Monday, April 5, 2010

GST: "Cekik" leher rakyat utk lebarkan tembolok penjawat awam



K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik


Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya. - Petikan Malaysiakini

usinkata; Ketika di era Pak Lah..Kakitangan Kerajaan mendapat pelbagai laba..kenaikan gaji dan bonus yg diimpikan mereka..
Namun begitu akibat dari belaian kasih Paklah kepada kakitangan kerajaan..kami ini dipihak swasta..kilang-kilang..operator-operator kilang diteka dengan kenaikan harga barang dan juga harga minyak..
Sudahlah ketika itu ekonomi gawat...ramai yg kena VSS...tiada O.T..kalau ada pon O.T dibayar melalui cuti..sudahlah tiada O.T tiada..waktu masa bekerja pun terpaksa dikurangkan..dari5 hari menjadi 3 hari..maknanya..2 hari gaji dipaksa potong...
Dikala itu..siapa yg mahu menolong kami ini..????..siapa..??
Kami bergelut sendirian..tiada pihak yg prihatin..
Pakej ransangan?..huh !!!..ini bukan utk akar umbi..kami dipihak swasta..kilang-kilang hanya menerima tempiasnya saja..
Kroni makan isi..kami hanya hirup kuahnya saja..


Kini diera Najib..GST cuba dipaksa utk masuk kedalam mulut rakyat ...dengan alasan utk memastikan kakitangan kerajaan mendapat gaji yg lebih baik dimasa depan..
Oleh itu apa yg akan berlaku kepada kakitangan swasta..pekerja kilang...
Untuk memastikan kakitangan kerajaan "kenyang"..kami dipihak swasta dijerut leher dan perut sekali lagi..
Ini tidak adil utk kami pekerja kilang..
Penjawat awam disenangkan..Kami disengsarakan..


Laksanakan dahulu skim gaji minima RM900 utk kakitangan swasta ..barulah kami dapat menelan GST...
Selagi gaji minma RM900 tidak dilaksanakan...
Kami tetap menolak GST ........


fikirkan..sekali lagi kerajaan hanya tahu nk cekau duit tabung rakyat(swasta) utk memastikan penjawat awam mendapat gaji yg lebih bak di masa hadapan....adilkah.????

2 comments:

Anonymous said...

Dulu swasta gaji lebih besar daripada sektor awam kau orang semua belagak dan peleceh sektor awam...sekarang dah pelingkup kau orang banyak cerita pulak...hidup ibarat roda mat..lu pikirlah sendiri!!!!!

usinwafer said...

beb.hang ingat gaji operator kilang anak 4 besaq ka..RM350 saja..campur ot ada la 650..itu pun kerja siang malam 12 jam..tidur pon xcukup...kalau masalah buang anak inilah puncanya..mak bapak pi keja..siang malam sbb gaji xcukup..bila nk tengok anak..pikir la sendiri..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009