"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat .
"Kedua saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?
"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?"
"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?
"Ini bedanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat,"
petikan dari SuaraKeadilan..
Persoalan dan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yg mengecam sikap hipokrit kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional berkaitan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat dan sokongan kepada Israel melalui khidmat rundingan oleh syarikat pro Zionis Israel, Apco Worldwide.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment