PRK Sibu kini menanti di depan. Seandainya BN berjaya mengekalkan kemenangan ini, maka tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan dan PRU ke-13 akan diadakan dalam tempoh yang lebih dekat...- petikan MerdekaReview
usinkata;....Hati terkadang terasa seperti akan ada persamaan antara PRK P.Sibu dan PRK Dun Ijok
Dimana semasa di Ijok PR kalah tetapi apabila PRU 12..Ijok jatuh ke tangan PR dan seterusnya Negeri Selangor turut merajuk dengan UBN dan selesa di sisi PR..
Maka seandainya tepat ramalan MerdekaReview ini yg menjangkan jika Sibu dimenangi UBN..maka PR 13 akan tururt diadakan serentak dengan Dun Negeri Sarawak..
Untuk itu....diharap PR/DAP tidak perlulah untuk mengerah tenaga 100% utk memastikan kemenangan di Sibu..
Apa kata biarkan UBN syok sendiri dengan kemenangan rapuh yg diperolehinya di Hulu Selangor dan juga mungkin di Sibu..dan biarkan Najib-Rosmah yg dicucuk hidung oleh APCO membubarkan Parlimen...
Sejarah pernah membuktikan bahawa pembangkang Malaysia sukar utk mengalahkan UBN di sesi PRK...cuma setelah 2008...UBN dilanda musibah dari "puaka" dan UBN turut sama kecundang didalam beberapa siri sesi PRK..baik DUN mahupun Parlimen.
PRU lebih mudah utk melemahkan UBN dari PRK..itu hakikat yg sudah jelas kelihatan selepas 1998...
Walaupun padang yg disediakan oleh SPR tidak rata dan lebih memihak kepada UBN..namun PRU tiada mana-mana pihak berani mendabik dada...semuanya berada didalam keadaan 50-50..apatahlagi dengan di era Malaysia Baru/1Malaysia...majoriti rakyat sudah lebih cerdik dan tidak mudah lagi tertipu dengan politk murahan sesebuah parti politik..
Ketua Pemuda UMNO sudah membayangkan bahawa pengundi muda sudah kembali beralih kepada UBN dengan merujuk laporan di PRK Hulu Selangor dimana saluran undi muda memihak kepada UBN sebanyak 30 berbanding PKR 23..pada PRU 12 UBN hanya mendapat 11 saluran undi muda di Hulu Selangor..
Nah...masing-masing sudah mendakwa mendapat sokongan pengundi muda..so apa lagi nak takut..PRU 13 menyaksikan undi muda menjadi majoriti besar..dan bakal menjadi penentu siapa pemenang..
Sekarang pendayung sudah ditangan..apalagi mau tunggu..bubar saja Parlimen dan Dun selepas SIBU...kita singkap tirai PRU 13...
No comments:
Post a Comment