Thursday, April 15, 2010

APCO-AMNO ; Ku sangka RM20juta rupanya RM76juta



RM76 juta dibayar kepada APCO, antaranya menemukan Najib-Obama


Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Sambil menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki dengan membelanjakan wang.

Nazri Aziz tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika Syarikat lebih erat.  Apakah anda menganggap syarikat tempatan Malaysia boleh mengeratkan hubungan antara kita dengan Amerika Syarikat?"

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dianggap "kurang erat" semasa zaman pemerintahan PM keempat dan kelima, iaitu Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, jadi Nazri (gambar kiri) tidak melihat wujudnya masalah untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat atas nama diplomatik dan ekonomi.

"Sekiranya kita tidak berbaik dengan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat langsung tidak akan mempedulikan kita.  Kita perlu memperbaiki hubungan yang terjejas semasa zaman pemerintahan 22 tahun oleh Mahathir Mohamad dan enam tahun oleh Abdullah Ahmad Badawi.  Anda ingat kita boleh meredakannya tanpa berbelanja?" tanya Nazri ketika ditemuramah media di parlimen, semalam.

Malah, Nazri menambah bahawa kerja melobi adalah sesuatu yang lumrah di Amerika Syarikat.  "Anda perlu lobi (barulah kerja diselesaikan dengan baik), dan pelobi terbesar di Amerika Syarikat ialah pelobi Israel."

petikan dari MerdekaReview 

usinkata;..dulu Perdana Menteri Malaysia dari UMNO juga pakai pelobi Israel utk jumpa Presiden Amerika sebelum Obama..tetapi xnampak pun pelabur dari sana berduyun-duyun datang melabur diMalaysia..


Adakah dengan perjumpaan Najib-Obama dari usaha keras APCO yg dibayar dengan wang rakyat Malaysia.. ini dapat meyakinkan pelabur dari Amerika..agar berduyun-duyun kembali melabur dari Malaysia?


Bagaimana nak cantikan labu dari luaran padahal didalam sudah melopong sana sini..busuk sana sini..berulat situ sinun..


Dan apa yg bermain difikiran..RM 76.82 Juta dibayar kepada APCO hanyalah utk menghias diri Najib dimata dunia dan juga rakyat Malaysia..tiada apa yg akan negara dapat dengan kehangusan wang sebegini banyak..


Selain dari membeli make-up utk Najib dan Rosmah.wang rakyat berpuluh juta itu hanyalah utk mencari jalan bagaimana hendak mengekalkan kuasa mencengkam Malaysia selama-lamanya.


AWAS Petronas..APCO sedang memerhatikan kamu.....

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009