Zaid juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menterjemah hasrat sebenar bapanya sendiri .
"Najib sudah hilang punca. Mengikut hansard pada tahun 1960-an, debat dalam parlimen, Allahyarham Tun Razak mahu mencari orang Melayu, orang Bumiputera yang tidak ada tanah tapi mahu mengusahakannya.
"Syarat pertama, mereka miskin dan tidak ada tanah. Kedua, mereka mahu berusaha. Bila kena dua syarat itu, kita bagilah 10 ekar," katanya.
Zaid amat kesal kerana Felda selepas zaman bapa Najib itu lebih bersifat korporat sedangkan peneroka pula seakan-akan merempat di tanah yang mereka usahakan dengan titis keringat.
Beliau menegaskan Felda harus kembali kepada matlamat asal penubuhannya bukannya gah atas nama korporat sedangkan nasib peneroka tidak terbela.
"Felda sekarang mahu jadi korporat. Felda sekarang mahu berbilion-bilion pendapatan, mahu disenarai dalam korporat. Itu bukan niat asal Felda. Felda ialah memberi tanah kepada orang miskin," katanya.
petikan dari TVSelangor.com
No comments:
Post a Comment