Sunday, April 4, 2010

Melayu Tak Sedar-Sedar Diri..."Pagar" dah lama menjahanamkan Padi


Meleret senyuman ini bila membaca kenyataan Awang yg membalas kembali kenyataan Zaib Ibrahim yg bertunjangkan isu Melayu..setelah Awang menyokong Perkasa

Zaid dengan "Pagar Makan Padi" dan yg terbaru balasan dari Awang ialah "Melayu Tak Sedar Diri"
Hati ini teruja utk mencoretkan sesuatu yg menarik perhatian hati ini dengan pertembungan Zaid Ibrahim-Awang Selamat..

Mulanya Awang Selamat agak tidak berpuas hati apabila ada orang Melayu tidak mahu menyokong Perkasa..apatahlagi dengan Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda utk merasmikan perhimpunan Perkasa...dan makin melalutlah Awang dengan melaung-laungkan skrip lama.."Melayu Terancam"..Kuasa Melayu sedang dikikis"..."Melayu kini tidak lagi terbela"..

Kemudian Zaid menyindir Awang dengan menyuruhnya kembali rujuk kepada sejarah..siapa yg menghakis kedudukan Melayu..dan Zaid memintanya cuba tanyakan kepada "Big Boss"nya..mengapa Melayu masih ketinggalan..?..Mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan..?..Mengapa jurang Melayu Kaya dengan Melayu Miskin makin melebar..Salah siapa..?

Dan hari ini..apabila MerdekaCenter membuat kenyataan bahawa 70% Melayu sokong Perkasa..maka Awang dengan bangganya membuat serangan balas kepada Zaid Ibrahim

Entahlah..mungkin Awang itu hanya membuat kenyataan didalam ilusinya sendiri..dia lupa bahawa 70% Melayu yg sokong Perkasa itu majoritinya ahli UMNO..mungkin ketika menulis itu Awang mmg tengah "hangin" kat Zaid sehingga terlupa nk membaca perenggan ini..

"Ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dipetik daripada The Malaysian Insider." - Umotsan rasis

Dan apa yg mengelikan hati ini..kenyataan Awang terhadap ahli-ahli PKR yg blah dari PKR..

"Jika Zaid bijaksana, mengapa tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran?"

Huhuhu..siapa yg blah dari PKR atas prinsip kebenaran..?..hahhahha..nyatakan dan sebutkan nama..

Sah.!!!..memang Awang menulis dalam keadaan mengigau..tengah mimpi bertumbuk dengan Zaid Ibrahim..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009