Monday, April 5, 2010

Tolak GST !!!.Tunjukan Kuasa Rakyat di Hulu Selangor

"Najib belum pernah "kena" power of the people..nak kena dia nie..nak rasa jadi macam MahaFiraun kaa.!!"


Sokong GST untuk naik gaji?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terdesak apabila mengakui asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Najib membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam supaya menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

"Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dimana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, tidak guna gaji kakitangan kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan.

Jika GST dilaksanakan katanya, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

"Najib zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai 'hamba' yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan", tambahnya lagi.

Oleh itu katanya, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4 peratus.


usinkata; cukup-cukup lah Malaysia sudah ada MahaFiraun yg tumbang kerana rakyat..jangan cuba pula nk lawan rakyat dengan senjata bernama GST...kalau nak rasa bagaimana peritnya hilang kuasa..cuba lah..
Kenyataan kamu ini mmg "berani mati" Najib...jangan fikirkan rakyat seperti kamu..membisu utk tidak menjawab persoalan..kami akan bising..kami akan buktikan..di Hulu Selangor kami akan tunjukan..Lawan tetap Lawan..GST akan tetap ditentang..


!!!Ayuh semua..!!! 
!!!Tolak GST..Tolak BN!!!

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009