Saya bukan mahu menjawab persoalan mengapa perlunya sebuah firma yang mempunyai kepentingan dan pengaruh besar pakar-pakar dari Israel beroperasi di sini, atau mengapa tergamaknya Kerajaan Malaysia “berzina” dengan pakar-pakar dari negara haram ini tanpa ijab kabul yang sah dari sekalian rakyat.
Cuma tertanya-tanya apakah cubaan-cubaan kebelakangan ini untuk menghambat atau menghalau APCO keluar dari Malaysia tepat pada masanya, atau sedikit sudah terlambat?
Ini kerana nikah haram APCO bukan setakat berlaku dengan Kerajaan Malaysia, ia juga sudah berpoligami dengan seluruh negara ASEAN, APCO Worlwide juga menjadi perunding kepada Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)! Bahkan APCO dalam laman webnya dengan bangga memasukkan ASEAN sebagai salah satu dari senarai kajian kes kliennya yang berjaya.
Menariknya bila membaca penyelesaian-penyelesaian yang diberi oleh APCO kepada negara-negara ASEAN, terutama hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, harus tidak dilupakan bahawa Presiden ASERO Worldwide, yang juga salah seorang ahli Majlis Perunding Antarabangsa APCO Worlwide, Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Bahagian Perlindungan dan Keselamatan serta bekas pegawai keselamatan berpangkat kanan dalam Agensi Keselamatan Israel adalah pakar dalam hal-hal keselamatan dalam negeri ini.
Penyelesaian pertama, atau lebih tepat utama yang diberi oleh APCO Worldwide kepada negara-negara ASEAN adalah membangun dan menyampaikan mesej-mesej utama serta kit media berkaitan dengan perdagangan dan keselamatan di Asia Tenggara.
Lalu saya terfikir, patutpun dahulunya wujud istilah KMM, dari Kumpulan Mujahidin Malaysia menjadi Kumpulan Militan Malaysia, istilah-istilah ini pula diulang sebut dengan begitu hebat di media semata-mata mahu mewajarkan satu undang-undang yang tidak pernah lekang dari kontroversi, ISA! Apakah ini juga lahir dari kit media yang dibekalkan oleh APCO? Apakah Jemaah Islamiyah (JI) adalah istilah KMM versi ASEAN yang juga dicipta oleh APCO?
Apakah dari segi keselamatan dalam negeri, APCO membantu negara-negara ASEAN, melalui permainan media, mencipta omongan ancaman daripada puak pelampau Islam (kononnya), semata-mata kerana mahu menerbitkan rasa takut di kalangan rakyat supaya terus berharap dan bergantung kepada pemerintah sedia-ada, lalu semakin lemahlah gerakan pembangkang di negara-negara ini, maklumlah APCO sekarang bermajikankan kerajaan-kerajaan ASEAN yang sedia-ada ini.
Saya turut jadi terfikir, logiklah dalam sektor perdagangan dan ekonomi, setiap kali wujud masalah, media akan menjadi galak dan birah bermain dengan isu serangan luar, agen asing, agen IMF dan sebagainya. Apakah ini juga sebahagian dari bahan yang terkandung dalam kit media yang dibekalkan APCO Worldwide kepada negara-negara seperti Malaysia?
Secara kasarnya, apa yang nampak jelas, APCO pada kebiasaannya digaji oleh kerajaan-kerajaan yang sedang diselubungi rasa takut akan kehilangan kuasa, sebaliknya tanpa sedar kerajaan-kerajaan ini berisiko untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit dan strategik negara kepada sekumpulan pakar strategi Israel @ Yahudi!
Saya melihat, andaikata Yang DiPertuan Agung berkenan sekalipun supaya sebuah suruhanjaya diRaja ditubuhkan bagi mempertimbang kedudukan APCO Worldwide di Malaysia, ia hanya tindakan sebelah pihak, umpama memohon fasakh sebuah perkahwinan. Ini pula adalah perkahwinan haram Kerajaan Malaysia dengan APCO tanpa restu rakyat. Kalau berkahwin pun secara haram, apakah kerajaan sanggup berdepan dengan rakyat untuk berfasakh dengan APCO secara halal?
Lebih teruk dari itu, kalaupun berjaya bercerai, apa jaminan hubungan ini akan terputus? Lebih-lebih lagi APCO sekarang bukan hanya perunding Kerajaan Malaysia, tetapi juga perunding bagi ASEAN, dan seperti yang dinyatakan oleh APCO sendiri, mereka bekerjasama rapat dengan Sekretariat ASEAN yang sekarang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia.
Nampaknya, "Residen British" telah wujud semula di Asia Tenggara dalam bentuk APCO. Yang mengikuti sejarah harus mengetahui bahawa perlantikan Residen British adalah permulaan kepada terjajahnya seluruh kepulauan Melayu.
Tunggu apa lagi? Bangkitlah rakyat untuk memfarakkan perkahwinan haram ini.
petikan dari Harakahdaily..tulisan Zukri Aksah ; APCO: Kembali semula 'Residen British'
usinkata;....Adakah APCO sedang memainkan perananya utk mewujudkan sebuah loji nuklear di Malaysia yg sekaligusnya menjadikan Malaysia negara Asean pertama mempunyai loji tenaga nuklear..?
Harap jangan terpengaruh dengan agenda Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yg dihadiri oleh Najib dan seterusnya dengan lobi pihak APCO...pertemuan antara Najib-Obama direalisasikan..hati ini rancak berkata..kehadiran Najib mewakili Malaysia ke sana sarat dengan agenda tersembunyi..berapa pula komisyen yg bakal "dilambung"jika berjaya membawa loji nuklear ke Malaysia..sesudah Kapal 'tak' Selam..
No comments:
Post a Comment