perancis nk lawan denga Tok Moh Rambut Keras dan juga "khadamnya"nya yg merangkap "bininya" Bijan...
Kita tengok sapa yg nk terlondeh terlebih dahulu kain sarung yg dipakai mereka..
Samada..terdapat panau,kurap,salap,kayap...nanti semua boleh tau..tunggu la...

Tuesday, April 27, 2010

SIBU: Menyingkap Tirai PRU 13

PRK Sibu kini menanti di depan.  Seandainya BN berjaya mengekalkan kemenangan ini, maka tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan dan PRU ke-13 akan diadakan dalam tempoh yang lebih dekat...- petikan MerdekaReview

usinkata;....Hati terkadang terasa seperti akan ada persamaan antara PRK P.Sibu dan PRK Dun Ijok
Dimana semasa di Ijok PR kalah tetapi apabila PRU 12..Ijok jatuh ke tangan PR dan seterusnya Negeri Selangor turut merajuk dengan UBN dan selesa di sisi PR..

Maka seandainya tepat ramalan MerdekaReview ini yg menjangkan jika Sibu dimenangi UBN..maka PR 13 akan tururt diadakan serentak dengan Dun Negeri Sarawak..
Untuk itu....diharap PR/DAP tidak perlulah untuk mengerah tenaga 100% utk memastikan kemenangan di Sibu..

Apa kata  biarkan UBN syok sendiri dengan kemenangan rapuh yg diperolehinya di Hulu Selangor dan juga mungkin di Sibu..dan biarkan Najib-Rosmah yg dicucuk hidung oleh APCO membubarkan Parlimen...

Sejarah pernah membuktikan bahawa pembangkang Malaysia sukar utk mengalahkan UBN di sesi PRK...cuma setelah 2008...UBN dilanda musibah dari "puaka" dan UBN turut sama kecundang didalam beberapa siri sesi PRK..baik DUN mahupun Parlimen.
PRU lebih mudah utk melemahkan UBN dari PRK..itu hakikat yg sudah jelas kelihatan selepas 1998...

Walaupun padang yg disediakan oleh SPR tidak rata dan lebih memihak kepada UBN..namun PRU tiada mana-mana pihak berani mendabik dada...semuanya berada didalam keadaan 50-50..apatahlagi dengan di era Malaysia Baru/1Malaysia...majoriti rakyat sudah lebih cerdik dan tidak mudah lagi tertipu dengan politk murahan sesebuah parti politik..

Ketua Pemuda UMNO sudah membayangkan bahawa pengundi muda sudah kembali beralih kepada UBN dengan merujuk laporan di PRK Hulu Selangor dimana saluran undi muda memihak kepada UBN sebanyak 30 berbanding PKR 23..pada PRU 12 UBN hanya mendapat 11 saluran undi muda di Hulu Selangor..

Nah...masing-masing sudah mendakwa mendapat sokongan pengundi muda..so apa lagi nak takut..PRU 13 menyaksikan undi muda menjadi majoriti besar..dan bakal menjadi penentu siapa pemenang..

Sekarang pendayung sudah ditangan..apalagi mau tunggu..bubar saja Parlimen dan Dun selepas SIBU...kita singkap tirai PRU 13...

SIBU: Peluang Kedua Buat Najib atau Peluang Terakhir Buat Muhyidin..

Apa yg bermain difikiran..Muhyidin terselamat dari disembelih politiknya oleh Najib didalam UMNO/BN apabila calon MIC menang cukup-cukup makan di Hulu Selangor..
 Bayangkan apa yg bakal berlaku kepada Muhyidin jika UBN tewas di Hulu Selangor baru-baru ini ditangan Datuk Zaid Ibrahim..sudah tentu Muhyidin bakal disalai sehingga menjadi hitam oleh Najib..

Setakat ini...Muhyidin terselamat buat sementara waktu...

Namun begitu..Sibu mendatangkan igauan ngeri buat Muhyidin..sudah pasti (rasanya)..Muhyidin akan dikerahkan utk mengepalai jentera UBN di Sibu utk menentang PR terutamanya DAP..
Jika membaca sifir trend pengundian di Hulu Selangor..ia jelas menunjukan bahawa undi masyarakat Cina memihak kepada PR...ia juga menunjukan bahawa golongan yg tinggal di bandar lebih memihak kepada PR berbanding yg tinggal dipedalaman/Felda atau kampung2..
Umum mengetahui bahawa peratusan pengundi di Sibu diwakili hampir 60% masyarakat Cina...manakala Sibu bukanlah salah satu kawasan yg jauh dipedalaman..
Jika malapetaka yg dialami oleh UBN di Hulu Selangor berjangkit ke Malaysia Timur iaitu di Sibu Sarawak dengan undi masyarakat Cina tetap utuh utk PR walaupun sudah berlalu PRU 12 2 tahun yg lepas..
Maka adakah ini peluang kedua buat Najib utk singkirkan Muhyidin yg sudah 1, 2 macam sejak akhir2 ini..
Adakah Sibu bakal mencatat sejarah menjadi batu nesan politik Muhyidin jika UBN tewas disana ditangan DAP..?

Untuk Muhyidin..rasanya utk menyelamatkan hayat politik beliau..maka sudah pasti Muhyidin perlu berbuat sesuatu utk menarik kembali sokongan masyarakat Cina agar kembali ke pangkuan UBN..
Dan jika ingin memastikan undi masyarakat Cina tidak lagi berdamping dengan PR...Muhyidin perlukan Perkosa@Perkakas Lapuk UMNO itu..
Perkosa@Perkakas itu perlu dibisukan atau ditempangkan seteleh beberapa kali galak berkokok bernafsukan perkauman dan bersifat RASIST...

Walaubagaimana pun..Najib-Rosmah sudah pasti 1001 idea yg dipinjamkan dari APCO utk singkirkan Muhyidin dan seterusnya memastikan Mukhriz menggantikan tenpat Muhyidin..
Alasan bahawa UBN tewas pada pilihanraya kecil dan kekalahan itu perlu dipertanggungjawabkan kepada Muhyidin..hanyalah salah satu cara halus dan senyap utk singkirkan beliau..agar episod sepertimana berlaku kepada Anwar tidak berulang..jangan lupa Muhyidin salah seorang Team Wawasan semasa Anwar masih berada di dalam tong taik itu..

Kita nantikan sesudah PRK Parlimen Sibu..apa yg bakal berlaku..sudah kedengaran bahawa akan berlaku rombakan kabinet Najib-Rosmah..
Adakah Sibu akan memberi peluang kedua buat Najib singgkirkan Muhyidin...atau peluang terakhir buat Muhyidin mempertahankan jawatan TPM sehingga sebelum PRU13..

Sunday, April 25, 2010

Last-minute...

Ayuh rakyat Hulu Selangor..Tolak MIC dan juga barua AMNO-APCO...

Friday, April 23, 2010

Seekor "Pengundi Hantu" sesat di Hulu Selangor

 Rasanya bukan seekor saja yg sesat..banyak lagi kot..try check lagi...usaha anda membongkar pengundi hantu ini..amat-amat dialukan..

usinkata; Huhuhuhu..kalau siapa yg baca laporan Malaysiakini kalau xgelak mmg xda perasaan laaa...
Huhuhu..malas nak ulas...bila nk buka mulut saja..dah nk gelak..buka mulut nak gelak..huhuhuhu..

Kamalanathan pengundi hantu?
petikan dari Malaysiakini...

Mesej twitter itu berbunyi: “Mengemparkan! Dr Xavier baru mendedahkan bahawa Kamalanathan adalah Pengundi Hantu di P62 Sungai Siput. Semak sendiri 651018-10-XXXX".

Malaysiakini menjalankan semakan melalui laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor yang dibekalkan dan mendapati Mykad itu milik seseorang yang bernama P Kamalanathan, yang merupakan pengundi di parlimen Sungai Siput dan juga dewan undangan negeri, Jelong.

Menurut data SPR alamat Kamalanathan adalah di Heawood Garden, dan dia mengundi di Simpang Tiga.
Xavier kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa Kamalanathan tinggal di Rawang,dan alamat di MyKadnya tertera alamat di Rawang itu.

Beliau sekarang adalah calon BN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Sudah Terjawab..Inilah Politik Baru Malaysia..

Hati ini akhirnya menemui jawaban yg dinanti...Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim..bersikap jujur dan seterusnya berubah dan bertaubat...
Inilah gaya politik baru..bukan penafian yg berterusan walaupun kebenaran terdedah sana-sini..
Jujur dan ikhlas yg mendapat sanjungan...
Jika sebelum pencalonan  PRK Parlimen  Hulu Selangor hati ini terdetik UBN akan merampas kembali kerusi Parlimen tersebut..maka setelah mememui calon yg bertanding dan juga kempen-kempen yg sudah berlarutan hingga ke saat-saat akhir ini..
Hati ini mengakui terdetik kembali PKR akan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor...
Hati ini menjangkakan PKR akan menang tipis..lebih tipis ketika PRU 12...dan jika PKR menang dengan majoriti lebih dari 1000...ini sudah menjadi WOW !!!!...dan bakal menenggelamkan 1Malaysia bersama-sama dengan Kapal tak Selam kebanggaan Najib..
Kini hati ini sedang nantikan bintang dari timur yg bakal menyinari Datuk Zaid Ibrahim iaitu TGNA turun berkempen utk kemenangan PKR/PR..

Sunday, April 18, 2010

Biar Padang Tidak Rata..Lawan Tetap Lawan..Pengalaman Menjadi Pertaruhan

Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan

HULU SELANGOR 17 APR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Saifuddin Nasution optimis Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor walaupun banyak ketidakadilan ditimpakan kepada gagasan ini

Baik isu kekerasan polis mahupun sikap berat sebelah suruhanjaya pilihan raya (SPR), beliau menyatakan pimpinan Pakatan rakyat sudah lali dengan suasana sedemikian tetapi tetap mencapai kemenangan.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ketidakadilan setiap kali pilihan raya berlangsung, Pakatan rakyat sedia berdepan dan menyahut cabaran itu kerana ini bukan pertama kali Pakatan Rakyat diuji sedemikian.

"Kata orang Kedah, kita sudah mangli dengan ketidakadilan. Ketidakadilan ini bukan perkara baru tetapi perkara yang berulang kali berlaku,"

"Kita bertuah kerana kaya pengalaman berdepan dengan ketidakadilan segelintir polis. Ketidakadilan ini turut berlaku dalam proses penamaan calon kali ini, turut melibatkan SPR," katanya.

Berikutan rentetan ketidakadilan berterusan itu, Saifudin membuat kesimpulan begini: "Ketidakadilan sudah menjadi darah daging mereka".

petikan dari TVSelangor.com

Saturday, April 17, 2010

Menanti Sebuah Jawaban..

Ada satu isu yg menarik perhatian hati ini..ianya berkenaan calon yang bertanding didalam PRK Parlimen Hulu Selangor..
Calon yg diselubungi dengan isu peribadi di PRK Parlimen Hulu Selangor yg dimaksudkan ialah calon dari PR/PKR iaitu Zaid Ibrahim..
Penyokong BN menyerang Zaid Ibrahim dengan isu minum arak..
Hati ini terdetik seketika..imbauan lama berulang kembali..
Suatu ketika dahulu di PRK Dun Permatang Pasir..calon BN juga diserang
dengan isu peribadi iaitu beliau memiliki 2 isteri..
Apa yg menjadikan isu peribadi ini suatu titik tolak salah satu faktor kekalahan BN ditangan PR/PAS ketika itu ialah apabila calon BN itu menafikanya
Senang cakap calon BN ketika itu cuba berbohong dengan para pengundi disana.Dan kebohonganya dapat dibongkar dan disaksikan semua rakyat Malaysia.
Dan kini episod yg sama bakal berulang..cuma bertukar tempat antara PR dan BN... kini PR dipihak yg diserang..dan BN yg menyerang..
Dikalangan pemimpin PR juga bagaikan sudah ada yg mengakui didalam senyap bahawa Zaid Ibrahim berkelakuan sebegitu..disuatu ketika dahulu..
Ini dapat dilihat dengan kenyataan Presiden Pas dan juga Menteri Besar Selangor yg menyatakan bahawa zaid ibrahim kini sudah berubah..(zaid sudah berubah ; pemimpin pakatan)
Kini apa yg ingin ditunggu ialah kenyataan dari Zaid Ibrahim sendiri..
Samada beliau mengelak dari menjawab isu ini atau cuba menafikanya..
Isu kejujuran calon ini pernah disuarakan oleh Tuan Nobisha di dalam Astro Awani.
Hati ini masih lagi ingat apa yg diperkatakanya..
Kepada Zaid Ibrahim..tepuk dada tanyalah iman..keputusan ditangan anda..
Setiap apa yg anda katakan nanti bakal menentukan wajah sebenar tuan hamba.

Dari Mugilan terus jadi Mu-Gila..

sebelum nie dia ok jer..bila namanya digugurkan terus jadi tak ketahuan..mu gila ka Mugilan..gila nama..gila kuasa..gila harta..gila semua...semua gila...

“Lagipun mana kami ada duit sampai RM2 juta, dan tanah untuk diberikan,” katanya lagi.

“Kami tiada duit dalam jumlah itu,”

Inilah yg dikatakan oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh kepada The Malaysian Insider di Kuala Kubu Baru hari ini.

Mugilan mendakwa beliau telah ditawarkan tanah dan wang sebagai ganjaran menyokong calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Tawaran itu — wang tunai RM2 juta dan tanah 20 hektar (50 ekar) dibuat malam tadi beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, P. Kamalanathan.

usinkata; Agaknya Mugilan nie dah dekat-dekat nak jadi "Mu-gila" dah kot...ialah mungkin kerana terlalu kecewa tidak terpilih utk dicalonkan oleh BN di Hulu Selangor..maka rasa geram dan kecewa itu dihempaskan kepada PKR..


"mu-gila kot..kalau betoi PKR banyak duit..dah lama projek 16 Sept jadi kenyataan..."


"mu-gila kot..kalau betoi la PKR ada duit berkotak-kotak...dah lama masalah kewangan beberapa Adun dan MP PKR yg lompat dan ter-bebas dapat disettelkan.."


PKR nie xjaga peti yg dikawal oleh Menteri Kewangan Malaysia..xjaga peti Petronas..xjaga peti KWSP..mana la nak mai duit...lain la kalau "Gerombolan" sana nun..segala peti pusaka mak nenek bangsa Malaysia diaorg dah jaga 50 tahun lebih...


So..bila dah tidak tercalon..xpayah la nk buat gila meroyan...nanti x pasal-pasal dipecat pula dari MIC..so hati-hati dengan mulut mu tue...jangan nak jadi jurucakap UMNO plak...kaum India menyampah tau..


Lagi satu..xpayah la mu-gila-gila nak berkempen kat sana..kaum India dah tau siapa mu nie..alat yg dipergunakan oleh UMNO..MIC pon dh tau..diaorg mungkin xmahu apa yg terjadi kepada MCA akan berlaku kepada MIC..MCA berpecah belah semuanya kerana berbaik-baik dengan UMNO..ada sangkut paut dengan UMNO..ada sharering projek dengan UMNO..last-last...sekali kantoi.terus pecah belah..UMNO lepas tangan..xmahu campur tangan..padahal UMNO dah lama campur kaki sama MCA..


AWAS !!! MIC..ini Mugilan....dia bole buat mu-gila..

Friday, April 16, 2010

FELDA; Zaid kata Najib hilang punca...

Zaid juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menterjemah hasrat sebenar bapanya sendiri .

"Najib sudah hilang punca.  Mengikut hansard pada tahun 1960-an, debat dalam parlimen, Allahyarham Tun Razak mahu mencari orang Melayu, orang Bumiputera yang tidak ada tanah tapi mahu mengusahakannya.

"Syarat pertama, mereka miskin dan tidak ada tanah.  Kedua, mereka mahu berusaha. Bila kena dua syarat itu, kita bagilah 10 ekar," katanya.

Zaid amat kesal kerana Felda selepas zaman bapa Najib itu lebih bersifat korporat  sedangkan peneroka pula seakan-akan merempat di tanah yang mereka usahakan dengan titis keringat.

Beliau menegaskan Felda harus kembali kepada matlamat asal penubuhannya  bukannya gah atas nama korporat sedangkan nasib  peneroka tidak terbela.

"Felda sekarang mahu jadi korporat. Felda sekarang mahu berbilion-bilion pendapatan, mahu disenarai dalam korporat. Itu bukan niat asal Felda. Felda ialah memberi tanah kepada orang miskin," katanya.

petikan dari TVSelangor.com

APCO-AMNO; APCO punya pasal AMNO/BN sanggup "cium" kaki Amerika/Israel

"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat .

"Kedua saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?"

"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan? 

"Ini bedanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat,"

petikan dari SuaraKeadilan..

Persoalan dan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yg mengecam sikap hipokrit kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional berkaitan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat dan sokongan kepada Israel melalui khidmat rundingan oleh syarikat pro Zionis Israel, Apco Worldwide.

Wee..u can get "lusst" from PKR/PR now !!!

Wee...BLAH LA LU !!!!..

Jika satu ketika dulu ZKBB menyerang rakan sePAKATAN iaitu DAP dan PAS sehingga PKR membuat tindakan memecat beliau..kini hati ini sekali lagi rancak nk mengata..langkah yg sama terhadap ZKBB haruslah dibuat kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong..

Ini berdasarkan kenyataan yg dibuatnya dan di paparkan di Umnotsan Rasis..


Wakil rakyat PKR yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Zaid tidak mungkin dapat memahami kehendak pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan pemimpin tempatan dan ditambah pula dengan gaya hidup elit serta liberal yang diamalkannya.


"Jika menang sekali pun, pembaharuan yang mungkin dibawa oleh Zaid di Hulu Selangor ialah lebih banyak pusat hiburan bakal diwujudkan dan bukannya kemajuan seperti yang dikehendaki rakyat,'' katanya sinis ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Choo Keong berkata, pemilihan Zaid juga bermakna PKR tidak mempunyai ruang untuk menyerang Barisan Nasional (BN) seperti yang menjadi kebiasaan setiap kali kempen pilihan raya sebaliknya parti itu pula yang perlu bersifat defensif.


"Inilah yang bakal terjadi jika kita memilih calon yang mempunyai gaya hidup terlalu moden untuk bertanding di kawasan pinggir bandar yang majoritinya pengundi Melayu beragama Islam,'' jelasnya.
- petikan Umnotsan Rasis

Jika kenyaatan sebegini keluar dari Ahli PKR yg sudah jelas keluar/dipecat dari PKR tidaklah hati ini nak melayan nafsu amarah ini..tetapi mamat ini masih lagi pegang title 'PKR'..itu yg menyebabkan hati ini emosi sangat..

So..buat Lembaga Displin Parti PKR..jangan buat pekak badak..jangan buat pandang sebelah mata..heret saja mamat nie ke Lembaga Displin..pecat sahaja dia nie..xpayah nk bagi ruang nak merayu ka atau diberi 'can' kali kedua..buang masa saja...dh banyak kali dah..dah lama dah dia buat perangai lebih kurang sama ngan mcm nie..

Namun begitu rasanya dalam masa terdekat ini sukar sekali bagi PKR nk 'set' mamat nie..apatahlagi Bakar Arang dan 'bakar' jambatan dengan PKR serta PR..

Sure kalau 'set' Wangsa Maju nie akan menjejaskan peluang utk Zaid naik sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor..

Apa pon bagi hati ini..lambat ka awai ka..'set' tetap 'set'..set bukan bagi ok..tapi bagi outtt !!!!

Wee..u can get lusstt from PKR/PR now !!!

APCO-AMNO ; Kerajaan Malaysia 'berzina' dengan APCO ?

Saya bukan mahu menjawab persoalan mengapa perlunya sebuah firma yang mempunyai kepentingan dan pengaruh besar pakar-pakar dari Israel beroperasi di sini, atau mengapa tergamaknya Kerajaan Malaysia “berzina” dengan pakar-pakar dari negara haram ini tanpa ijab kabul yang sah dari sekalian rakyat.

Cuma tertanya-tanya apakah cubaan-cubaan kebelakangan ini untuk menghambat atau menghalau APCO keluar dari Malaysia tepat pada masanya, atau sedikit sudah terlambat?

Ini kerana nikah haram APCO bukan setakat berlaku dengan Kerajaan Malaysia, ia juga sudah berpoligami dengan seluruh negara ASEAN, APCO Worlwide juga menjadi perunding kepada Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)! Bahkan APCO dalam laman webnya dengan bangga memasukkan ASEAN sebagai salah satu dari senarai kajian kes kliennya yang berjaya.

Menariknya bila membaca penyelesaian-penyelesaian yang diberi oleh APCO kepada negara-negara ASEAN, terutama hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, harus tidak dilupakan bahawa Presiden ASERO Worldwide, yang juga salah seorang ahli Majlis Perunding Antarabangsa APCO Worlwide, Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Bahagian Perlindungan dan Keselamatan serta bekas pegawai keselamatan berpangkat kanan dalam Agensi Keselamatan Israel adalah pakar dalam hal-hal keselamatan dalam negeri ini.

Penyelesaian pertama, atau lebih tepat utama yang diberi oleh APCO Worldwide kepada negara-negara ASEAN adalah membangun dan menyampaikan mesej-mesej utama serta kit media berkaitan dengan perdagangan dan keselamatan di Asia Tenggara.

Lalu saya terfikir, patutpun dahulunya wujud istilah KMM, dari Kumpulan Mujahidin Malaysia menjadi Kumpulan Militan Malaysia, istilah-istilah ini pula diulang sebut dengan begitu hebat di media semata-mata mahu mewajarkan satu undang-undang yang tidak pernah lekang dari kontroversi, ISA! Apakah ini juga lahir dari kit media yang dibekalkan oleh APCO? Apakah Jemaah Islamiyah (JI) adalah istilah KMM versi ASEAN yang juga dicipta oleh APCO?

Apakah dari segi keselamatan dalam negeri, APCO membantu negara-negara ASEAN, melalui permainan media, mencipta omongan ancaman daripada puak pelampau Islam (kononnya), semata-mata kerana mahu menerbitkan rasa takut di kalangan rakyat supaya terus berharap dan bergantung kepada pemerintah sedia-ada, lalu semakin lemahlah gerakan pembangkang di negara-negara ini, maklumlah APCO sekarang bermajikankan kerajaan-kerajaan ASEAN yang sedia-ada ini.

Saya turut jadi terfikir, logiklah dalam sektor perdagangan dan ekonomi, setiap kali wujud masalah, media akan menjadi galak dan birah bermain dengan isu serangan luar, agen asing, agen IMF dan sebagainya. Apakah ini juga sebahagian dari bahan yang terkandung dalam kit media yang dibekalkan APCO Worldwide kepada negara-negara seperti Malaysia?

Secara kasarnya, apa yang nampak jelas, APCO pada kebiasaannya digaji oleh kerajaan-kerajaan yang sedang diselubungi rasa takut akan kehilangan kuasa, sebaliknya tanpa sedar kerajaan-kerajaan ini berisiko untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit dan strategik negara kepada sekumpulan pakar strategi Israel @ Yahudi!

Saya melihat, andaikata Yang DiPertuan Agung berkenan sekalipun supaya sebuah suruhanjaya diRaja ditubuhkan bagi mempertimbang kedudukan APCO Worldwide di Malaysia, ia hanya tindakan sebelah pihak, umpama memohon fasakh sebuah perkahwinan. Ini pula adalah perkahwinan haram Kerajaan Malaysia dengan APCO tanpa restu rakyat. Kalau berkahwin pun secara haram, apakah kerajaan sanggup berdepan dengan rakyat untuk berfasakh dengan APCO secara halal?

Lebih teruk dari itu, kalaupun berjaya bercerai, apa jaminan hubungan ini akan terputus? Lebih-lebih lagi APCO sekarang bukan hanya perunding Kerajaan Malaysia, tetapi juga perunding bagi ASEAN, dan seperti yang dinyatakan oleh APCO sendiri, mereka bekerjasama rapat dengan Sekretariat ASEAN yang sekarang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia.

Nampaknya, "Residen British" telah wujud semula di Asia Tenggara dalam bentuk APCO. Yang mengikuti sejarah harus mengetahui bahawa perlantikan Residen British adalah permulaan kepada terjajahnya seluruh kepulauan Melayu.

Tunggu apa lagi? Bangkitlah rakyat untuk memfarakkan perkahwinan haram ini.


petikan dari Harakahdaily..tulisan Zukri Aksah ; APCO: Kembali semula 'Residen British'


usinkata;....Adakah APCO sedang memainkan perananya utk mewujudkan sebuah loji nuklear di Malaysia yg sekaligusnya menjadikan  Malaysia negara Asean pertama mempunyai loji tenaga nuklear..?


Harap jangan terpengaruh dengan agenda Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yg dihadiri oleh Najib dan seterusnya dengan lobi pihak APCO...pertemuan antara Najib-Obama direalisasikan..hati ini rancak berkata..kehadiran Najib mewakili Malaysia ke sana sarat dengan agenda tersembunyi..berapa pula komisyen yg bakal "dilambung"jika berjaya membawa loji nuklear ke Malaysia..sesudah Kapal 'tak' Selam..

Thursday, April 15, 2010

APCO-AMNO ; Ku sangka RM20juta rupanya RM76juta



RM76 juta dibayar kepada APCO, antaranya menemukan Najib-Obama


Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Sambil menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki dengan membelanjakan wang.

Nazri Aziz tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika Syarikat lebih erat.  Apakah anda menganggap syarikat tempatan Malaysia boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan Amerika Syarikat?"

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dianggap "kurang erat" semasa zaman pemerintahan PM keempat dan kelima, iaitu Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, jadi Nazri (gambar kiri) tidak melihat wujudnya masalah untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat atas nama diplomatik dan ekonomi.

"Sekiranya kita tidak berbaik dengan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat langsung tidak akan mempedulikan kita.  Kita perlu memperbaiki hubungan yang terjejas semasa zaman pemerintahan 22 tahun oleh Mahathir Mohamad dan enam tahun oleh Abdullah Ahmad Badawi.  Anda ingat kita boleh meredakannya tanpa berbelanja?" tanya Nazri ketika ditemuramah media di parlimen, semalam.

Malah, Nazri menambah bahawa kerja melobi adalah sesuatu yang lumrah di Amerika Syarikat.  "Anda perlu lobi (barulah kerja diselesaikan dengan baik), dan pelobi terbesar di Amerika Syarikat ialah pelobi Israel."

petikan dari MerdekaReview 

usinkata;..dulu Perdana Menteri Malaysia dari UMNO juga pakai pelobi Israel utk jumpa Presiden Amerika sebelum Obama..tetapi xnampak pun pelabur dari sana berduyun-duyun datang melabur diMalaysia..


Adakah dengan perjumpaan Najib-Obama dari usaha keras APCO yg dibayar dengan wang rakyat Malaysia.. ini dapat meyakinkan pelabur dari Amerika..agar berduyun-duyun kembali melabur dari Malaysia?


Bagaimana nak cantikan labu dari luaran padahal didalam sudah melopong sana sini..busuk sana sini..berulat situ sinun..


Dan apa yg bermain difikiran..RM 76.82 Juta dibayar kepada APCO hanyalah utk menghias diri Najib dimata dunia dan juga rakyat Malaysia..tiada apa yg akan negara dapat dengan kehangusan wang sebegini banyak..


Selain dari membeli make-up utk Najib dan Rosmah.wang rakyat berpuluh juta itu hanyalah utk mencari jalan bagaimana hendak mengekalkan kuasa mencengkam Malaysia selama-lamanya.


AWAS Petronas..APCO sedang memerhatikan kamu.....

Monday, April 12, 2010

Dakwat Kekal Dijari Pengundi.Bila Lagi?..Nak Ketinggalan Zaman Lagi Kaa??


usinkata;..Huh !! kat Sudan pon dah laksanakan penggunaan dakwat dijari utk mengundi..kita kat Malaysia nie bila lagi...dulu masa PRU12 dah dekat-dekat nak jadi ada "wayang" yg dok tayang..so dh kensel..
Agaknya bila lagi nak buat peraturan baru mcm nie..??
Geng-geng pembangkang pon mcm "sejuk" ja dengan peraturan macam nie..
Dah pon berlalu beberapa siri Pilihanaya Kecil..sekarang ni ada 2 lagi PRK..Dua-dua Parlimen..
Harap akan ada suara yg menggesa peraturan pengunaan dakwat dijari semasa mengundi...kalau PRK Hulu Selangor mungkin semakin hampir..apa kata laksanakan peraturan baru ini di PRK Parlimen Sibu..
Sebagai projek perintis amat molek kalau dlaksanalkan di PRK Parlimen Sibu..nanti kat sana baru kita bole tau berkesan atau tidak...









Saturday, April 10, 2010

12 FOTO TASIK MERAH JAMBU (PINK COLOUR) DI SENEGAL

Tasik Lac Rose Retba atau Tasik Merah Jambu (Pink) terletak di utara semenanjung Cap Vert Senegal
Dinamakan sedemikian kerana airnya berwarna merah jambu, disebabkan oleh cyanobacteria yg terkandung didalam air. Warna ini dapat dilihat terutamanya pada musim kemarau. Tasik ini juga mengandungi kandungan garam yang tinggi seperti Laut Mati. Ini memungkinkan manusia boleh terapung dengan mudah. Tasik itu juga memiliki garam yang dijadikan industri kecil dan sering menjadi lokasi terakhir Rally Dakar.Ramai pekerja pengumpul garam bekerja 6-7 jam sehari di tasik yang memiliki kandungan garam sehingga mencecah 40% ini.










Thursday, April 8, 2010

FELDA; Ini "ANAK" bukan sebarang anak..

"ANAK" sawit ini akan membesar..dan menjadi kuat..serta dapat memberikan manfaat..tunggulah detik dan ketikanya..

Anak-anak Felda dinafikan tanah untuk membina teduhan idaman untuk keluarga masing-masing. Mereka tidak dibenarkan mewarisi tanah ibu-bapa mereka walaupun keturunan mereka telah meneroka dan membesar bersama-sama pokok-pokok sawit yang diusahakan turun-temurun.


Apa yang mereka tuntut adalah tanah untuk jaminan masa depan generasi Felda akan datang, bukan gula-gula pilihanraya dan elaun 1500 ringgit sebulan. Persoalan yang bermain di hati warga Felda adalah, mengapa Kerajaan BN/FELDA membelakangi matlamat Felda yang digariskan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak. - petikan dari TV Selangor..

usinkata;...Samada kebetulan atau sememangnya sudah dirancang..kehadiran ANAK yg ingin bersuara utk membela masyarakat Felda dapat disimpulkan sebagai gempa kecil yg boleh menggangu-gugat UBN..utk selamanya memperbodoh-bodohkan masyarakat Felda..apatahlagi disaat adanya PRK Parlimen Hulu Selangor


Hati ini mengakui mengikuti perkembangan ANAK sejak dari awal mereka menyerahkan "memo" kepada SUHAKAM..kemudian berita mengenai Pengerusi ANAK yg ditangkap polis ketika didalam perjalanan utk memberikan sedikit nafas baru buat masyarakat Felda..


Kemudian hati ini tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden PAS Hj Muhamad Sabu apabila ditanya wartawan akhbar Siasah didalam satu wawancara bersamanya (Siasah Bil 0192 21Mac-27Mac 2010).


Abg Mat Sabu mengakui sokongan Melayu terutamanya dikawasan Felda sokongan kepada PAS masih ditahap jauh daripada memuaskan..ini kerana kata Abg Mat..PAS amat memerlukan sokongan dari Melayu Felda kerana ..kawasan masyaratkat Felda merangkumi 40 kerusi Parlimen..


Untuk itu kehadiran anak setidak-tidaknya dapat membantu PAS utk menarik sokongan masyarakat Melayu Felda melihat apayg dibawa oleh Parti Islam Semalaysia itu..


Dan kini..di Hulu Selangor..secara kebetulan..adanya Pilihanraya Kecil Parlimen..yg dihuni ramainya pengundi Melayu Masyarakat Felda..diharapkan suara ANAK..walaupun tidak dapat mempengaruhi 100% masyarakat Felda agar menolak UBN pada PRK Hulu Selangor ini..harapan agar 10% atau 20% gempa ANAK itu akan dapat dirasai mereka..utk menyedarkan mereka dari lamunan dan ugutan UBN...


Ini kerana ANAK baru nak merangkak.tiba-tiba sahaja dipaksa berlari..oleh itu 10% atau 20% kesedaran yg mampu disedarkan oleh ANAK sudah memadai..


Betapa berharganya masyarakat Felda buat UBN..belum pun hari pencalonan..sudah ada gerakan berunsur ugutan ..dan tindakan utk memperbodohkan masyarakat Felda dengan pelbagai janji manis "last minit"..


Untuk itu diharap PR khususnya PAS dapat membantu ANAK utk menghadapi kebuasan UBN kerana ini ANAK bukan sebarang ANAK..

Wednesday, April 7, 2010

Kalau berani fikirlah kata-kata ini..

"Realiti di Malaysia haruslah realiti di mana kuasa diberi kepada rakyat.  Realitinya bukan seperti sekarang, di mana kuasa dihadkan kepada kabinet, bukan kepada parlimen pun, tetapi pada kabinet hakikatnya.  Dan lebih sedih lagi, kuasa dihadkan, dipusatkan dalam konteks Perdana Menteri sahaja," ---- Sulaiman Abdulah




Monday, April 5, 2010

Tolak GST !!!.Tunjukan Kuasa Rakyat di Hulu Selangor

"Najib belum pernah "kena" power of the people..nak kena dia nie..nak rasa jadi macam MahaFiraun kaa.!!"


Sokong GST untuk naik gaji?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terdesak apabila mengakui asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Najib membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam supaya menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

"Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dimana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, tidak guna gaji kakitangan kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan.

Jika GST dilaksanakan katanya, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

"Najib zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai 'hamba' yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan", tambahnya lagi.

Oleh itu katanya, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4 peratus.


usinkata; cukup-cukup lah Malaysia sudah ada MahaFiraun yg tumbang kerana rakyat..jangan cuba pula nk lawan rakyat dengan senjata bernama GST...kalau nak rasa bagaimana peritnya hilang kuasa..cuba lah..
Kenyataan kamu ini mmg "berani mati" Najib...jangan fikirkan rakyat seperti kamu..membisu utk tidak menjawab persoalan..kami akan bising..kami akan buktikan..di Hulu Selangor kami akan tunjukan..Lawan tetap Lawan..GST akan tetap ditentang..


!!!Ayuh semua..!!! 
!!!Tolak GST..Tolak BN!!!

Langkah Pertama "deletekan" APCO

"tak payah teruk-teruk pikir..copy-paste je dari Israel..macam tak biasa.."


APCO: PAS serah memo, mahu Majlis Raja-raja campur tangan


KUALA LUMPUR, 5 April — Ahli-ahli Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu bagi meminta agar campur tangan memastikan kerajaan tidak lagi bergantung pada khidmat APCO Worldwide, yang didakwa memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung 1 Malaysia.

Syarikat itu juga didakwa turut memberikan nasihat kepada kerajaan Israel pimpinan Ehud Barak pada 1999 berhubung slogan One Israel.

Memorandum akan diserahkan di Istana Negara kira-kira 12.30 tengah hari ini.(5/4/10) - MalaysianInsider

usinkata;..Hati ini amat memuji sekali tidakan Ahli Parlimen PAS ini..Walaupun Najib masih membisu utk menjelaskan siapa ACPO ?...
Dan Najib hanya melepaskan batuk ditangga dengan sekali lagi menegaskan bahawa konsep 1Malaysia itu bukan dari APCO tetapi dari beliau dan kumpulan pemikir beliau...
Agaknya siapa kumpulan pemikir yg beliau ada..siapa?..Rosmah?..Sialfool..?..Datuk Jraba-Jubur..?
Muhyidin pon dah malas nk berfikir bersama Najib..ini suma sebab siapa..?..Rosmah..? Altantunya..?.Kapal Selam..?..Razak Baginda..?..Ziana Zain..?
Jika memo ini tidak berjaya utk memaksa Najib jelaskan siapa APCO..maka bersiap sedialah "Bersih" untuk gerakan kerja membersihkan "sampah sarap" yg bertebaran dijalanraya..

GST: "Cekik" leher rakyat utk lebarkan tembolok penjawat awam



K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik


Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya. - Petikan Malaysiakini

usinkata; Ketika di era Pak Lah..Kakitangan Kerajaan mendapat pelbagai laba..kenaikan gaji dan bonus yg diimpikan mereka..
Namun begitu akibat dari belaian kasih Paklah kepada kakitangan kerajaan..kami ini dipihak swasta..kilang-kilang..operator-operator kilang diteka dengan kenaikan harga barang dan juga harga minyak..
Sudahlah ketika itu ekonomi gawat...ramai yg kena VSS...tiada O.T..kalau ada pon O.T dibayar melalui cuti..sudahlah tiada O.T tiada..waktu masa bekerja pun terpaksa dikurangkan..dari5 hari menjadi 3 hari..maknanya..2 hari gaji dipaksa potong...
Dikala itu..siapa yg mahu menolong kami ini..????..siapa..??
Kami bergelut sendirian..tiada pihak yg prihatin..
Pakej ransangan?..huh !!!..ini bukan utk akar umbi..kami dipihak swasta..kilang-kilang hanya menerima tempiasnya saja..
Kroni makan isi..kami hanya hirup kuahnya saja..


Kini diera Najib..GST cuba dipaksa utk masuk kedalam mulut rakyat ...dengan alasan utk memastikan kakitangan kerajaan mendapat gaji yg lebih baik dimasa depan..
Oleh itu apa yg akan berlaku kepada kakitangan swasta..pekerja kilang...
Untuk memastikan kakitangan kerajaan "kenyang"..kami dipihak swasta dijerut leher dan perut sekali lagi..
Ini tidak adil utk kami pekerja kilang..
Penjawat awam disenangkan..Kami disengsarakan..


Laksanakan dahulu skim gaji minima RM900 utk kakitangan swasta ..barulah kami dapat menelan GST...
Selagi gaji minma RM900 tidak dilaksanakan...
Kami tetap menolak GST ........


fikirkan..sekali lagi kerajaan hanya tahu nk cekau duit tabung rakyat(swasta) utk memastikan penjawat awam mendapat gaji yg lebih bak di masa hadapan....adilkah.????

Sunday, April 4, 2010

Melayu Tak Sedar-Sedar Diri..."Pagar" dah lama menjahanamkan Padi


Meleret senyuman ini bila membaca kenyataan Awang yg membalas kembali kenyataan Zaib Ibrahim yg bertunjangkan isu Melayu..setelah Awang menyokong Perkasa

Zaid dengan "Pagar Makan Padi" dan yg terbaru balasan dari Awang ialah "Melayu Tak Sedar Diri"
Hati ini teruja utk mencoretkan sesuatu yg menarik perhatian hati ini dengan pertembungan Zaid Ibrahim-Awang Selamat..

Mulanya Awang Selamat agak tidak berpuas hati apabila ada orang Melayu tidak mahu menyokong Perkasa..apatahlagi dengan Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda utk merasmikan perhimpunan Perkasa...dan makin melalutlah Awang dengan melaung-laungkan skrip lama.."Melayu Terancam"..Kuasa Melayu sedang dikikis"..."Melayu kini tidak lagi terbela"..

Kemudian Zaid menyindir Awang dengan menyuruhnya kembali rujuk kepada sejarah..siapa yg menghakis kedudukan Melayu..dan Zaid memintanya cuba tanyakan kepada "Big Boss"nya..mengapa Melayu masih ketinggalan..?..Mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan..?..Mengapa jurang Melayu Kaya dengan Melayu Miskin makin melebar..Salah siapa..?

Dan hari ini..apabila MerdekaCenter membuat kenyataan bahawa 70% Melayu sokong Perkasa..maka Awang dengan bangganya membuat serangan balas kepada Zaid Ibrahim

Entahlah..mungkin Awang itu hanya membuat kenyataan didalam ilusinya sendiri..dia lupa bahawa 70% Melayu yg sokong Perkasa itu majoritinya ahli UMNO..mungkin ketika menulis itu Awang mmg tengah "hangin" kat Zaid sehingga terlupa nk membaca perenggan ini..

"Ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dipetik daripada The Malaysian Insider." - Umotsan rasis

Dan apa yg mengelikan hati ini..kenyataan Awang terhadap ahli-ahli PKR yg blah dari PKR..

"Jika Zaid bijaksana, mengapa tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran?"

Huhuhu..siapa yg blah dari PKR atas prinsip kebenaran..?..hahhahha..nyatakan dan sebutkan nama..

Sah.!!!..memang Awang menulis dalam keadaan mengigau..tengah mimpi bertumbuk dengan Zaid Ibrahim..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009