Thursday, April 8, 2010

FELDA; Ini "ANAK" bukan sebarang anak..

"ANAK" sawit ini akan membesar..dan menjadi kuat..serta dapat memberikan manfaat..tunggulah detik dan ketikanya..

Anak-anak Felda dinafikan tanah untuk membina teduhan idaman untuk keluarga masing-masing. Mereka tidak dibenarkan mewarisi tanah ibu-bapa mereka walaupun keturunan mereka telah meneroka dan membesar bersama-sama pokok-pokok sawit yang diusahakan turun-temurun.


Apa yang mereka tuntut adalah tanah untuk jaminan masa depan generasi Felda akan datang, bukan gula-gula pilihanraya dan elaun 1500 ringgit sebulan. Persoalan yang bermain di hati warga Felda adalah, mengapa Kerajaan BN/FELDA membelakangi matlamat Felda yang digariskan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak. - petikan dari TV Selangor..

usinkata;...Samada kebetulan atau sememangnya sudah dirancang..kehadiran ANAK yg ingin bersuara utk membela masyarakat Felda dapat disimpulkan sebagai gempa kecil yg boleh menggangu-gugat UBN..utk selamanya memperbodoh-bodohkan masyarakat Felda..apatahlagi disaat adanya PRK Parlimen Hulu Selangor


Hati ini mengakui mengikuti perkembangan ANAK sejak dari awal mereka menyerahkan "memo" kepada SUHAKAM..kemudian berita mengenai Pengerusi ANAK yg ditangkap polis ketika didalam perjalanan utk memberikan sedikit nafas baru buat masyarakat Felda..


Kemudian hati ini tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden PAS Hj Muhamad Sabu apabila ditanya wartawan akhbar Siasah didalam satu wawancara bersamanya (Siasah Bil 0192 21Mac-27Mac 2010).


Abg Mat Sabu mengakui sokongan Melayu terutamanya dikawasan Felda sokongan kepada PAS masih ditahap jauh daripada memuaskan..ini kerana kata Abg Mat..PAS amat memerlukan sokongan dari Melayu Felda kerana ..kawasan masyaratkat Felda merangkumi 40 kerusi Parlimen..


Untuk itu kehadiran anak setidak-tidaknya dapat membantu PAS utk menarik sokongan masyarakat Melayu Felda melihat apayg dibawa oleh Parti Islam Semalaysia itu..


Dan kini..di Hulu Selangor..secara kebetulan..adanya Pilihanraya Kecil Parlimen..yg dihuni ramainya pengundi Melayu Masyarakat Felda..diharapkan suara ANAK..walaupun tidak dapat mempengaruhi 100% masyarakat Felda agar menolak UBN pada PRK Hulu Selangor ini..harapan agar 10% atau 20% gempa ANAK itu akan dapat dirasai mereka..utk menyedarkan mereka dari lamunan dan ugutan UBN...


Ini kerana ANAK baru nak merangkak.tiba-tiba sahaja dipaksa berlari..oleh itu 10% atau 20% kesedaran yg mampu disedarkan oleh ANAK sudah memadai..


Betapa berharganya masyarakat Felda buat UBN..belum pun hari pencalonan..sudah ada gerakan berunsur ugutan ..dan tindakan utk memperbodohkan masyarakat Felda dengan pelbagai janji manis "last minit"..


Untuk itu diharap PR khususnya PAS dapat membantu ANAK utk menghadapi kebuasan UBN kerana ini ANAK bukan sebarang ANAK..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009